Bila Suami Isteri Berjauhan

10:22 Bonda Zahra 0 Comments

Tips Untuk Suami Isteri Yang Tinggal Berjauhan.

Assalamualaikum semua. Ok, hari ni aku nak kongsikan satu artikel yang sesuai untuk pasangan yang tinggal berjauhan. Macam aku ni lah!. Bukan bergaduh tapi yang terpaksa berjauhan sebab tuntutan kerja demi mencari rezeki yang halal. Jum baca.
Cinta Jarak Jauh

Hidup di zaman ni sentiasa mengajar kita untuk mengejar masa. Bagi pasangan suami isteri yang bekerja pastinya masa bersama amat suntuk & terhad sebab masa banyak dihabiskan di pejabat & urusan kerja yang tak pernah habis.

Pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan sebab tugas & tanggungjawab selalunya melupakan hari-hari penting atau saat-saat yang istimewa. Banyak alasan yang di beri & pelbagai penghalang antaranya banyak kerja di pejabat, ada klien, outstation & lain-lain lagi.

Berjauhan sebab tuntutan kerja atau belajar bukan bermakna kita tak boleh buat apa-apa. Kata orang 'jauh di mata dekat di hati'. Ni lah ungkapan yang sesuai untuk mengambarkan percintaan jarak jauh(PJJ). Menjaga sebuah rumah tangga memerlukan usaha yang berterusan lebih-lebih lagi bila pasangan tu terpaksa berjauhan.

Kesunyian & kesepian pasti akan menyelebungi diri kita. Namun ada banyak cara nak menghadirkan diri pasangan kita dalam kehidupan seharian kita. Contohnya, kita boleh tengok & buka album ataupun Facebook. Dekat sini aku kongsikan beberapa tips supaya hubungan suami isteri berjalan macam biasa:


  • Beri sokongan
Masa bekerja di kejauhan tentu lah suami & isteri akan berasa sedih & pilu. Nak berjaya & bahagia pasangan suami isteri kena bekorban. Bagi lah sokongan & semangat antara satu sama lain demi masa depan keluarga kita sendiri.

  • Saling percaya mempercayai
Ni merupakan satu kewajipan yang amat penting dalam memelihara hubungan jarak jauh. Percaya lah pada diri kita sendiri yang kita boleh mengatasi masalah keluarga sendirian & percaya yang pasangan kita tetap menjaga dirinya. Tanpa kepercayaan yang kuat semuanya boleh hancur. Mungkin ketakutan muncul bila kita fikir pasangan kita akan berlaku curang belakang kita. Berfikir lah secara positif yang pasangan kita pun ada perasaan yang sama & kerinduan yang sama. Kalau kita sentiasa berfikiran negatif & berburuk sangka, ni akan merugikan diri sendiri & buat kita jadi tertekan.

  • Cari kesibukan
Pasangan yang berjauhan dah pasti akan rasa sunyi. Nak atasi rasa kesunyian ni, cari lah kesibukan dengan buat aktiviti-aktiviti macam ikuti kuliah agama atau aktiviti persatuan & gotong royong.

  • Tetap berhubung
Walaupun kita berjauhan, kita kena bijak membahagikan masa untuk berkomunikasi & berhubung melalui telefon, emel, sms & sebagainya. Jangan lah kita menghubungi pasangan terlalu kerap tentu ja dia rasa terganggu & rasa tak dipercayai. So, batasi lah hubungan kita agar rasa rindu tetap terpelihara dengan baik.

  • Libatkan anak-anak
Supaya hubungan tetap terpelihara libatkan anak kita dalam berkomunikasi sebab anak adalah satu faktor pengikat seauatu hubungan. Ni jugak dapat mengingatkan pasangan yang dia mempunyai keluarga yang memerlukannya. Contohnya, masa menelefon, bagi peluang si anak kecil untuk berbual & mendengar suara ibu ayahnya.

  • Buat lawatan
Jangan lupa untuk plan melawat pasangan kita. Tak semestinya dia yang kena balik selalu. Sekali sekala kita jugak kena melawat dia di sana.

  • Saling doa mendoakan
Jangan lupa untuk mendoakan pasangan kita kerana Allah yang menentukan segala-galanya. 

"Ya Allah, jangan lah engkau hukum kami jika kami lupa atau melakukan kesalahan. Ya Allah, janganlah engkaubebani kami dengan beban yang berat seperti mana engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Allah, jangan lah engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkan lah kami, ampunilah kami, rahmati lah kami. Engkau lah pelindung kami maka tolong lah kami menghadapi orang-orang yang tidak beriman".

Credit Info: Bahtera Harmoni bersama Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah



You Might Also Like

0 Pengomen: