Aiskrim Malaysia Zahra

01:32 Bonda Zahra 0 Comments

Tempahan Aiskrim Malaysia

Hari ni aku excited nak cerita pasal aku dapat tempahan aiskrim Malaysia 50 bungkus, alhamdulillah.
Aiskrim Malaysia, Aiskrim Murah
Aiskrim Malaysia berzaman kaduk sekarang dah jadi viral trending balik. Jadi ramai lah yang menyerbu beli plastik aiskrim sampai licin, haha. Laku keras plastik. Sebelum ni tengok pun tak ingin ja kan? Yang hangpa pandang aiskrim orang kaya Magnum tu. Duk tengok iklan Magnum dekat tv, sekejap colour hitam, sekejap gold, yang baru ni pulak pink. 

Sekarang aiskrim Malaysia dah kembali tapi versi yang lain. Dah dipelbagaikan perisanya. Kalau tak dulu satu perisa ja. Harga dulu pun 10 sen, 20 sen, murahnya kan? Tapi sekarang ni pun aku jual 20 sen ja, hihi. Murah kan?

Aku suka jugak aiskrim Malaysia ni. Dulu Mak aku selalu buat. Perisa yang aku suka dah tentu lah jagung. Selain tu asam boi, milo, bandung. Yummy, sedapnya!.


Sekarang kan zaman viral, sorang share, maka ramai lah sebarkan. Aiskrim Malaysia kembali!!. Tapi dengan versi baru & kreatif. Terbaru perisa sumi & choki-choki. Nak kreatif lagi, cipta lah resepi lain-lain yang sedap.


Penat jugak wei buat ni!!. Leceh bab nak ikat satu-satu tu. Nasib baik Kak Tina selalu tolong aku. Apa pun yang penting kena rajin & bersungguh nak buat. Bukan mudah nak bancuh dulu, tuang dalam plastik, ikat. Ha, kagum tak dengan kesungguhan aku? Haha, tetiba. Wah, rajin & tabahnya seorang Syuhaina ni. Ehem.

Alhamdulillah sekarang ni selang sehari masuk stok aiskrim 60, 70 batang. Kekadang habis dalam sehari, kadang tak. Permulaan dulu aku jual dalam rumah ja, budak-budak anak jiran yang datang beli. Lepas dah pindah rumah ni, aku bukak gerai depan rumah, start jual di tepi jalan lah pulak.

InsyaAllah lepas ni memang aku plan untuk aiskrim ni aku nak open order untuk majlis ka, apa ka. Minimum order 30 ke atas aku terima. Tapi tempahan diterima weekend & public holiday ja sebab yang buat aku sorang ja dengan Kak Tina.

So, kalau ada sesapa berminat nak temoah untuk apa ja majlis, boleh lah contact aku. Boleh mesej 0134550660. Perisa apa nak kita boleh bincang ya. Di jamin bersih, halal & tentunya sedap!. Aku kalau buat, aku memang cerewet. Teliti. Aku akan prepare acah macam chef tu, haha. Harga jual 20sen ja sebatang.

Perisa Aiskrim Malaysia Zahra
  • Sumi
  • Choki-Choki
  • VanilaOreo
  • Cappucino
  • GreenTea
  • Milo
Aiskrim Malaysia, Aiskrim Greentea, Aiskrim Choki-Choki, Aiskrim VanilaOreo

Aiskrim Malaysia, Aiskrim sumi

You Might Also Like

0 Pengomen: