Jalan-jalan Ke Penang

14:48 Bonda Zahra 0 Comments

Naik Jambatan Kedua Pulau Pinang

Assalamualaikum, hai semua.

Dah lama dah orang duk cakap pasal jambatan baru dekat Penang ni kan, aku dengan suami pulak baru ja p menjejakkan kaki nak tengok sendiri Jambatan Kedua Pulau Pinang ni. Takpa lah kan, at least sampai jugak kan? Hihi. Lagi pun kami bukannya orang Penang sebab tu lambat sikit sampai sini, haha.
pulau pinang, jambatan kedua
So trip percutian kami kali ni bukannya bermalam di sana, p pagi petang balik. Sebab esoknya ada kenduri rumah saudara suami. Alang-alang dah suami bercuti ni kami jalan-jalan lah ke Penang bawak Zahra. Tempat suami kerja dulu, katanya dah expert dengan Penang ni. Aku pulak, dah banyak kali jugak datang sini, dengan suami lah, time bercinta dulu, masa honeymoon pun, honeymoon dekat Penang. Tapi sebelum ni kami p penang, jambatan ni belum siap lagi. Last kami datang pun masa baru-baru kahwin dulu.
Tapi masih belum terlambat lagi kan? Haha. Sebab jambatan ni masih baru lagi kan dirasmikan oleh Perdana Menteri kita pada 1 Mac 2014. Ha, kira baru lagi lah kan?. Sebenarnya Jambatan Kedua Pulau Pinang ni atau nama rasminya ialah Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dah siap dibina sepenuhnya pada Februari 2014 lagi. Ianya dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah bersempena nama yang di-Pertuan Agong yang ke-14.
pulau pinang, jambatan kedua
Dari sumber google, jambatan yang dah menelan kos RM4.5 bilion ni adalah sepanjang 24km (15 batu) merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia & Asia Tenggara. 17km (10 batu) daripada jambatan ni akan merentasi Selat Selatan, selat yang menghubungkan Pulau & Seberang Perai. 1.5km (1 batu) berada di kawasan Batu Maung, sementara 6km (3 batu) akan berada di kawasan Batu Kawan. Memang panjang pun masa aku naik dengan suami hari tu.

Jambatan ni jugak mempunyai kompleks tol bersepadu yang pertama di Malaysia & yang terbesar dengan mempunyai 28 lorong. Empat lorong dengan dua lorong motorsikal dibina di atas jambatan ni. Ianya merupakan sebuah jambatan yang menghubungkan Batu Kawan di tanah besar Seberang perai & Batu Maung di Pulau Pinang.

Dari atas jambatan ni boleh lah kita tengok pemandangan yang cantik & mendamaikan. Sejuk mata memandang tengok laut yang kebiruan tu. Zahra bukan main seronok lagi tengok laut, duk "Wau2"!!, haha.

Kata orang, suasana dari atas jambatan ni pada waktu malam lagi cantik. Penuh dengan kilauan lampu-lampu dekat sepanjang jambatan ni. Cer tengok gambar yang aku search dari google ni, cantik sungguh kan?
pulau pinang, jambatan kedua
Tu lah menariknya pasal Jambatan Pulau Pinang yang kedua ni. Kami cuma pusing-pusing ja, makan angin orang cakap. Dah naik jambatan, kami p makan & jalan-jalan dekat Queensbay Mall. Saja bawak Zahra jalan-jalan.
queensbay mall, pulau pinang
Ok lah walau cuma jalan-jalan, tapi seronok jugak. Apa yang penting happy dapat bawak Zahra jalan-jalan. Tu pun tak habis lagi nak jalan dekat Penang ni, tapi masa tak mengizinkan, Zahra pun tak berapa sihat. InsyaAllah kalau ada rezeki lagi, datang bermalam dekat sini. Baru puas berjalan.

You Might Also Like

0 Pengomen: