Wah, Zahra Dah Pandai Makan Durian

17:47 Bonda Zahra 2 Comments


Hai, semoga hampa semua yang membaca blog ni sihat hendaknya.Terima kasih sebab sudi jenguk blog aku yang kekadang merepek meraban ni, hihi.Ok lah, aku sebenarnya nak cerita sikit pasal anak dara aku yang sorang tu, siapa lagi, si Zahra tu lah.Dia ja yang selalu menghiburkan, haha.

Dua hari lepas Zahra makan durian!!.Sebelum ni dia tak pernah lagi makan durian.Aku ni pulak jenis tak makan durian.Maaf lah ya kalau ada yang kata aku ni mengada ka, bodoh ka apa, memang aku tak makan.Hidang lah durian ka, durian crepe ka, apa ja lah yang berkaitan dengan durian, memang aku tak minat lansung.Memang tak boleh buah yang bau kuat ni.

Bukan nak belagak, tapi memang dari dulu aku tak boleh nak bau benda yang kuat.Kepala aku boleh pening, pening yang tak boleh blah, huhu.Daripada aku cari pasal macam tu, aku rasa ada lebih baik aku hindarkan ja.Tapi lain pulak dengan Zahra, dia makan durian tu dengan penuh selera.Ni mesti ikut Babah dia ni, haha.Suami aku tu pantang nampak durian.

Dekat rumah aku & rumah mertua memang masing-masing pun suka makan durian.Tapi tu takda lah menjadi masalah buat aku.Zahra balik rumah TokWan dapat lah makan durian.Mula-mula Babah dia suap dia sikit, lama-lama dia makan seulas, ambik sendiri dia ja.Aku rasa lepas ni tentu dia pandai mintak babah dia belikan pulak, haha.

Maaf lah ya, kalau ada sesiapa yang nak belanja aku durian tu, aku terpaksa tolak.Sebab aku ni memang tak makan durian.Bubur durian ka, apa-apa yang berintikan durian pun memang aku tak makan.Cuma yang aku makan, durian belanda ja, hihi.Durian jugak kan?.Jangan pulak ada yang menyampah dengan statement aku ni na.Sebab aku tak paksa pun hampa jangan makan durian, masing-masing pun tentu ada benda yang depa tak makan kan?

You Might Also Like

2 comments:

  1. bagusnya si Zahra ni. I pun tak makan durian hehehe. anak sulung I memula dia eksaited tgk bapak and atok dia makan, tapi now dh kenal bau dia taknak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..memang turun Babah lah part ni;).lah yaka?kita geng!.

      Delete