Sakit Gigi Gerham Bongsu

05:39 Bonda Zahra 2 Comments

Siapa pernah ada pengalaman sakit gigi gerham bongsu??Aku wei, dekat seminggu dah.Selalu dengar orang cakap, sakit gigi lah sakit paling tak best dan paling sakit.Memang betul pun.Sengsara betul rasa kalau gigi sakit, nak pulak gigi gerham bongsu ni.Sakit dia tak taw nak explain macam mana.Berdenyut dalam mulut ni & pipi pun bengkak.

Memang berhari-hari aku tahan dengan ubat tahan sakit ja.Sampai dah tak tahan, nak muntah rasanya.Kalau tak baik jugak memang aku nak p dekat klinik gigi.

Banyak sebab kenapa gigi gerham bongsu ni selalu sakit.Salah satunya sebab dia nak tumbuh.Memang sakit gila, haha.Aku dah 2, 3 tahun ni duk menahan sakit nak tumbuh gigi ni.Kemuncaknya Ramadhan ni.Aku menguap pun dah rasa macam kebas-kebas dekat tepi pipi ni dengan gusi belakang sekali.Fuhhhhh!!!.

Sakit sangat ni.Kenapa sakit sangat?Setahu aku gigi kan senang ja tumbuh.Kenapa gigi gerham bongsu ni ambik masa macam tu lama?Dah tu sakit sangat.Aku pun google lah pasal gerham bongsu ni.



Nampak gambar dekat atas tu?Memang patut lah sakit.Kedudukan gigi gerham dalam gusi yang senget & impak kepada gigi yang lain.Tu yang membuatkan sakit yang teramat sangat.Bila gigi gerham nak membelah gusi lagi lah berdenyut-denyut sakit.Huwaaaa!!.

Katanya kalau gigi gerham bongsu tak tumbuh dengan cantik, gigi tu kena cabut taw.Huh, takutnya nak p klinik gigi.Hurm.Aku berdoa agar gigi gerham bongsu cepat tumbuh dengan cantik ja, haha.Hampa pun doakan aku ya?Terima kasih.

You Might Also Like

2 comments:

  1. Sakit masa gusi nak pecah tu. Sab dah rasa tahun lepas. Nasib baik masa tu dekat rumah. Kalau dekat kolej, tak tahu la macam mana. Seminggu juga tak jamah nasi. Makan bubur je T-T

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit kan?selalu sakit sab.xkeluar2 jugak gigi gerhamnya.Nak makan pun takda mood.

      Delete