Sedap Dengar 'Tak Mau' Dia

14:21 Bonda Zahra 0 Comments

Seronok tengok perkembangan anak kita kalau dah bercakap kan.Aku pun sendiri jadi teruja bila Zahra dah boleh bercakap sikit-sikit & mintak sesuatu.Walaupun tak fasih, tapi Zahra menunjukan yang dia semangat dalam berkomunikasi.

Ni antara perkataan yang Zahra pandai cakap contohnya:Mama, Papa, Opah, Tok, Wan, & boleh kata semua panggilan dalam keluarga dia boleh sebut.Tapi takda lah fasih betui kan.Dah pandai mintak susu, mintak ikut, pandai cakap 'tak mau', tapi bercakap cara dia lah.Dia punya 'tak mau' tu cukup sedap aku dengar, haha.Tu dekat bawah aku ada masukkan video, jemput tengok na.

Nombor pun dia dah boleh dah, tapi bunyinya macam ni, satu, dua, tida, ampat, lima, enam, ujuh, lapan, milan, seuluh.Aku duk taip ni pun rasa nak gelak ha.Kira ok lah kan.

Tu lah antara sebahagian daripada perkataan yang biasa.Ada ja lagi yang lawak didengar.Memang seronok!!.

Takpa lah apa pun aku & suami, kami selalu nak menghabiskan masa yang banyak untuk Zahra.Dapatlah kami cuba untuk kenal isi hati Zahra lebih mendalam.Nak buat semuanya dengan dia, nak bercakap banyak dengan dia.Kami harap supaya hubungan ni semakin erat & supaya daya percakapan Zahra semakin meningkat.



You Might Also Like

0 Pengomen: