Menjalin Silatulrahim Yang Indah

16:25 Bonda Zahra 2 Comments

Silatulrahim adalah tersambungnya hati sebab banyak yang secara fizikal saling dekat tapi hatinya berjauhan.Tapi banyak jugak secara fizikal saling berjauhan, namun hatinya dekat.

Kita kena pandai menyingkapi kekurangan & kesalahan orang lain.Takda manusia yang sempurna & suci dari kesalahan.Setiap orang adalah tempatnya salah & lupa.Kekurangan orang lain semestinya menjadi ladang amal buat kita untuk saling mengingatkan dalam kebaikan & kita jadikan kesalahan orang lain sebagai pelajaran untuk tak diikut.

Berani untuk kita tengok kebaikan & jasa orang lain.Untuk apa?Untuk kita balas sebagai tanda rasa terima kasih.Sebab berterima kasih kepada manusia adalah antara dari sikap bersyukur kepada Allah.

Cuba kita tengok kekurangan & kesalahan diri.Kita takkan lari dari salah & alpa, tapi jauh lebih teruk kalau kita tak memiliki fikiran untuk sedar & akui kekurangan & kesalahan diri kita sendiri.Sebab sifat ni akan jauhkan kita dari perbaikan diri & malah dekatkan kita pada kesombongan.

Lupakan lah jasa & kebaikan diri kita.Tak perlu merasa hebat atas kebaikan diri kita.Sebab perasaan macam tu hanya akan buat amal baik kita menjadi sia-sia.Tak perlu kita mengunkit- ungkit, apalagi kita mengharap dikenang orang lain & balasan.Berbuat lah kebaikan, bantu sesama kita & lupakan.



Mudah-mudahan dengan semua ni akan jadi sebahagian dari usaha kita dalam menjalin silatulrahim yang indah dengan saudara- saudara kita.Dan hanya kepada Allah kita berserah diri.Aku harap silatulrahim antara aku dengan saudara-saudara aku semakin erat terjaga.


You Might Also Like

2 comments: