Lelaki Taw Memasak, Kemestian Atau Kelebihan?

15:13 Bonda Zahra 2 Comments

Lelaki kalau taw memasak, tu satu kemestian atau kelebihan?

Bagi aku kan, kemestian!!, hihi.Sebab takkan lah taw nak makan ja kan?Sekali sekala kalau kami orang perempuan ni nak berehat dari memasak & buat kerja-kerja dekat dapur, suami lah pulak ambik alih.Alah, masak yang ringkas pun ok ja.Kami pun nak jugak rasa air tangan suami kami.Kekadang tu kan orang perempuan ni teringin jugak nak duduk dekat ruang tamu, tengok tv sambil suami masak dekat dapur.Nak test market tengok best ke tak jadi orang lelaki ni, haha.Haip, jangan salah faham ok.Nak menguruskan rumahtangga masih tanggungjawab bersama.Benda-benda macam ni perlu jugak dalam perkahwinan.So, dapat lah kita memahami peranan & perasaan antara satu sama lain dengan lebih baik.Mana taw boleh mengeratkan lagi hubungan kita suami & isteri betui tak?

Haish memang harus lah kan, sebab dibuatnya isteri ni kena p kursus ka, ada hal apa ka, untuk jangka masa panjang pulak, contohnya 1 minggu ka 2 minggu ka.Takkan lah en.suami ni nak angkut anak makan kedai hari-hari?Kesian dekat anak, hihi.So, apa salahnya Babah turun padang sekali sekala masak & bagi anak rasa masakan Babah pulak.Senang lah hati isteri ni anak tinggal dengan suami.Sekurang-kurangnya makan minum anak terjaga, takda lah tak tentu arah.

Dan lagi, kalau lah si isteri dalam pantang, lelaki kena lah masak kan?Takkan hari-hari suami nak makan kedai?Lepas tu takkan lah suami nak makan makanan orang dalam pantang pulak.Memanglah ada ja lelaki yang tak kisah kan, bagus lah kalau macam tu.Tapi hati si isteri ni lah pulak yang tak sampai nak tengok suami makan makanan dalam pantang hari-hari.Sedangkan boleh ja depa nak makan apa pun.Eh, tapi kalau sesama berpantang pun romantik jugak kan, hihi.

Tu lah sebab lelaki tak boleh tidak mesti kena taw masak.

Kelebihan bila lelaki tu memang pandai masak & semua masakan depa adalah marvellous.Macam en.suami aku lah!!.Wah, memang extra package lah untuk aku, hihi.Nak pulak masakan dia tu memanglah lagi bagus & lebih sedap dari aku kan.Boleh lah awak ajar saya memasak kan sayang?Sebab awak kan hebat dah.Biar kita dua-dua pandai masak.Mesti tak bosan masakan yang kita masak sebab tentu ada pelbagai menu.

You Might Also Like

2 comments:

  1. kalau dulu jadi kelebihan kot. zaman skrg semua sama ,. dah jadi kemestian. zaman dulu mana ada istilah wife outstation ke apa ke hehehe

    ReplyDelete