Kenapa Nak Bagi Hadiah Hari Ibu?

23:32 Bonda Zahra 2 Comments

Hari Ibu, maaf lah hampa, aku masih demam hari ibu lagi ni, haha.Contohi lah aku seorang anak yang solehah, ehem!!.

Aku kekadang tertarik dengan beberapa komen dari sesetengah remaja sekarang ni.Ada yang cakap buat apa bagi Mak kita hadiah barang?Nanti rosak jugak, sia-sia ja.Tak dapat lagi Mak kita nak buat kenangan.Baik kita tolong Mak kita masak dekat rumah atau pun kemas rumah, mesti Mak kita lagi terharu.Lagi satu jawapan yang depa suka bagi' yang penting hormat & bagi kasih sayang yang secukupnya '.

Hello!!!.Setakat kemas rumah atau tolong Mak masak, bagi kita perempuan ni memang dah jadi tanggungjawab kita sebagai anak kan?.Yang pasal hormat & kasih sayang tu.Kita ingat sendiri lah.Tak payah kita tunggu hari ibu.Haish, hampa ni.Cuba lah buka minda tu sikit.

Kalau aku kan, nilai sentimental tu memang penting.Walaupun hadiah yang kita bagi tu tak mahal atau biasa ja, sekurang-kurangnya kita memang ikhlas & menghargai Mak kita kan.Tengok nanti ada pulak yang cakap nak bagi hadiah dekat Mak kita bukannya pada hari ibu ha, hari lain pun kita boleh bagi hadiah kan.Memang lah!!!.

Hadui, kalau dah fikiran sempit tu, sempit jugak lah kan.Orang-orang macam ni mesti banyak alasan dia kan.Aku bagi contoh ya, kita sambut malam tahun baru, mesti malam 31hb Disember kan walaupun tahun baru tu 1hb.Ada ka sambut malam 2hb?

Terpulang lah kepada masing-masing dengan cara hampa sendiri kan.Setiap orang ada pandangan depa.Aku dengan cara aku.Hampa dengan cara hampa, ok?haha.
Hadiah aku untuk mak aku sempena hari ibu.

Selamat Hari Ibu Mak!!!.

You Might Also Like

2 comments:

  1. Bonda zahra...kerlassss hadiah hari ibu tu tau...cantik...kak juju pun suka beri hadiah kat mama sendiri handbeg dan baju...rasa seronok pulak tgk ibu sendiri gembira lain macam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, tq k.juju.Mg saya selalu hadiahkan beg atau kst mcm tu kat mak saya.baju jgk..y tu mudah kn kak?hihi..lg pun happy bila dpt beli apa y mak nak & suka;)

      Delete