Kelebihan Buah Solanum Lycopersicum

17:14 Bonda Zahra 0 Comments

Aku ingat lagi, masa aku kecik dulu sebut lah apa jenis sayur mesti tak terlintas pun dekat hati aku ni nak merasa walau sikit kecuali kentang, timun, salad & bawang.Tapi bawang goreng aku tak suka taw!.Aku rasa kan makan sayur masa kecik dulu macam kena paksa makan apa ja, haha.Mak aku selalu berleter dekat aku sebab tak nak makan sayur, hurm.

Akhirnya aku belajar jugak makan sayur-sayuran bila dah masuk sekolah menengah.Sebab nak kulit cantik, nak badan sihat, haha.Tapi masih ada sayur yang aku tak mampu lagi nak telan macam labu & petola.Sekarang kan aku sangat suka makan sayur.Siapa sangka aku yang dulunya manusia takut sayur berubah kepada manusia yang cinta kepada sayur, hihi.Antara sayur kegemaran aku ialah kailan, sawi, sayur campur & tomato.Aku suka makan tomato mentah, tomato yang dimasak pun aku suka jugak makan.

Dan apa yang aku perasan sekarang ni ialah anak aku Zahra, sangat lah minat kepada tomato sejak dia dah pandai makan.Setiap kali p pasar ikan dengan aku hari minggu, nampak ja buah tomato jerit- jerit dia nak.Yang pastinya pak cik sayur tu pun dah taw tiap kali Zahra p pasar, awai-awai lagi dia dah ambik basuhkan untuk Zahra sebiji atau dua biji tomato.Sebab dia taw Zahra suka kan.


Tomato atau nama saintifik dia Solanum Lycopersicum sangat kaya dengan vitamin A & C, zat besi, serat yang baik untuk badan.Selain tu, tomato jugak mengandungi fruktosa , glukosa, asid folik, potasium, kalsium & mineral.

Tomato ialah sejenis sayur buah berwarna merah & boleh kita makan secara mentah ataupun kita masak bersama makanan lain seperti sup, tomyam, kari, dalca & sebagainya.Kalau hampa nak taw, tomato jugak membekalkan kita 40 peratus daripada keperluan harian vitamin C dalam badan kita.

Antara kelebihan tomato ialah mengurangkan risiko barah prostat di kalangan orang lelaki, mengurangkan jerawat serta merawat penyakit kulit & membersihkan kulit muka.Ia jugak mampu mengecilkan liang roma.Selain tu, tomato membantu memulihkan kesihatan sel dalam kulit, melancarkan perjalanan darah & menghalang bengkak serta radang.Katanya, tomato ni jugak boleh mengurangkan risiko kanser & menguatkan sistem pertahanan badan kita.

So, jum kita mulakan hidup sihat dengan memilih tomato sebagai makanan wajib hampa setiap hari macam Zahra, haha!!.




You Might Also Like

0 Pengomen: