Hari Usahawan SKSA

14:13 Bonda Zahra 0 Comments

Seperti biasa lah kan, zaman sekarang ni sekolah buat hari usahawan atau hari kantin.Kata budak sekarang the best ever day ialah Hari Usahawan, yaka?

Hari Usahawan ni mula dijalankan pukul 10.00 pagi hingga 3 petang.Tapi aku pulak turun dari pejabat pukul 11.00 lebih.Kena selesaikan kerja sikit dulu.Masa aku turun tu, aku pun tak sangka nampak meriah jugak ha.Dah tu aku terus ja ke gerai-gerai jualan tu nak cari makan.Lapar!!, hihi.

Macam biasalah kan dekat sini semua urusan dengan kupon.Satu buku kupon RM10.00.Aku dah berhabis dekat sini RM20.00, hihi.Takpa lah bagi sokongan pada sekolah kan.

Ramai ja yang jual makanan sedap-sedap.Nasi lemak, ayam goreng, burger, nugget, laksam & macam-macam lagi lah.Dah naik berpinar mata aku tengok makanan, haha.Yang aku sempat beli laksam & ayam goreng.Siap tapau lagi!!.Tudia, gila membeli belah hang.Puaslah aku duk meronda sana sini.Sebenarnya ada ja gerai lain yang dibuka tapi tak semua lah aku ambik & letak dekat sini.



Ada jugak buat tayangan filem.Ada 2 bilik tayangan dibuka untuk hari tu.Menarik lah tayangan buat adik-adik dekat sekolah ni.Aku tak p masuk pun, takda geng lah, haha.
Lepas tu ada tuju lagu, 2 lagu 50sen.Murahnya!!.Djnya cikgu Kelantan, ulang-ulang lagu pantai timur lah.Dah rasa macam duk di Kelantan pulak ha, haha.Tapi menarik lah.
Ada game roket air wei, macam best ja kan?Untuk main roket air ni gunakan kupon bernilai 50sen seorang & siapa yang dapat masukkan botol air dalam gelung tu siap dapat hadiah gula-gula lagi.Memang dapat sambutan betui game rocket ni.Penuh ja!!.Abang- abang cleaner pun seronok cuba game tu, nampak?hihi.

Meriah jugak Hari Usahawan yang dianjurkan sekolah aku ni.Memang tak sangka pulak sambutannya agak baik.Guru besar pun nampak seronok, cikgu-cikgu pun.Semoga tercapai matlamat depa, InsyaAllah.




You Might Also Like

0 Pengomen: