Duit Hasil Berniaga Hadiah Untuk Anak

14:04 Bonda Zahra 2 Comments

Hai semua!!.Selamat berhujung minggu, aku minggu lepas keluar ke Taiping untuk hantar surat di PPD.Macam biasa lah rutin aku sekarang.Sejak bekerja seorang ni semua pun nak kena buat.

Ok lah, bila dah datang Taiping ni, berseorangan pulak, terus teringat dah lama nak belikan Zahra sesuatu yang dah lama aku idamkan nak beli.So, boleh lah aku belikan dengan hasil jualan aiskrim Malaysia aku tu.Kalau boleh memang aku nak belikan Zahra meja kecil dengan kerusi sekali, senang dia nak duduk kan.Mesti hampa tertanya kan, kecik-kecik lagi dah belikan meja kenapa?sebabnya aku tengok Zahra ni kalau p mana-mana, dia cukup berkenan dengan meja kecil.

Tu ha meja dalam gambar dekat atas tu lah yang aku belikan tadi untuk Zahra.Punya lah seronok dia, nak pulak meja tu ada gambar kartun kegemaran dia lagi lah dia teruja.
Yang kakak sakinah pun seronok jugak tengok meja Zahra.Siap puji-puji lagi ha.Tetiba dua-dua orang ni jadi rajin pulak nak menulis.Apa pun seronok tengok depa.
Semoga anak Bonda ni jadi anak yang berguna, rajin, soleh & semua lah yang terbaik untuk Zahra.
Meja dekat atas tu aku amik stok yang baru.Kalau boleh tak nak lah yang display kan.Jenuh lah gigih PakNdak dengan Ibu Zahra pasang meja tu.Haih, comel ja meja Zahra tu kan?So, kalau dah cantik tu harus lah taw macam mana cara nak guna kan, hihi.Ni kecik lagi takpa lah, dimaafkan.

You Might Also Like

2 comments:

  1. alahai comelnya meja tu. girlish betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haruslah mommy.Zahra ni semua pun nak Hello Kitty, haih.

      Delete