Doli Kuetiaw Goreng, Taiping

00:42 Bonda Zahra 2 Comments

Hampa semua penah dengar tak pasal satu kuetiaw goreng yang sangat lah sedap?Dan kuetiaw goreng tu hanya ada di Taiping, hihi.Kalau dah ada cawangan di tempat lain tu aku kurang maklum lah ya.Terkenal taw kuetiaw Doli ni di Taiping.Ya, ianya kuetiaw goreng bukan char kuetiaw.
Ada jugak lagi satu makanan yang terkenal di sini iaitu mee udang.Yang tu aku tak lagi berkesempatan nak mencuba walaupun aku duduk di Taiping, huhu.Mesti hampa tertanya-tanya kan apa yang istimewa sangat dengan kuetiaw goreng yang orang duk sebut-sebut sangat ni.

Kuetiaw goreng ni dah lama bertapak di Taiping ni, cumanya dulu depa hanya berniaga di tapak pasar.Tapi sekarang dah berpindah ke sebuah restoran besar.Kagumnya bila tengok orang Melayu kita berjaya macam tu.Dari masa aku kecik dulu sampai sekarang Doli Kuetiaw Goreng ni merupakan antara tempat makan faveret aku.
Kebetulan balik dari Pejabat Audit petang semalam, aku pun p lah ke situ bawak adik aku & kawan dia makan.Lokasi dia senang ja nak cari.Berhadapan dengan Klinik Kesihatan Jalan Tupai, Taiping.

Kalau dah restoran ala-ala kopitiam ni, harganya dah semestinya atas sikit daripada harga kedai mamak.Aku orderlah 2 pinggan kuetiaw goreng untuk aku & kawan adik aku.
Ikut tekak aku, sedap lah rasanya.Ni ikut tekak aku lah ya, sebab aku ni boleh kata peminat kuetiaw jugak.Campuran udang dia dengan rasa kuetiaw ni memang best.Kuetiaw goreng Doli ni RM5.50.Kalau yang special punya bezanya ialah udang dia lebih besar & banyak & ada telur goreng.Rasa dia?Sama ja macam yang biasa.Harganya RM10.00.
Nasi ayam ni untuk adik aku.Tapi kan, nasi ayam Doli ni memang sedap &  kena dengan tekak aku sekeluarga, haha.

Petang-petang makan kuetiaw goreng ni pekena pulak dengan limau ais, perghh!!.Memang layan, haha.Aku siap order lah bungkus untuk Mak dengan abang aku makan malam.

Ehh, ada sesiapa tak terasa nak belanja aku kuetiaw goreng special Doli?kikikiki.

You Might Also Like

2 comments:

  1. uihh nasik ayam tu menggoda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap taw mommy!:).suami saya suka makan nasi ayam dekat sini.

      Delete