Doktor Dan Klinik Yang Bagus

22:52 Bonda Zahra 0 Comments

Hai, pasal klinik pun nak cerita jugak ka?Ni bukan sebarang klinik taw, ni lah klinik terbaik yang penah aku p.Lepas p sini, memang jarang dah p klinik lain.Servis dekat klinik ni memang bagus sangat.Dah masuk kali ke dua aku ke klinik ni & servis dia tetap terbaik.Aku ni cerewet jugak bab servis menyervis ni.Terlalu sensetif.Selagi tak puas hati, aku akan cuba semua tempat yang aku nampak, hihi.

Awalnya aku mula melangkah masuk ke klinik ni terpegun dengan fasiliti yang dia ada, fesyen lama, cara lama.Masa tengah tunggu giliran nak dapatkan pemeriksaan doktor, aku nampak penjaga kaunter perempuan seramai 5 hingga 6 orang yang berpakaian kemas berwarna pink.Ia terbahagi kepada dua bahagian, 1 bahagian kaunter & 1 bahagian pemberian ubat & bil.

Ok, yang buat aku teruja, kagum & hairan pada masa tu ialah aura doktor dia yang bernama Dr.Tan.Doktor ni aku tengok bersemangat, bertenaga & ceria.

Kali pertama aku datang ke klinik ni, aku datang pukul 4.45 petang, jam 5.00 petang memang terus dipanggil.Aku memang suka datang lewat sikit sebab masa tu orang dah tak berapa ramai.So takda lah nak kena menunggu lama.Untuk pengetahuan hampa klinik ni ramai sangat pelanggan dia.Ruang menunggu dia agak luas, bagi aku tak merimaskan & tenang ja dalam tu.

Dari segi harganya pulak, macam Zahra hari tu demam biasa cuma dicaj RM18.00.Aku rasa caj-caj yang lain pun sama atau lebih kurang ja.So, memang aku dah suka lah dengan klinik ni.




Lokasi klinik ni ialah berhadapan dengan Bank Simpanan Nasional Taiping.Hampa yang duduk area Batu Kurau, Kamunting & Taiping mesti hampa dapat bayang dah kan dekat mana?So, cuba lah ke klinik ni.Insyaallah, puas hati!!.


You Might Also Like

0 Pengomen: