Cermin Mata Baru Mak

22:57 Bonda Zahra 2 Comments

Rasanya cermin mata lama Mak dah nak kena tukar dengan yang baru.Mak cuma boleh nampak tak sampai 10% pun dari cermin mata yang sedia ada.Ini mungkin disebabkan power mata Mak dah bertambah, tapi keadaan cermin mata tu sendiri pun dah memang kabur.Aku pun dah tak ingat bila tahun aku buatkan cermin mata Mak yang tu.Kena cari jugak cermin mata baru ni.

Kebetulan hari tu aku ada nak beli barang sikit, so kami pun bergerak ke Econsave Kamunting.Jarak dari rumah lebih kurang 5km.Dapat parking pun tak berapa jauh dari pintu utama.Memang senang sikit untuk aku dengan family yang seadanya ni.

Pada mulanya aku singgah di satu kedai di pintu utama.Nak taw harga cermin mata baru.Agak ramah jugak penjual cermin mata dekat sini, senang sikit nak bersembang.Tapi tak dapat nak lama, sebab ada pelanggan lain yang datang pada masa tu.

Aku pun p beli barang dulu dekat dalam Econsave.Econsave ni besar pun tak berapa besar jugak lah.Puas jugak lah memusing satu Econsave.Nak beli barangnya sikit ja, rambang mata yang lebih, hihi.

Selesai beli barang ja, aku keluar & singgah di kedai cermin mata yang aku p tadi.Orang takda pun dekat kedai tu.Aku pun membelek-belek lah cermin mata yang sesuai untuk Mak aku dekat sini.Harga pun boleh tahan.
Mak pun setuju lah dengan design cermin mata yang aku pilih.Tambah dengan cermin UV protection & bila panas jadi gelap.Mata Mak diperiksa sekali lagi untuk memastikan power cermin yang akan dibuat.Pertambahan power pada mata bahagian kanan.Silau pun ada bertambah & yang pastinya duit pun bertambah lah ya, hihi.Lepas selesai semuanya, aku diberitahu yang cermin mata Mak akan siap dalam masa seminggu.

Dalam masa seminggu aku pun dapat panggilan telefon dari kedai cermin mata yang Mak buat hari tu.Dengan pantas aku & Mak p mengambil cermin mata baru Mak yang dah siap.Lega rasa bila dapat buatkan Mak cermin mata baru.Senang sikit Mak nak membaca, mengaji.Boleh tengok semuanya dengan jelas balik, Alhamdulillah.
Comei dak Mak kami?


You Might Also Like

2 comments: