Berbaloi Miliki Si Aldo Compatto

13:18 Bonda Zahra 2 Comments


Aku rasa baby stroller ni merupakan salah satu kemudahan yang wajib ada untuk keluarga yang ada anak kecil.Nak pulak yang kaki travel.Dan hari ni aku nak kongsikan kelebihan Aldo Compatto ni dengan hangpa.Salah satu keistimewaannya ialah boleh kita bawak ke dalam kapal terbang taw!.Wah, menarik kan?

Selain tu, kalau hangpa tak nak kereta hangpa sempit disebabkan baby stroller, Aldo Compatto ni lah jawapannya.Senang ja nak angkut kemana-mana.Boleh main campak-campak ja dalam bonet tu, hihi.Memang berbaloi beli si Aldo ni, sebab apa?Baca bawah ni:


Reka bentuk yang “Super-Compact” dan ringan (52x44x18cm bila dilipat), empat tayar, buka dan lipat boleh dibuat dengan satu tangan, seat boleh laras dan fabrik boleh dibuka   dan dibasuh.

Kurang kedalaman tempat duduk berbanding baby stroller yang standard, sedikit   beralun jika diatas permukaan yang kasar dan bakul shopping yang kecil.

Hangpa taw, rekaan baby stroller ni adalah hampir sama dengan jenama terkemuka Babyzen YOYO.Perbezaan ketara dia adalah kualiti dia sedikit berbeza terutama fabrik & frame stroller dia. Tapi ianya masih berbaloi untuk kita miliki sebab harga dia jugak jauh lebih murah & ianya boleh lipat dan buka dengan satu tangan.Teruja tak dengar?haha.

Walaupun kualiti dia sedikit kurang berbanding Babyzen YOYO tapi ianya masih berbaloi & berganda sebab banyak aksesori yang diberi & padding seatnya lebih tebal & seat boleh dibaringkan sehingga 180° berbanding Babyzen YOYO hanya lebih kurang 150°.Maknanya ia jugak sesuai untuk Newborn.So, bakal-bakal ibu tu boleh lah mencubanya.

Kalau hangpa beli si Aldo ni, apa yang hangpa akan dapat sekali dalam kotak tu?

  • Chassis
  • Seat cover and backrest
  • Hood
  • Raincover
  • Manual instruction
  • Cup holder
  • Bumper bar
  • Stroller bag
  • Shoulder strap
  • Stroller restrap
  • Newborn leg cover

Apa yang aku suka pasal si Aldo ni?

Ianya sangat “Rare” untuk mencari buggy stroller yang betui-betui tahan lasak.Si Aldo ni adalah buggy stroller yang sangat berbaloi untuk dimiliki sebab rekaan yang lasak & ringan.Ianya sangat sempurna terutama siapa yang tinggal dekat bandar.

Kelebihan terbesar si Aldo ni adalah saiznya apabila dilipat iaitu berukuran 52 x44 x18cm dimana hampir sama saiz handbag yang oversize.Wau!!.

Tambahan pulak stroller ni mudah dikawal dengan satu tangan tapi perlu hangpa jaga jugak sebab tak boleh dibiarkan stroller hangpa tu terlepas tanpa dipegang sebab stroller ni ringan & bila ditiup angin ianya boleh bergerak dengan sendiri.So, kena hati-hati ya!.

Stroller ni sesuai digunakan dari bayi yang baru lahir sehingga berat anak hangpa 18kg.Berat stroller ini hanya 5.95kg ja & mudah dibawa kemana-mana sebab disertakan jugak dengan shoulder strap & stroller bag.Memang mudah sangat!.Boleh dikatakan stroller ni sangat inovatif & sangat lasak.Memang bagus untuk keluarga yang suka berjalan-jalan & yang tak suka kalau stroller tu penuh ja ruang dekat dalam kereta depa.Untuk dapatkan si Aldo ni, aku rekemen hampa beli di The Baby Store .  
Sebab apa?sebab ada diskaun hebat menanti hangpa.Selain tu setiap pendaftaran baru akan menerima 200 Reward Points yang boleh ditebus pada pembelian pertama & setiap ringgit yang hangpa belanja akan dapat mata ganjaran untuk ditebus pada belian seterusnya.Sangat awesome wei!!!.Penjimatan berganda taw.Dah tu, hangpa duk tunggu apa lagi?serang lah!!, haha.


You Might Also Like

2 comments:

  1. Mcm best ja ni...
    Salam singgah ke blog tuan yanah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?try lah skodeng dkt The baby Store;).tq singgah blog saya.

      Delete