Banyak & Murah Makanan Kopitan Classic!

Hai semua, sihat ka?Hampa pernah makan dekat Restoran Kopitan Classic Penang Delight tak?Baru-baru ni aku keluar dengan adik aku nak p workshop kereta.Nasib lah ada adik yang baik ni temankan, kalau tak keseorangan lah.Terima kasih adik!!.

So, sementara menunggu kereta siap, aku pun ajak lah adik aku p berjalan dekat AEON yang kebetulan bersebelahan ja dengan workshop tu.Duk berjalan-jalan tu terasa lapar pulak, so aku pun duk mencari lah tempat makan yang best sikit, hihi.Bukak purse bajet tak berapa nak lebat, so cakap dekat adik, adik kita makan tempat murah dah lah ok.Adik buat muka pasrah ja.Kesian dia, haha.Akhirnya kami pun memilih lah untuk makan dekat Restoran Kopitan Classic Penang Delight ni.

Rasanya orang-orang belah utara biasa nampak Restoran Kopitan Classic Penang Delight ni kan?Ada branch yang lain aku rasa.Aku pun sebelum ni pernah nampak cuma tak pernah masuk sebab rasa was-was jugak.Aku tengok kebanyakan yang makan dekat situ kaum cina.Tengok menu & dekorasi dia pun macam chinese style.Tapi bila dah nampak ada tanda logo HALAL dari JAKIM berwarna hitam terus lega.Keadaan restoran dia pun bersih & selesa.Kali ni aku dengan adik aku cuba p makan dekat sini.
Sampai dekat kopitan, bisik dekat adik, adik ambik makanan dengan air yang murah-murah ja taw.Tengok menu sambil kira dalam kepala harga di noted.Buat tak cukup duit, parah!!.Hampa boleh tulis menu yang hampa nak.Memang banyak gila menu dia.Sampai tak taw lah nak pilih yang mana.Tengok semua nampak sedap ja.

Hampa nak makan western ada, makanan jepun ada, nak pelbagai chicken rice pun ada.Kids meal pun ada.Variety of drinks punyalah banyak.Boleh kata macam-macam ada lah.Naik rambang mata ni.So, ni yang kami pilih.
Dalam gambar nampak macam sambal tu, aku pilih lah ni ingat sambal lah.Rupanya tak.Makan pun macam kena paksa sebab tak pedas.Sedap dah sedap dah.
Pandai adik pilih ni, sedap!

Alhamdulillah, kenyang pun kenyang.Portion besar.Tapi dekat sini banyak makanan tak pedas lah.Sebab tak banyak makanan pedas aku bagi 4 bintang ja.Ikut tekak aku macam tu lah.Jum lah cuba tekak hampa pulak, hihi.Harga pun berpatutan, sangat affordable.


1 comment

  1. hheh I pun selalu macam tu. sambil tengok menu sambil buat math jap. kekadang kita bawak cash terhad kan. hehhe

    ReplyDelete