Port Belakang Bomba Taiping

21:48 Bonda Zahra 1 Comments

Malam- malam dekat area Taiping ni, antara port yang famous ialah di medan selera belakang Bomba Taiping.Dari zaman aku sekolah dulu lagi dah famous dah.
Signature dish kalau dekat medan selera Bomba ni, of coz lah YongTauFu(YTF).Tengok ja taburan kekacang & biji bijan dia.Kuah dia yang pekat, sedap, perghhh!!.Harga pun murah kalau nak banding makan dekat tempat lain.
Selain YTF, segala macam jenis ABC & Banana Split pun ada.Harga sangat lah berpatutan.Takda gambar sebab tak order pun semalam.Batuk tak hilang lagi, hihi.Ikut carta dekat kedai ni, ada hampir 50 variasi ABC.Aku pun hairan tukang buatnya ingat ka perbezaan setiap variasi, haha.Apa pun sedap ABCnya, aku pernah rasa.

Dekat medan selera Bomba ni sebenarnya ada banyak kedai.Tapi tolong ya jangan tanya aku yang mana sedap.Aku terjah kedai yang ramai orang.Macam formula orang kita 'kalau ramai orang, mesti sedap'.Alhamdulillah terjahan aku tepat, haha.Kalau sejak tahun 1983 dah buat YTF, saja lagi lah kalau tak sedap kan?

Banyak ja lagi port makan best dekat Taiping ni.Tapi kalau yang sedap tu memang ulang-ulang p lah kan.Nanti aku kongsikan lagi ya tempat makan yang best dekat Taiping ni.

You Might Also Like

1 comment:

  1. hhhehe kami pun macam tu carik kedai ramai org. tapi bahaya jugak, mana tau org yg ramai ramai tu sebenarnya cuma curious macam kita jugak. hehehe

    ReplyDelete