Excitednya Zahra

21:28 Bonda Zahra 0 Comments

Mana-mana Mak Ayah pun dalam dunia ni mesti nak kan yang terbaik untuk anak depa.Kalau boleh semua benda nak disediakan untuk anak tersayang.Tu lah luahan sayang secara zahir.Walau benda yang tak mampu pun akan diusahakan.

Aku sebenarnya dah lama teringin nak belikan Zahra basikal.Siap masuk wishlist aku lagi.Hari tu dapat duit elaun lebih, aku pun ajak Mak aku p beli basikal.Kebetulan depan rumah aku ni ja kedainya ha.
Alhamdulillah, rezeki Zahra.Akhirnya basikal dah berjaya dimiliki!!.

Memang teruja lah si Zahra ni bila dapat basikal.Kalau boleh p mana ja  dia nak bawak basikal.Kalau boleh, tidur pun nak peluk kud.

Gambar dekat bawah ni aku ambik masa petang-petang Zahra meronda naik basikal dia.Tengok lah tu betapa terujanya dia.


Zahra punya excited bukan main lagi!.Satu kawasan boleh dengar suara dia.Mulut tu riuh sama naik, nampak betapa seronoknya dia tiap kali ada peluang.Malangnya dia tak pandai kayuh.

Letak dia dekat situ, dekat situ ja lah dia.Tak bergerak lansung.Jenuh nak mengajar.Tak berjalan pun basikal tu.Asyik aku jugak nak kena tolak.

Biasanya waktu petang-petang memang Zahra akan ronda-ronda naik basikal dengan aku kalau aku cuti.Kalau tak, Zahra cuma naik basikal dalam rumah ja lah.


You Might Also Like

0 Pengomen: