Aiskrim Malaysia Bonda Zahra

21:49 Bonda Zahra 0 Comments

Beberapa minggu lepas aku cuba jual aiskrim Malaysia dekat kawasan rumah aku.Alhamdulillah sambutan agak mengalakkan.Budak-budak lah yang paling suka kan.Mak dengan Bapak budak pun tak kurang jugak.Bersama-sama enjoy makan aiskrim ni.

Aku akui lah nak buat asikrim pun nak kena pandai bancuh jugak, kalau tak, tak sedap.Nak buat pun memanglah makan masa sikit.Ya lah nak kena masak air gula dulu, lepas tu letak macam-macam perisa & tambahannya.Nak tunggu sejuk dulu, pastu nak memintal lagi.nak tunggu beku pulak.Memang makan masa.



Tapi nasib lah barang-barang nak buat asikrim ni senang ja nak dapat dekat mana-mana.Cuma bezanya harga semua dah naik.

Alhamdulillah sampai hari ni sambutan tu masih ada.Sebab ada yang dah makan aiskrim aku ni, nak lagi & nak lagi, memang laku lah.Bukan aku ada letak bahan terlarang ya.Ishh tak lah sampai macam tu.

Ok, siapa-siapa yang nak beli @ tempah aiskrim Malaysia ni, boleh lah cari aku.Tapi sekitar Batu Kurau, Kamunting, Taiping ja.

Aiskrim Malaysia perisa:-

  • Jagung
  • Bandung
  • Milo
  • Asam Masin
  • Sarsi
  • Anggur
  • Oren
  • Choki-Choki
  • GreenTea
  • Sumi

Tempahan

Atas galakkan & sokongan adik beradik aku, aku sekarang dah ambil tempahan untuk:
  • Majlis Kahwin
  • Majlis HariJadi
  • Majlis Rumah Terbuka
  • Hari Keluarga
  • Aktiviti di sekolah-sekolah/Hari Sukan/Hari Kantin
Kalau siapa berminat nak tempah untuk majlis apa boleh lah call aku 0134550660.Perisa apa nak, kita boleh bincang.Dijamin bersih, halal & sedap na, haha.

You Might Also Like

0 Pengomen: