Selalu & Senang Demam Lepas Bersalin

16:41 Bonda Zahra 2 Comments

Hai semua, semoga semua kawan-kawan blogger sihat walafiat hendaknya.Tapi kalau ada yang diuji dengan sakit di saat ni, pujuk lah hati, sabar & redha dengan ujian Allah.Tu yang terbaik.Dalam pada tu kita usaha menyembuhkan.

Cakap pasal sakit kan, ada tak Bonda lain yang macam aku, baru lepas bersalin (dah habis pantang, tapi anak masih bawah 1-2 tahun) yang rasa hampa sekarang ni senang sakit.Senang kena demam, selsema, batuk.Dulu jarang-jarang nak MC, tapi sejak ada anak ni dah lah anak pun sebulan sekali mesti nak demam, Bonda pun kerap pulak demamnya.Cuti tahunan pun duk bekurang dah.Kerja di ofis tergendala.Dilemakan?

Aku rasa benda ni bukan aku ja yang hadap kud.Ramai sebenarnya.Tambah pulak dengan cuaca sekarang yang tak tentu.Bila panas, panas terik tapi tiba-tiba hujan pulak siap dengan ribut.Bertabah ja, hukum alam memang macam tu.

Dah jadi Bonda ni kan, kalau boleh tak nak jatuh sakit.Kalau Bonda yang jatuh sakit, payah lah.Bonda ni kalau sakit pun, dia tak boleh nak cuti dari tugas hakiki dia.Nak pulak ada anak kecik ni.Aku pun dah rasa.Tak larat pun nak kena basuh berak anak jugak.Bukan sentiasa nak boleh mintak tolong orang lain.Tapi ni bukan mengeluh ya.Ini realiti & salah satu punca kenapa badan kita ni lemah daya tahan penyakit.Sebab badan tak cukup rehat memang senang dapat penyakit.

Kenapa Imun Badan Kita Boleh Jadi Lemah?
Jom semak


  • Penjagaan Dalam Pantang Kurang Rapi
Ni memang jadi faktor penyumbang.Walaupun dah abis pantang tapi still senang jatuh sakit.Mayb masa dalam pantang kesihatan kita belum betui-betui baik.Mayb kita rasa ok, dah sihat & boleh makan macam-macam, tapi sebenarnya dalaman kita masih lemah.Dalaman tu bukan ja hal kewanitaan tapi jugak merangkumi semua sistem tubuh badan.Urat saraf, sel-sel & otot kita mayb masih penat akibat mengandung & bersalin, & belum pulih sepenuhnya.


  • Selalu Penat

Penat memang sinonim dengan kita yang ada anak kecik ni.Payah nak cari Bonda yang ada baby ni yang tak rasa penat.Bonda sekarang pulak banyak yang bekerja.Ada yang kerja ofis hour, ada yang kerja shift & ada jugak yang bekerja di rumah atau surirumah.Surirumah pun pekerjaan taw.Surirumah lagi lah penat, anak 24 jam dengan kita.Diri sendiri pun tak sempat nak belek.Apa pun kerjaya kita, semuanya buatkan kita selalu terkejar-kejar & kepenatan.


  • Tak Cukup Tidur

Haha, gelak jap.Kalau lah ada Bonda yang dah melahirkan anak dia dapat cukup tidur 6 jam sehari, bertuah sungguh lah!.Ni dia lah pengorbanan Bonda sejak mengandung lagi sebenarnya tidur si Bonda dah terganggu.Bila anak dah lahir, memang tidur-tidur ayam ja lah.Pengalaman dengan Zahra ni, sekarang ni baru aku merasa tidur lena.Dah besar kan si Zahra tu, dah tak bangun malam nak susu.Haih, dekat 2 tahun kud tak cukup tidur dalam erti kata sebenar.Dan, sahih!!.Kurang tidur ni lah jadi punca utama aku senang sakit.Aku boleh nampak pattern dia.Kalau aku kerap stay up, or stay up berturut-turut tu, jaga-jaga lah.


  • Stress

Stress jadi punca utama imun badan jadi lemah.Bila kita letih, kita tak cukup tidur, kerja rumah tak kesudahan, tambah pulak dengan masalah tempat kerja atau masalah lain yang sebagainya, kita memang akan stress!.Bila dah stress, fungsi imun badan akan makin lemah & makin senang lah diserang oleh bakteria atau virus.Tu yang jap sakit tekak, jap selsema.Dah tu lambat baik pulak tu.

Rasanya tak banyak, 1 antara di atas tu mesti dihadapi oleh Bonda-bonda lain kan.

Haih, apa lah nak buat.Past is past.Kita dah tak boleh nak balik ke zaman berpantang.Throwback boleh lah.So, jaga tubuh badan & kesihatan sekarang jugak!.Tak kisah lah berapa umur anak kita pun.Dah 6 bulan ka, dah boleh berjalan ka, atau anak dah lebih 2 tahun pun, kita still ada peluang untuk jaga kesihatan kita sekarang.Apa orang kata, Better late Than Never, hihi.Tapi, kena extra rapi lah.

You Might Also Like

2 comments:

  1. sama la...kadang cuti bersalin yang diberi 2 bulan macam xckup jer nak berehat...pastu nak balik cuti kena masuk kerja yang banyak tertanguh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, kan?nk buat mcm mana, punca rezeki kita kan?

      Delete