Rutin Harian Sebelum Tidur

00:44 Bonda Zahra 2 Comments

Hai semua.Aku sibuk & selalu menyibukkan, memenatkan diri sendiri.Sebenarnya aku ni hamba Allah, keturunan Melayu, bini orang & ibu pada sorang anak yang comel, hihi.Aku yang tak taw duduk diam nak cari rezeki untuk tambah pendapatan family.

Macam dalam entry sebelum ni, kan ada aku bagi taw yang aku berniaga aiskrim Malaysia di koperasi sekolah aku.Dapat idea nak berniaga tu, sambilan ja untuk budak-budak sekolah.

Bisnes aiskrim ni boleh aku katakan senang & untung lah jugak.Sebab modal dia cuma air, perisa, gula, plastik ais krim.Dan kalau aiskrim yang best sikit, sumi, susu, choki-choki.Alhamdulillah, dari mula aku jual sampai hari ni dapat sambutan.

Sambutan mula-mula memang agak slow sikit sebab tak ramai yang taw lagi.Tapi bila dah ramai yang taw pasal jualan aiskrim di koperasi sekolah ni, jualan makin bagus.Seronok pulak aku, haha.Walaupun kekadang penat jugak nak turun naik angkut aiskrim p koperasi.

Budak-budak cuma beli pada waktu rehat depa.Dalam setengah jam.Walaupun untung tak seberapa, tapi aku seronok.Boleh berniaga, aku minat.Lebih kurang kira sedekah lah.

Aku berniaga bukan niat nak kaya pun.Dapat sekadar buat tambah pendapatan sudah lah.So, sekarang dah jadi rutin harian aku lah kena top up perisa aiskrim sebelum tidur untuk aku jual esok harinya.

You Might Also Like

2 comments: