Pekan Sehari Kamunting

23:28 Bonda Zahra 3 Comments

Hari ni hari Ahad, pilihan yang tepat nak ke Pasar Sehari .Dekat mana tu?Awal pagi, sebenarnya tak lah awal sangat pun.Lebih kurang pukul 8.30 pagi barulah aku & family keluar dari rumah ke Kamunting.Perjalanan nak ke sana ambil masa setengah jam ja.

Boleh tahan banyak kereta jugak masa ni.Puas jugak lah aku nak cari parking.Pasar ni hanya dibuka pada hujung minggu hari Ahad.Dibuka awal pagi hingga tengah hari ja.

Apa yang dijual disini?Nak cari ikan?sayur?baju?kasut?kuih muih?ayam?.Apa ja, semuanya ada.Aku beli sepasang baju tidur Upin Ipin untuk Zahra.Sibuk sangat nak Upin Ipin.Dan beli jugak sepasang sliper Frozen untuk dia.Demam Frozen tak habis lagi.Nasib lah Bonda, haih.Tok pulak belikan Zahra anak puyuh.Seronok lah dia!.



Masa kami sampai pun dah mula panas.Cuaca sekarang kan panas terik.Bukan terik yang biasa-biasa taw, tapi terik yang tahap aku sendiri rasa tak selesa.Semacam ja panas dia.Kesian pulak tengok Kakak Sakinah dengan Zahra kepanasan yang amat.Tempat macam ni memang tak sesuai kud untuk budak kecik.Kesian sangat.

Dah dekat sejam kami dekat sini, kami pun beredar.Tak larat dah aku nak singgah lama-lama.Tu pun aku tak habis jalan.Setiap kali datang pun memang tak habis jalan.Halfway ja aku dah patah balik.Aku sempat jugak beli ikan, sayur, buah.Tu ja, hihi.Kakak aku beli baju baby untuk cucu dia.

Sekian saja ya.Aku sebenarnya tak berapa minat tempat macam ni.Tapi kalau mak aku ajak tu, aku turutkan jugak lah.




You Might Also Like

3 comments:

  1. Assalamualaikum.. Hehe.. Terjah sini dari link kat IG.. Cuaca sekarang memang panas betul kan? Duduk dalam rumah pon tak tahan panas.. Kat luar lagilah.. Nak2 tempat ramai orang macam ni.. Aduhh, x pegil kot.. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, tq sbb sudi singgah blog saya.haha, tu lah.terlalu panas kan

      Delete
    2. Wsalam, tq sbb sudi singgah blog saya.haha, tu lah.terlalu panas kan

      Delete