Pangkat Dalam Keluarga Melayu

Apakah?Macam mana aku nak cakap ya?Alah, gelaran-gelaran tu lah.Yang, Along, Angah, Acik tu lah.

Ok, sekarang aku nak senaraikan  gelaran-gelaran yang ada dalam sebuah keluarga Melayu yang aku taw.

1.Along.
Ni gelaran yang khas untuk anak yang sulung.Mungkin berasal dari perkataan sulung agaknya.Takdanya adik beradik lain yang berhak dengan gelaran ni.Kekadang di panggil juga Abang Long atau Kak Long.Kalau yang dah diubah suai, kekadang jadi Kak Yong.

2.Angah.
Angah ni untuk anak nombor dua.Mungkin asal dari perkataan tengah,Tapi entahlah.Macam tak ja.Pasal nombor dua tak bermakna tengah kan.

3.Alang/Uda
Anak nombor 3.Tak taw lah asal dari perkataan apa.Ada yang guna gelaran Alang, ada jugak yang guna Uda.Tapi dalam keluarga aku guna Alang.

4.Anjang/Andak
Anak nombor 4.Macam gelaran untuk anak nombor tiga, ada yang guna Anjang macam keluarga aku.Keluarga suami aku pulak tak guna kedua-dua gelaran ni.Depa panggil Mak Cik ja.Pasal apa, aku pun tak jelas.Mungkin adalah sebab-sebabnya kan.

5.Uteh?ke Ateh?
Gelaran untuk anak nombor 5 ni mungkin berasal dari perkataan 'putih' ka?Apa kena mengena pulak dengan keluarga?Tak faham aih aku.Mungkin orang yang memulakan gelaran ni anak nombor 5, dan dia putih luar biasa agaknya, hihi.Dalam keluarga aku, kami panggil Ateh.

6.Cik
Ni macam gelaran biasa kita panggil untuk Pakcik dan Makcik.Masa aku mula-mula jadi ahli keluarga suami aku, aku agak confius jugak sebab kebanyakan ahli kelurga dia  dipanggil Cik.Tapi berlainan pulak dengan keluarga aku.Untuk anak yang nombor 6 ni kami panggil Andak.

7.Itam
Dah ada putih kena lah ada hitam pulak ya.Jadilah gelaran Mak Tam dan Pak Tam.Kena orang yang putih kulitnya kena gelaran Itam, kecik pulah hati dia.Lagi kecik hati orang yang memang dah hitam, lepas tu kena gelaran Itam lagi.Kecik hati kuasa dua, haha.Aku anak yang nombor 7 dan aku dipanggil Acik (acik tu kan macam manja sikit, eceh.).Tapi hitam tetap hitam, hurm.

8.Usu
Keluarga aku ada 8 beradik, so yang terakhir sekali ni digelar Usu lah.Tapi kami selalu panggil dia nama ja.Cuma anak-anak sedara panggil di Pak Su.Suami aku pun bongsu, dan keluarga dia lebih suka panggil dia Pak Su berbanding panggil nama dia.

Dalam keluarga aku ni dari nombor 1 sampai nombor 8, masih pakai gelaran pangkat macam ni.Tapi disebelah keluarga suami aku, yang takda gelaran tu, guna nama ja.So, macam anak-anak sedara panggil Pakcik dan Makcik yang takda pangkat ni dengan namalah.Tapi didahulukan dengan Pak Cik, Mak Cik lah.Contohnya Pak Cik Li, Mak Cik Fiza, gitu lah.




2 comments

  1. saya sulung tapi panggil abang jaa.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?skrg jarang org nk guna gelaran camni dah..

      Delete