Musuh Bangsa Sendiri

Sebelum Kejadian:
"Ish, mahalnya.Sedap sangat agaknya"(kalau orang dewasa tak excited nak beli memang sahih jugak lah tuduhan dia ni)
"Tak boleh jual waktu rehat lah, ada orang tak bagi"(cakap ja direct, tak payah nak menyampai-nyampai.Nampak sangat macam dengki)

Haih lah orang yang tersebut, aku jual dengan harga berpatutan sebab Aiskrim Malaysia yang aku buat bukan cuma gula dan pewarna.Aiskrim berkualiti dan sedap sebab aku gunakan air masak, susu, bukan gula tiruan dan InsyaAllah bersih.Bukan budak sekolah ja suka Aiskrim aku, malah remaja dan orang tua (yang dah reti menilai duit) jugak suka.Dan aku jugak ada buat Aiskrim yang berharga 20sen.Aku harap dapatlah orang lain mecari rezeki sampingan yang halal dengan aman di sinu, haha(SIS SADO)

Apa hampa rasa?Seriously?

Aku kan dengan keluarga aku semuanya memang suka berniaga.Menjual makanan yang sedap-sedap dan paling penting berkualiti, hihi.Baru ja aku nak rasa seronok jual Aiskrim dengan budak-budak ni, laku sangat.Mulanya jual Aiskrim yang 40sen, lepas tu aku buat pulak Aiskrim yang 20sen mengenangkan budak-budak ni yang nak beli.Walaupun tak berapa nak untung kalau diikutkan bahan-bahan yang digunakan.Yelah, macam Aiskrim milo tu, bukan milo semata-mata, aku campur koko ngan susu, nak bagi sedap.

Tapi kan, biasalah.Orang Melayu mana boleh tengok orang lain senang (Hang rasa senang ka?Hang cuba buat)sikit.Cakap pun tak direct dekat kita, main pesan-pesan ja.Kalau betui lah tak boleh nak menjual, cakap ja terus terang elok-elok, kan senang?Baru nak maju sikit, hang dah tergugat.Bangsa sendiri oi!

Lagi satu, aku tak faham lah, yang duk kata Aiskrim buatan sendiri ja pun, nak jual mahal.Hey, tolong sikit na!.Benda homemade memanglah value lagi tinggi, setiap hari jual, setiap hari habis, terpaksa buat baru di malam harinya.Segar lagi.Cara dia cakap tu, wah.Panas telinga aku.Tapi aku dah bagi solutionnya untuk dia ni, aku sediakan Aiskrim gula berpewarna sarsi, anggur, asam masin.Pilih ja nak yang mana, 20 sen ja, haha.

Lawak pulak bila aku fikirkan balik.Melayu, melayu.Patutlah dekat kampung aku ni pun yang meniaga banyak orang asing, sebab memang takkan ada orang nak kacau pun.Melayu punya musuh, adalah Melayu sendiri.Hadamkan.

Ok xpa, aku maafkan dah.Dah aku agak sebenarnya semua ni akan jadi, aku bukan baru pernah berniaga sekali ni.Cuma terasa kecil hati, rezeki 5 hari, setengah jam, untung 4,5 hinggit pun orang nak caras, huh!.Tapi xpa lah, biasa lah ujian dan duggan tu.Aku chill ja,Orang-orang yang tersebut, hampa dimaafkan kerana dibesarkan dengan pemikiran sedemikian rupa.Ok, maaf zahir batin 0-0.

p/s:Adik-adik ku, bertabah lah ya.Youre doing great!


6 comments

  1. Bonda Zahra, apa2 pun orang kata mmg tipu lah kita tak rasa...satu je adat berniaga ni...buat berniaga selagi tak menyalahi undang2...teruskan2...ayat2 manusia ni mmg kebanyakkan nya tak ikhlas...ramai dengki...senyum dan buat je mcm biasa...jgn mengalah ye

    ReplyDelete
  2. wah sedapnya aiskrim. awak jual berapa tu? for me benda benda homemade haruslah bernilai tinggi. kalau mesin yang buat in bulk , baru lah boleh dapat murah. tak gtew? rasanya bukan aiskrim je, biskut ke kain baju ke semua mcm tu. dont give up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan musim-musim panas ni.Macam-macam harga ada:).haha, kan?tq Mommy.

      Delete
  3. tu la.. bukan nk kata apa.. melayu dgn melayua da PHD.. klu buang itu, bangsa kita boleh maju mcm bangsa luar sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan Cik Ein.Kekadang pelik dgn org camni.ntahlah.

      Delete