Munafik 2016 Review:Penceritaan Tablis Iblis Yang Real

01:14 Bonda Zahra 8 Comments

Munafik bukan lah filem yang kita nak menjerit-jerit terkejut ja, tapi ianya penuh tersimpan pesanan & pengajaran.Tinggal kita nak hadamkan ja.Nak buat review sikit na.Dah tengok belum filem ni?

Dapat jugak aku tengok filem arahan Syamsul Yusof ni petang tadi.Bawak kakak sulung aku dengan anak sedara tiga orang dengan harapan ada lah orang nak cover seram aku dalam panggung nanti.Zahra tinggal dengan Ibu.Macam tak yakin nak bawak Zahra ikut tengok cerita ni, hihi.

Bagi aku, filem ni bukan cerita hantu biasa yang merepek- repek.Filem ni menceritakan macam mana jin dengan iblis akan usaha nak goyangkan iman anak adam dengan was-was syaitan.Kalah filem hantu yang lain, Munafik ni berganda-ganda seram dia.
Dari awal cerita sampai akhir, ada ja scene yang mendebarkan.Sesak nafas aku aih.Bukan main hebat permainan pengarah dia ya.Ada ja watak yang mencurigakan.Tapi tiap persoalan yang memang tak disangka.Memang main minda macam ni.Mencabar.1 panggung suspen.Aku ni sampai tak larat nak suspen dah.

Memang elok untuk kita yang nak faham apa erti sebenar Munafik & yang aku pelajari, jangan sesekali gunakan agama untuk mendabik dada & mendapat kemuliaan dunia.Sesungguhnya iblis sangat licik dengan tipu dayanya untuk menyesatkan kita.Nauzubillah.

Selain tu, dalam filem ni jugak sebutan ayat-ayat Al-Qurannya jelas, bukan yang mengarut tak tentu hala.Seram dia pulak bukan sebab hantu, tapi sebab kata-kata jin dalam bahasa arab yang aku duk teringat lagi ni.Terdeku dengar kata-kata yang dilemparkan.Meremang wei!.

Paling takut time part Maria(Nabila Huda) kena rasuk dengan jin, cakap dalam bahasa arab pasal Dajjal nak datang.Lakonan Nabila Huda memang hebatlah.Ya Allah di mulut ja akubmasa tengok filem ni.Siap tutup muka pakai popcorn, tak cukup tu dengan handbag bagai, haha.

Plot yang ditwistkan oleh pengarah, dengan ending yang tak disangka.Terasa nak menangis masa ending tu.Tertanya-tanya siapa yang Munafik, rupa-rupanya memang tak terduga angkara 'dia'.And the touched part is when Ustaz Adam(Syamsul Yusof) menjerit'Allah tolong aku'.
Tahniah sejuta kali buat pengarah, yang dah hasilkan sesuatu yang berguna dalam hiburan yang ada.Sarat dengan pengajaran & sedarkan kita yang iman tu penting dalam hidup setiap umat.Aku bagi 5🌟🌟🌟🌟🌟.Dan yang aku perasan, filem ni takda bersentuhan antara bukan muhrim & takda buka aurat pun.Tahniah jugak kepada semua team filem Munafik.

Quotes yang  aku suka dalam filem ni, "Biar miskin harta, jangan miskin jiwa".


You Might Also Like

8 comments:

  1. Bestnya bonde zahra dh g tgk..Nk tgk gak nanti..

    ReplyDelete
  2. Bonda...kita pernah jumpa tak sebelum ni mana2 event ye? rasa macam belum lagi kan...dah lama tak layan cerita wayang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. x penah kak juju.Bonda ahli baru KBBA.Bonda pun dah lama xlayan wayang sejak dah ada baby, hihi.

      Delete
  3. Mmmm blum sempat nk tgok.. insyaallh mcm sedap je cter ni tgok review..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bes cita ni awak, sy suggest p tgk;)

      Delete
  4. Baru tgk semalam... Huh memang real la... Sampai sakit kepala tahan takut.. haha...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, kan?Bonda siap tutup muka ngan handbag.Suspen banyak!

      Delete