Misi Bonda Seterusnya-Meja Study

14:17 Bonda Zahra 2 Comments

Alhamdulillah, dah besar anak Bonda.Minggu lepas aku bawak Zahra p AEON, dekat satu sudut tu ada meja kecik, aku pun bawak dia p dekat meja kecik tu, nampak macam Zahra suka lah meja kecik tu.

So aku pun terfikir-fikir nak beli meja kecik untuk Zahra.Beli yang biasa-biasa ja.Tapi sekarang banyak ja design meja kecik yang cute-cute kan.Berkenan hati ni.Nak kena bodek Babah lah macam ni, huhu.Nak sangat beli jugak meja kecik untuk Zahra.Ambui, aku pulak yang lebih, anak tu takda apa pun.Biasalah kan, aku kan selalu nak yang terbaik untuk Zahra.

Baru setahun jagung kud umur Zahra, tak wajib beli lagi pun rasanya.Bukan Zahra sekolah lagi pun.Tapi saja aku nak ajar Zahra dari sekarang.Nanti Bonda belikan Zahra buku ya, buat contiang-contiang, hihi.Hai, macam-macam lah Bonda ni ya.

Aku tengah berkira-kira nak beli dekat mana ya.Nak yang macam gambar bawah ni.Berangan sangat Bonda Zahra ni kan.Bukan apa, tengok Zahra suka.Kesian jugak dekat dia.
Yang penting kerusi selesa, meja selesa.Yang biasa macam ni pun ok lah.
Dapat gaji nanti, boleh lah grab satu.Harapnya Babah pun boleh bagi bajet sikit, haha.Haih, dah beli nanti dekat mana lah pulak nak letak.Rumah kecik ja, barang banyak.Apa pun aku survey dulu dua tiga round, kalau boleh nak yang dapat paling murah.

Zahra sekarang suka Hello Kitty, nampak kartun Hello Kitty ja, duk "ty-ty", haha.Dapat meja yang ada kartun favourite dia tu ok jugak kan.Apa-apa ja lah untukmu anak.

p/s:Aku ni kan jenis kalau nak beli barang dekat Zahra tu, takda lah pada hari tertentu.Main ikut hati aku ja, tu pun kalau ada bajet lah kan.Cuma yang aku harapkan, Zahra jadi anak yang baik, dengar cakap Babah & Bonda, bijak, pandai mengaji dan lagi-lagi lah ya.

You Might Also Like

2 comments:

  1. dekat ikea pun ada meja kecil2.. suka tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, kat ikea mesti ada.jauh la plak akak klu nk p ha, hurm:(

      Delete