Lama Tak Berblog

12:29 Bonda Zahra 0 Comments

Hai semua..Assalamualaikum.Terima kasih sebab sudi singgah blog aku ni.

Ya Allah, lamanya rasa tak menulis apa-apa entry.Kalau ikutkan teknikal blog, agaknya dah tentu blog aku ni dah jatuh ke anak tangga  terbawah, haha.Aku sihat-sihat ja.Menghilang sekejap di alam maya, menyibukkan diri sikit.Betul aku sibuk, bukan buat-buat sibuk taw.

Yang pasti sebab yang sebenar aku dah lama tak menulis ni ialah aku dah sikit teramat sibuk dengan kerja aku.Banyak kerja yang membuatkan aku tak sempat nak curi masa walaupun lepas waktu keja untuk menulis blog ni.Lagi pulak tahun ni aku kena audit awal.Hampa taw lah kan aku sekarang sorang dekat ofis.Belum ada pengganti arwah PO aku.Haih lama dah kud, dah nak dekat setahun.

Dah melencong sasaran aku nak tulis entry sekurang-kurangnya 1 entry setiap hari.Memang tak terdaya buat masa ni.Sedih pulak rasa mengabaikan blog ni.Kekadang aku kena korbankan masa rehat aku nak siapkan kerja.Aku terpaksa tidur lewat lepas Zahra tidur nak siapkan kerja yang tak sempat aku buat 5 hari seminggu waktu kerja.

Gagal merancang aku ni, ishh.Sampai bawak balik kerja bagai.Takpa sikit hari lagi kerja aku akan makin terurus.InsyaAllah.Akhir kata, lepas ni aku akan kembali konsisten dengan blog aku, hihi.Nantikan entry-entry aku na :)

You Might Also Like

0 Pengomen: