Bonda & Zahra Jual Aiskrim Malaysia

Haih, tolong jangan gelak ok bila tengok semangat aku dengan Zahra nak berniaga aiskrim Malaysia ni.Haha, bukan apa sejak viral aiskrim sumi tu, aku macam dapat satu idea nak meniaga lah aiskrim ni.Layankan ja, sambil buat duit tepi.Bersemangat lah aku p beli barang-barang dekat kedai borong.Dalam kepala otak ni duk fikir, musim kemarau ni semua orang nak makan benda-benda sejuk.Gerenti jalan lah bisnes aku ni, kikiki.

Aku pun mula lah buat aiskrim dengan gigihnya, dengan dibantu oleh kakak aku & anak dia.Penuh lah peti ais Mak aku dengan aiskrim aku tu.Aku jual aiskrim aku ni dekat koperasi sekolah aku.Ramai budak sekolah kan, strategik sangat, hihi.Aku ada terfikir jugak nak jual dekat area rumah aku ni.Ramai juga budak-budak dekat sini.
Iklan Aiskrim Malaysia Bonda buat;)

Kalau hari minggu aku tak p mana-mana, aku memang buat banyak-banyak terus stok aiskrim.Selang dua hari tu memang selamat habis dibeli.Hurm, laku jugak lah.Alhamdulillah.

Aku memang minat nak berniaga.Apa ja ada peluang, semua nak niaga.Aku jual aiskrim sumi, aiskrim bandung lenkong dengan aiskrim choki-choki satu 40sen.Barang mahalkan sekarang.Kalau nak jual murah rugi lah wei.Tapi aiskrim yang lain satu 20sen ja.

Sekarang kalau keluar beli barang ja, sambil tu aku beli stok-stok pelbagai perisa untuk aiskrim aku tu.Excited ja tiap kali nak buat aiskrim, huhu.Tapi kalau hari kerja tu, mata kuyu ja.Sempat buat 1 ke 2 perisa ja.

4 comments

  1. Semoga sentiasa di murahkan rezeki ye acik..orang rajin memang huntungggg...

    ReplyDelete
  2. bagus la.. cari pendapatan sampingan. kita buat kat rumah, tak ada orang beli..hahahaa..tunggu anak sekolah nanti boleh jual kat kawan2 dia..

    ReplyDelete
  3. hihi, sambil2.org xtaw kud, tu xda y beli.haha, ye lah.

    ReplyDelete