Bahagia Dengan Keluarga Kecil Ini

23:44 Bonda Zahra 6 Comments

Aku sentiasa berusaha gigih mencari bahagia.Aku berjalan jauh untuk mencari bahagia.Padahal bahagia tu sederhana, bersama dengan keluarga.

Setiap orang memang ada banyak keinginan.Bila keinginan kita tu dipenuhi, kita akan rasa puas & lega.Tapi kalau dah sekali keinginan kita dipenuhi, akan ada pulak keinginan yang lain untuk kita penuhi.

Aku pun berusaha gigih untuk memenuhi setiap keinginan aku.Aku terus berlari tak kenal masa, tak kenal penat.Aku terus berlari walau nafas aku tercungap-cungap dan sendi terasa sakit.

Sampai bila aku harus berlari?Sampai aku rasa cukup & terima diri aku seadanya?Bersyukur dengan apa pun yang dah aku dapat, sekecil apa pun ia.

Bahagia tu sederhana, terima & syukur apa yang kita ada.Keluarga adalah orang yang boleh terima kita seadanya.Keluarga adalah orang yang sedia berbahagia bersama kita walau apa keadaan kita.

Bahagia tu sederhana, berikan kita jalan bahagia bersama keluarga tersayang.Bahagia tu sederhana, menikmati senyum anak & suami tercinta.

You Might Also Like

6 comments:

  1. Semoga terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan tercapai segala impian :)

    ReplyDelete
  2. saya doakan kebahagian berpanjangan utuk keluarga ini.,.ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq k.linda:), ameen.InsyaAllah.

      Delete
  3. Insya-Allah moga bahagia hingga akhir hayat. aamin sweet..

    ReplyDelete