Dugro Madu Favourite Zahra

14:46 Bonda Zahra 0 Comments



Hari ni nak cerit bab susu Zahra lagi.Ni pun sebab malam tadi p Tesco beli susu Zahra.So terasa nak cerita lagi pasal susu Zahra ni consume.

Macam yang pernah aku cerita dalam entry sebelum ni (bagi siapa yang pernah terbaca lah), Zahra sekarang dah minum susu Dugro sejak umur 5 bulan sampailah sekarang.Cuma bila Zahra dah masuk 1 tahun, aku bagi Dugro Madu dekat Zahra.Susu ni senang ja cari kan?Dekat mana-mana pun ada.

Macam-macam susu dah try sebelum ni, tapi Dugro Madu ni memang Zahra suka, manis kod, hihi.Alhamdulillah sampai sekarang, masih setia.Selagi Zahra tak reject susu ni, minum lah ye anak!.Senang tak payah nak tukar susu ni.Nanti ada yang berak terlebih keras lah, terlalu cair lah, tak berak lansung lah.Kembung perut lah.Haih, bagai- bagai lah.Malas nak fikir.So far harga susu Dugro Madu Step 3, RM23.90 untuk 900g.Sebulan Zahra akan guna dalam 2-3 pack.Bajet dalam 2 pack 900g lah.Malam tadi susu ni ada discount kat Tesco.Dapat RM21.80 se pack.Ok lah tu, jimat RM2.10!.

Teringat pulak masa tengah pening fikir susu Zahra, duk cakap sorang-sorang dekat ofis, berdoa "Zahra cakap ja nak susu apa, mahal ke murah Bonda beli!", hihi.So, tak boleh complaint apa.Diam ja.

Bak kata pepatah, kita kerja ni untuk anak.Sebab kita sayang anak kan?

You Might Also Like

0 Pengomen: