Selamat Hari Lahir Mak

16:22 Bonda Zahra 2 Comments

Mak, selamat hari lahir yang ke 64, orang doakan Mak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan diberikan kebaikan yang banyak.Semoga segalanya yang terbaik untuk Mak baik di dunia mahupun akhirat.(bahasakan diri orang ja selalu, kekadang nama)

Mak, sesungguhnya orang sayang dekat Mak sangat-sangat.Takda insan yang orang nak jaga hati & berbakti melebihi Mak.Mak lah ibu yang terbaik di dunia ni, yang amat memahami perasaan orang.Orang taw, orang ada jugak melukakan hati Mak.Maafkan orang Mak.

Mak, masa kecik dulu, walau apa pun dugaan yang mendatang, tapi Mak tak pernah abaikan kami.Mak memang tabah & kuat.Maafkan orang kalau masa kecik dulu orang selalu menyusahkan Mak, melawan cakap Mak.Mayb masa tu kecik lagi, tak pandai nak fikir.Maafkan orang Mak.

Mak, orang taw Mak sayang sangat dekat orang kan, Mak sayang dekat kami semua kan.Ingat lagi Mak sedih, Mak menangis masa orang kahwin.Oh Mak, I'm so touch.Tapi Mak relakan jugak demi kebahagiaan anak Mak.Orang takkan abaikan Mak.Orang janji Mak.

Mak, terlalu banyak jasa Mak masa orang kecik sampai sekarang yang tak terhitung banyaknya.Terlalu banyak hingga tak terkata.Apa ja yang jadi dekat orang, semua orang nak cerita dekat Mak.Tapi Mak layan ja anak Mak ni.Mak lah ibu & jugak teman rapat orang dari kecil sampai sekarang & InsyaAllah selamanya.Terima kasih Mak, i love u so much.

Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku peluang merasai nikmat kasih sayang dari seorang ibu.Terima kasih Ya Allah kerana aku punyai ibu bapa yang sangat baik.Akhir sekali, Selamat Hari Lahir buat Mak yang tercinta, Mak lah ibu terbaik di dunia.Sayang Mak.

You Might Also Like

2 comments:

  1. singgah sini

    semoga mak bonda di panjangkan umur & sihat sellu..amiin :)

    ReplyDelete