Permohonan Pertukaran Buat Kali Ke-3

14:42 Bonda Zahra 5 Comments

Isu pertukaran memang bukan isu kecil buat aku.Beruntung lah bagi yang senang ja nak dapat tukar.Tak banyak yang nak difikirkan.Tak payah nak pening-pening kepala dengan EGTukar & kerenahnya.Tapi bagi aku yang jauh dari suami, ni adalah isu utama yang sentiasa dalam kepala.
Aku dah mohon 2 kali, ni baru buat permohonan baru pulak.Aku mohon buat kali-3, aku harap permohonan aku ni biar lah berjaya.Dalam masa ni aku tak pernah lagi naik turun KPM Putrajaya untuk rayuan.Majoriti memang susah nak dapat pertukaran.

Terasa kecewa, tapi tetap redha dengan ketentuan Allah ni.Jangan lah banyak kali gagal, tak nak redha dalam keterpaksaan.Rezeki aku nampaknya masih di sini.Belum tiba masa untuk berkhidmat di negeri orang.Aku akur!.

Keputusan bagi pertukaran yang aku baru mohon ni akan keluar pada April ni.Untuk pengetahuan hampa, pertukaran  ni diuruskan secara online melalui EGTukar Bukan Guru.Aku harap jawapan aku tak mendukacitakan.Tapi aku redha ja apa pun keputusannya.

Permohonan aku yang lepas bukan gagal kerana tak dilepaskan oleh Guru  Besar atau JPN Perak, tapi tak diterima atas alasan tiada penempatan.Tak pasti pulak aku masalah ni berkaitan dengan tiada pengganti tempat aku, tiada kekosongan di negeri yang aku pohon, atau ada masalah lain.Mungkin ada alasan yang lebih kukuh untuk permohonan aku tak diterima.

Aku mohon pindah bukan sebab tak suka kerja di sini.Tolong fahamkan ya, hihi.Kalau tak takkan lah aku bersusah payah  nak cuba berkhidmat dengan sebaik mungkin dekat sini.Tapi ada komitmen lain yang perlu aku pertimbangkan terutamanya berkaitan dengan menunaikan tanggungjawab terhadap suami.Isteri mana yang nak berjauhan dengan suami?Terutamanya disaat kita dah ada cahaya mata.
Jujur aku cakap, aku tak faham mekanisma yang digunapakai oleh depa yang terlibat dengan proses pertukaran ni.Tiada mekanisma yang jelas yang boleh aku jadikan sandaran.Tempoh berkhidmat, status, & jarak, lansung tak dapat jamin yang aku akan berjaya dalam pertukaran aku.Aku harap pihak yang berkenaan dapat menstrukturkan semula kerja pertukaran. supaya ada mekanisma yang lebih jelas, telus & boleh lebih dipercayai.

Walaupun aku dah gagal, aku takkan putus asa.Aku akan cuba berbakti sebaik mungkin untuk tahun ni di sini.Tak nak aku jadikan isu pertukaran ni sebagai alasan untuk aku tak berkhidmat dengan baik.Aku still ada tanggungjawab sebagai PT yang perlu aku jalankan sebaik mungkin.InsyaAllah.

Aku percaya, setiap ketentuan pasti ada hikmahNya.Dan kalau kita rasa kita susah, ada orang lain yang jauh lebih susah dari kita.Sabar akan indah pada akhirnya, kan?.Ni bukan nak merungut atau salahkan sesiapa.Cuma nak meluahkan.Terima kasih kerana sudi mendengar luahan hati ni.



You Might Also Like

5 comments:

  1. memang sedih bila jauh dari suami. bertabahlah kak. saya doakan agar permohonan pertukaran akak akan berjaya kali ni. Aminnnn

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan urusan sis

    ReplyDelete
  3. semoga nanti dapat tukar sis, amiin

    ReplyDelete