Nur Zahra Aressa

11:14 Bonda Zahra 2 Comments

Hokay hari ni nak cerita pasal anak manja aku tu.Memang selalu cerita pasal dia pun kan, hihi.Esok dah besar, dah pandai baca blog ni mesti anak aku tu happy kan.Dan mayb dia akan fikir yang Bonda dia ni sayang sangat dekat dia.InsyaAllah kalau boleh setiap perkembangan anak aku ni aku nak masuk dalam blog ni.Semua cerita tentang kami akan aku blogkan.Kalau rajin boleh lah update hari-hari.Kalau sibuk tu, faham ja lah.Tenggelam timbul lah jawabnya.

Anak aku yang comei ni, dan lagi tu angkat bakul sendiri, hihi.Nur Zahra Aressa, dari lahir kan memang tak banyak ragam, Alhamdulillah.Tapi itulah perkembangan dia macam lambat sikit.Umur 3 ke 4 bulan baru lah berjaya meniarap.Nak kata tembun, tak pun.Tapi aku sabar ja.Janji anak aku sihat & aktif.

Zahra mula mengesot bila umur 6 bulan.Umur 8 bulan ke 9 bulan barulah berjaya merangkak.Merangkak slow ja.Bila dah pandai merangkak, barulah Zahra boleh duduk dengan sendiri pulak.Sedih ja rasa.Anak orang lain dah boleh merangkak laju dah.Tapi kali pertama nampak Zahra merangkak tu aku rasa happy sangat.Dalam pada tu, aku sedih.Risau perkembangan anak aku tak normal ka apa.Tengok anak orang lain umur 1 tahun dah pandai berjalan slow-slow.Tapi Zahra sekarang 1 tahun 1 bulan, duk meniti lagi.

Sekarang Zahra laju lah merangkak.Memanjat pun sama naik.Aku dah tak sabar dah nak tengok dia berjalan.Tapi Zahra duk fasa meniti lagi.Aku sabar.Sebab Zahra sentiasa aktif & jarang tak sihat.Alhamdulillah, mayb tu satu kelebihan.Tapi kekadang stress jugak bila ramai yang duk tanya kenapa anak aku duk merangkak lagi, tak berjalan lagi.Aku boleh senyum ja lah.Malas nak layan sangat sebenarnya.Tapi dalam hati ni sedih lah.Dan yang pasti kesedihan tu hanya Tuhan yang tahu, huhu.

Tapi malam semalam, Zahra dah mula menapak slow-slow.Haih lah Zahra, bukan tak boleh, tapi penakut sangat.Aku, Ibu, Tok Pah, Kakak Kembar, Kakak Kinah, sama-sama sorak bagi sokongan dekat Zahra tiap kali nampak melangkah setapak demi setapak.Zahra biasalah seronok lah bila kita bersorak ramai.

Tapi, hampa mesti tak percaya, anak aku ni ringan mulut.Umur 10 bulan dah pandai sebut dua tiga perkataan dengan jelas.Sekarang ni dah lebih jelas.Rasa terhibur pulak dengar sebutan-sebutan dia tu.Terlampau comei sangat sebut.Contoh Mama, Papa, Ibu, Kakak, Abang, Pah, Wan, Hafiy tapi Tok Pah dia p panggil Mak, haha.

Dah pandai mintak roti.Nampak ja roti dia akan sebut 'ti, ti'.Susu takda pulak pandai sebutnya.Pandai tunjuk ja.Ada jugak perkembangan Zahra yang aku ambil video & post dekat Instagram.Siapa yang ada follow IG aku mesti taw.Zahra memang budak banyak mulut.

Zahra pun pandai bila suruh buat mata, buat geram, flying kiss, bye2, salam dengan orang.Geram ja aku dengan Zahra ni.Apa pun Bonda sayang anak Bonda.

10 hari bulan ni Zahra dah 1 tahun 2 bulan.Mulut makin pandai.Akai lagi pandai, hihi.Syukur, anak aku membesar dengan bijak.Betui lah macam orang tua kata setiap perkembangan budak ni tak sama.Kalau dia lambat berjalan mayb dia cepat bercakap & macam tu lah sebaliknya.

Bonda harap tak lama lagi Zahra akan buat kejutan pada semua orang.Cepat pandai berjalan & boleh berlari dengan jayanya ya.Apa pun Bonda sangat bersyukur & cukup bangga dengan Zahra.Terima kasih Ya Allah atas anugerah ini.Sesungguhnya Bonda sangat menyayangi Zahra lebih dari segalanya.






You Might Also Like

2 comments:

  1. salam zahra comel sangat! tak pela lambat janji dia sihat kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, tq dik:).ye lah kan, kak pun fikir gitu.

      Delete