Jodoh Tak Kenal Usia

22:47 Bonda Zahra 0 Comments

copy dari FB, Malaysia Viral Story

Lelaki Muda Dari Perempuan-Perempuan yang lebih tua dari lelaki ni selalunya bersikap matang, setia, banyak menegur, peramah.Suka tengok orang yang dia sayang tu bahagia, tapi dia suka bersedih sendirian.Ego, cemburu, sensetif, mudah prasangka, cepat merajuk, susah dipujuk, susah nak faham kehendaknya, tak suka ditegur.Emosi tapi hampa jangan risau sebab dia ni seorang penyayang & pandai menghargai orang.

Perempuan Muda Dari Lelaki-Ini normal tapi macam sweet kan.Perempuan macam ni selalunya jenis yang ceria, kelakar, cakap banyak, sporting tapi kuat cemburu.Sensitif & lelaki kena banyak ikut kemahuan dia.Kurang matang tapi memahami.Sebenarnya perempuan yang lebih muda dari pasangannya ni, nak kan perhatian yang lebih dari pasangannya.

Perempuan Lelaki Sama Umur-Couple yang sama umur negatifnya sama- sama ego.Susah nak memahami antara satu sama lain, rajin gaduh, mood yang berubah-ubah.Masing-masing pulak nak tunjuk hebat tapi jangan risau sebab pasangan macam ni tetap setia.Biasalah darah muda.

Aku kategori yang mana taw tak, yang sama umur tu, haha.Fakta tu ada jugak lah yang betui dengan tak.Ego tu Fitri ja kud, aku cool, kikiki.Susah nak memahami?eh tak lah, aku dengan Fitri memang saling memahami.Rajin gaduh?Takda lah rajin, tapi kalau gaduh pun aku ni jenis yang suka mengalah.Betui, tak tipu ok.Mood tu kalau ada yang tak kena baru berubah, kalau tak baik-baik saja.Setia, ofcoz lah, hihi.Aku memang pencinta setia ok.Alhamdulillah, apa pun fakta, berkahwin jugak aku dengan Fitri, bercinta dari zaman sekolah.Semoga jodoh aku berkekalan hingga ke Syurga.

Apa pun, yang belum berjodoh semoga bertemu jodoh yang baik & yang dah berjodoh terima lah jodoh kita seadanya, saling melengkapi & semoga berkekalan hingga ke Syurga.InsyaAllah.

You Might Also Like

0 Pengomen: