Celebrating Besday Zahra Dengan Babah

23:29 Bonda Zahra 2 Comments

Alhamdulillah, semalam dapat lah jugak sambut besday baby girl Babah & Bonda yang namanya Nur Zahra Aressa 1 tahun, hihi.

Memang aku dengan Mr.fitri dah rancang nak buat makan-makan sikit ni sempena besday Zahra, buat doa selamat sikit.Alhamdulillah ada rezeki lebih tu, boleh lah buat sambutan besday ni.Kami buat dekat Kedah sebab Mr.Fitri kan stay sana, dia nak buat makan lah dekat kawan-kawan dia belah sana.Buat makan untuk 100 orang, Alhamdulillah cukup.Biar lebih jangan tak cukup, hihi.

Cepatnya masa berlalu kan.Macam mimpi dah ada anak yang usianya 1 tahun.Lepas ni, kalau orang tanya baby umur berapa?Dah boleh jawab, "dah setahun dah".Dah besar dah anak Babah & Bonda ni.Tak sangka.Rasanya baru ja mengandungkan Zahra.Budak kecik yang aktif ni lahir dari perut aku'KUASA ALLAH'.Allahhuakbar..

Nur Zahra Aressa, pengerat kasih Babah & Bonda.Amanat Allah buat kami yang paling berharga.Moga Zahra membesar menjadi anak solehah yang berguna pada agama.Dikurniakan kehidupan yang bahagia dunia & akhirat.Babah & Bonda sayang Zahra sangat.





2 Pengomen:

GiveAway Poskad Vintage ( Bahasa Jerman)

23:55 Bonda Zahra 10 Comments

Aku dah join.
klik banner

Hampa semua jum join.Untung-untung boleh dapat poskad tu, hihi.

10 Pengomen:

Paranoid Kah Aku?

12:50 Bonda Zahra 7 Comments


Aku dapat rasakan yang aku ni seorang yang sangat paranoid.Tahu tak apa tu paranoid?Paranoid tu spesis penyakit mental sebenarnya.Tapi jangan memandai hampa nak cop aku gila pulak.Percaya atau tak, paranoid ni ada dalam diri kita yang normal.Cuma teruk dengan tak ja.Paranoid tu adalah perasaan syak wasangka, curiga, was-was yang terlalu kuat.

Ke-PARANOID-an aku pulak, aku ni sangat lah low self esteem yang buatkan aku sampai jadi paranoid macam ni.Aku selalu fikir yang orang salah sangka dengan aku, orang tu tak suka aku, cakap belakang pasal aku, marah dalam diam dekat aku.Bahkan nak update status yang simple dekat FB pun aku fikir banyak kali.Aku takut status aku ada yang nak terasa ka, padahal aku tak maksud apa-apa.Takut kalau ada orang komen yang menyakitkan hati aku, mula lah aku nak meroyan.

Benda tu semua buat aku sentiasa gelisah & risau.Ni contoh-contaoh simptom penyakit paranoid.So, kalau ada dalam diri hampa, hampa pun sama spesis dengan aku.Kita geng, yeah!.








So, macam mana?Ada tak sikap paranoid hampa dalam ni?Aku nak sangat buang sikap paranoid aku ni.Kalau lah ada ubat, aku telan dah.Walaupun aku paling tak suka telan ubat.Paranoid buat aku rasa rendah diri, buat aku sakit kepala, buat aku rasa cepat nak marah.Paranoid, blah lah jauh-jauh.Tinggalkan aku sendiri, hihi.

7 Pengomen:

Bila Zahra Dah Start Nak Makan Suap Sendiri

22:16 Bonda Zahra 5 Comments

Haih, Zahra sejak umur setahun ni dia dah bertambah pandai & rasa diri dia tu dah besar sangat.Semua benda nak buat sendiri.Bukan aku yang sakit jiwa duk nak ajar dia tu buat semua sendiri tapi dia pulak yang nak buat semua tu sendiri.

Yang paling tak tahan tu, dia nak makan sendiri.Actually Zahra ni memang cepat taw nak suap makan sendiri.7,8 bulan hari tu pun dah pandai nak makan biskut sendiri.Aku ja yang tak harap.Sebab dia pun jenis yang kutip barang than masuk dalam mulut.Mayb sebab tu dia cepat pandai nak suap makan sendiri, hihi.

Tapi takpa lah, benda biasa tu bagi budak.Pastu sekarang pandai pulak makan pakai sudu, nak suap sendiri.Tapi kalau time Tok Pah dia suap dia, takda pulak macam tu.Takda pulak nak buat perangai nak suap sendiri ka apa.Cuma bila dengan aku ja lah macam gitu.Amboi, boleh pilih-pilih pulak ya, haha.

Aku bagi ja dia makan sendiri.Yang aku suap tetap suap.Kalau biar dia makan sendiri ja, asyik jatuh ja makanan tu.Bila nak kenyangnya kan?

Sekarang aku tengah mencari kaedah yang sesuai untuk Zahra.Ada terbaca tentang cara nak handle anak yang nak makan sendiri ni.Caranya, buat finger food untuk anak atau makanan yang boleh dipegang.Tapi macam lah aku ni pandai sangat nak buat lunch ka dinner yang berbentuk bagai.

Last, aku ada cadangan.Breakfast & Lite Dinner bagi dia suap sendiri-masak atau buat makanan yang boleh dia pegang contoh macam nugget, kentang atau roti.Lunch atau dinner baru bagi dia makan nasi biasa dengan lauk, tak pun bubur.So, win-win situation lah kan.Zahra boleh makan sendiri 2 sesi makan, pastu dia kena pasrah Bonda suap time dua sesi lagi.

Tudia, dasyatnya rencana jadual makan Zahra yang Bonda plan.Harap-harap menjadi lah plan Bonda ni.







5 Pengomen:

Mini Giveaway YanieYusuf.com

19:56 Bonda Zahra 6 Comments

Jum ikut Bonda join GA yanie ni, klik banner ya.

Tarikh akhir:30 November 2015

6 Pengomen:

Segmen Tambah Follower Instagram

12:18 Bonda Zahra 12 Comments

Lama dah rasanya tak join segmen ni.So, nak join segmen yang simple ni, tapi menarik.Selain dapat tambah follower blogger, dapat jugak tambah kenalan insta.Jom join!!.

klik banner

jangan lupa follow insta Bonda ya,

https://www.instagram.com/bonda_zahra/

12 Pengomen:

Jogging Dekat Taman

23:57 Bonda Zahra 4 Comments

ni buat jogging aku tak menjadi, lecah air busuk!!

Hai semua rakan blogger, diharapkan semuanya sihat & ceria disamping insan tersayang.

Hari ni aku nak kongsi dengan hampa semua aktiviti pagi tadi aku dengan Zahra, kakak aku & anak-anak dia.Duk riang ria berjogging-jogging manja dekat Taman Tasik Kamunting.

Duk plan nak p taman ni dah lama.Kesian pulak dekat budak-budak tu duk beria nak p sangat.So, bawak lah p tadi.

Bukan main semangat budak-budak tu bangun awal pagi.Tak sabar nak berjogging.Pukul 8.00 pagi sampai sana.Sampai ja sana, ada sikit yang me 'mendom'kan mood kami nak jogging.Kawasan taman ni macam dah tak terjaga ja.Sistem saliran pun tak ok, lecah, air bertakung sana sini.Air dia, pergh..busuk!!.Haih, tudia lah kan.Kita merancang, Allah ja yang menentukan.

Kami pun jogging ala- ala ja lah.Lenggang kankung, hihi.Macam mana lah lemak-lemak nak keluar.Tapi berpeluh jugak duk pusing satu taman.

Sampai ja rumah, terus duk pasang niat.Lepas ni tiap minggu nak p jogging.Dapat jugak keluarkan peluh dengan lemak yang ada ni, huhu.Gemok dah oi!.Aduhai, nasib-nasib.InsyaAllah lepas ni kena rajin p jogging sikit.Tapi macam dah pangkah taman tu, nak p taman lain pulak, haha.Jum join aku jogging.Dapat kurang apa yang patut.

Layan sikit gambar pagi tadi:
yang last tu sesat, haha..kakak kinah tak pakai kasut sukan

Bab bergambar, serah!

Budak ni dalam stroller ja, belum pandai jalan lah.

Bayang awan dalam tasik, cantik!

Melompat bahagia, eceh, haha.

4 Pengomen:

Khas Buat Almarhumah Suryani Mat Saat:Selamat Ulang Tahun

23:58 Bonda Zahra 4 Comments

Hari ni aku baca notifikasi di FB aku.Hari lahir arwah akak, officemate aku.Lalu?apa yang mampu aku buat.Ya, memang semua orang sambut hari lahir.Kalau arwah akak masih ada, tentu kita dah sambut kan macam sebelum ni.Tapi akak dah takda, dah dekat 6 bulan akak pergi.

Sejenak aku buka laman profil arwah akak, berniat nak ucapkan selamat & sepatah dua kata.Tapi kenapa jemari aku tertahan, tak sanggup nak tulis apa-apa.Arwah akak dah meninggal, dah takda, jadi untuk apa aku ucapkan selamat ulang tahun?rasa macam pelik sangat, macam ucapkan ulang tahun pada baby yang belum lahir.Aku berfikir, mayb bukan ucapan selamat ulang tahun yang harus aku ucapkan.Sebab umur arwah akak dah berhenti, tepat saat arwah akak menghembuskan nafas terakhirnya.

Mayb memperingati hari kelahiran arwah akak lebih tepat.Bersukacita bukan sebab umur arwah akak bertambah, tapi sebab pada hari ini seorang yang baik telah lahir.Orang yang mayb dah menginspirasi banyak orang, bukan hanya mendengar tapi bersedia menjadi tempat yang tepat untuk aku berkongsi segalanya.

Sekali lagi Selamat hari Lahir Akak!.Mayb umur akak tak akan bertambah lagi, tapi ingatan hari lahir akak masih sue lakukan.

Secebis Kenangan Untuk Suryani Mat Saat:

Termenung aku menerima berita kepergian akak.Sentak bergetar luluh perih hati ni melepaskan akak.Butir air mata jatuh tak tertahan, tersentap dalam hening jiwa.

Akak, terkenang kehangatan baris kata yang akak bagi, teringat senyum yang pernah akak hadirkan untuk aku, terpesona keperibadian akak yang selalu sejukkan jiwa, terkagum dengan nilai kasih sayang, semangat & persahabatan yang pernah akak curahkan.

Sekarang, aku terpanah, temanggu diam mengintai langit.Walau hanya berteman bintang yang tertutup awan, di bawah cahaya bulan yang sepi.

Akak, walau sekarang akak telah tiada, namun nama akak tetap terpahat di relung hati aku.Sebagai seorang "sahabat terkasih, sahabat tercinta, sahabat tersayang".Aku kirimkan untuk orang yang aku sayang kata-kata ni, sebab aku masih berduka.

Selamat tinggal akak, pergilah bertemu syurga, InsyaAllah.Lepaskan segala lelah & derita akak.Tersenyumlah pada SANG PENCIPTA.Jangan hiraukan aku yang menangis dengan kepergian akak.Aku terdiam tak boleh berkata, pergilah sahabat, kakak yang pernah aku sayangi.Aku akan tetap mengenangmu.Selamat jalan akak, semoga Tuhan tempatkan akak disisi terbaik.

Ya Robb,ampunkan semua dosanya.Bukalah pintu syurga baginya.Amin, ya Robbalalamin.


4 Pengomen:

Cuti Sekolah Dah Bermula

21:21 Bonda Zahra 4 Comments

Wah seronok lah adik- adik SK Sungai Ara & sekolah lain kan sebab hari ni dah mula cuti sekolah.Cuti panjang pulak tu.Jeles aku yang dah keja ni adik oi!.Tak merasa dah nak cuti panjang sampai berbulan macam dulu-dulu.Tumpang seronok ja lah untuk adik-adik semua.Memang seronok sangat kan.Adik -adik pun memang duk tunggu saat ni dak?dah hujung-hujung nak mula cuti pun depa dah malas nak p sekolah.Ya lah buku teks dah pulangkan, exam pun dah lepas.Rileks ja lah.

Seronok pulak mengenang kembali zaman sekolah.Masa cuti sekolah nanti buat aktiviti yang berfaedah ya.Jangan lupa terus dekat buku taw.Tahun depan kena masuk sekolah balik, banyak lagi benda kena belajar.Cuti sekolah ni pun banyak kenduri kendara.Ada jugak musim hujan & banjir.So, jagalah keselamatan ya.

Selamat bercuti kepada adik-adik, tak lupa guru-guru jugak.Kepada tokwan & opah, bersiap sedialah ayam, itik, kambing tu.Anak cucu cicit nak balik.Ada yang main kejar-kejar dengan ayam, itik, kambing nanti, haha.


4 Pengomen:

Tahniah Nor Ezrin Shafarina,5A UPSR Tahun 2015.

23:06 Bonda Zahra 2 Comments

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan tahniah kepada seorang pelajar dari SK Sungai Ara yang dah berjaya mencapai kejayaan cemerlang 5A dalam peperiksaan UPSR tahun ni iaitu Nor Ezrin Shafarina Binti Ramli.

Usaha yang gigih oleh adik Ezrin ni mendapat rahmat dari Allah.Ianya jugak membanggakan ibu ayah adik Ezrin kepada sekolah.Usaha gigih oleh guru-guru di sekolah ni jugak cukup aku banggakan.Aku berdoa supaya guru-guru di SK Sungai Ara ni mendapat rahmat dari Allah & semoga sentiasa berjaya mendidik anak-anak murid yang lain.

Kejayaan adik Ezrin ni, boleh dijadikan modal motivasi kepada murid-murid lain.InsyaAllah.Semoga adik Ezrin & murid-murid lain terus berjaya sampai ke menara gading, amin!!.

2 Pengomen:

Zahra Cucuk 1 Tahun

12:37 Bonda Zahra 6 Comments

Pagi semalam aku dengan kakak aku bawak Zahra p klinik untuk regular check & injection untuk 1 tahun.Sebelum p kerja aku bawak Zahra ke klinik dulu.

Kami p klinik pukul 9.00 pagi.Ikutkan temujanji pukul 10.00 pagi.P awal sikit, kud boleh cepat selesai.Tunggu punya tunggu barulah nama Zahra kena panggil.Mula Zahra kena timbang, kena ukur tinggi dia & last sekali kena ukur lilit kepala.Anak Bonda ni tak nak duduk diam, ada ja kerja nak dia buat.Alhamdulillah, berat Zahra naik jugak sikit dari sebelum ni.Risau Bonda sebab nampak dia kecik sangat.Perkembangan Zahra pun ok, syukur.

Keluar dari bilik 6 tu, kami p ke bilik untuk injection.Ni turn kakak aku yang bawak Zahra.Kalau Zahra nak kena cucuk memang aku akan ajak Babah Zahra tak pun kakak aku tu.Kalau dah takda sapa barulah aku yang bawak Zahra cucuk, hihi.Tak sanggup nak tengok Zahra kena cucuk.Tapi selama ni, Zahra tak pernah nangis bila kena cucuk.Nangis pun mayb sebab tak suka kita pegang dia kuat-kuat, tak pun sebab tak nak baring.

Selesai dah Zahra dicucuk.Kali ni dekat lengan.Bonda tak dengar suara Zahra nangis.Kata kakak aku, Zahra tak nangis pun.Lepas kena cucuk, cepat-cepat Bonda peluk Zahra.Sian anak Bonda ni.Nanti 3 bulan baru datang lagi.Bulan 2 lah.

Cucuk setahun Zahra tak demam.Alhamdulillah.Takda apa yang Bonda harap cuma janganlah Zahra demam.Takda lah Bonda risau nak tinggal p kerja.Dan yang paling penting Zahra aktif macam biasa.Macam orang yang tak kena cucuk ja.Dah besar anak Bonda ni, cepat jalan ya sayang!!.

6 Pengomen:

Favourite Aku, Akhirnya Dapat Jugak

10:12 Bonda Zahra 4 Comments

Alhamdulillah, dapat jugak aku makan laksa semalam.Duk teringin lama dah, tapi tak boleh makan.Semalam kakak aku masakkan, terima kasih k.tina.

Kenapa yang duk teringin sangat ni?sebabnya aku ni memang hantu laksa.Tapi kan aku berpantang dengan laksa ni.Setahun aku pantang laksa since bersalinkan Zahra.So, Zahra dah setaun 5 hari, boleh lah makan laksa kan, hihi.Mak aku memang jaga betul bab pantang makan ni.Ikut cakap Mak lah ni walau tak sepenuhnya.Semalam dapat makan laksa, buat ja dekat rumah.Puas sikit makan.Boleh ulang-ulang.

Kenapa lepas bersalin kena pantang laksa?Ikut kata Mak aku, laksa ni sejuk.Sebab laksa ni dimasak dua kali.Laksa direbus masa proses buat dia, lepas tu dikeringkan.Kita nak makan rebus lagi sekali pulak.Kesannya makan laksa, tua-tua esok sakit urat & senang lenguh badan.Badan kita pun mudah masuk angin.So, aku ikut ja lah.Selagi tak menyalahi adat & hukum.Pantang ja lah setakat mana yang mampu kan.Macam kata kita makan masakan yang dipanas berulang kali lah.

Haih, aku teringin ja, bukan mengidam ok.Bukan mengidam berisi ni.Jangan nak buat kontroversi pulak.Zahra tak puas manja lagi.Belum ready lah nak tambah  ahli jemaah buat masa ni, hihi.

Dapat jugak makan laksa kan.Lepas ni boleh masak sebulan 3, 4 kali lah.Dah tak pantang, haha.Menu ni menu utama waktu Hari Raya & waktu kami adik beradik berkumpul dekat rumah Mak.Mesti nak masak laksa, hihi.

4 Pengomen:

Pra Besday-Zahra 1 Tahun

22:03 Bonda Zahra 1 Comments

Sambutan besday Zahra ni memang terkejut, tergempar lah.Mulanya tak rancang pun lagi nak buat dekat rumah.Memandangkan Zahra nak sambut besday dengan Babah nanti.Tapi tetiba Lala(mak menakan Zahra,iaitu kak ipaq aku) nak jugak sambut besday Zahra, juz a simple party dengan family.

So terjadi lah Pra Besday Zahra ni pada 13 November 2015, di rumah Opah Rokiah & Tok Wan Zahidin-mertua aku.

Taw pun dah lepas balik keja, mati aku kepenatan.So, yang dapat aku sediakan simple ja, nugget dengan kentang goreng.Lepas tu aku tiup belon sikit dengan bawak mainan untuk besday(macam trompet tu, kemain riuh depa duk tiup).M.cik Fiza(mak menakan Zahra, k.ipaq aku) bawak gula-gula.Suka lah depa, budak kan?.Opah Zahra goreng bihun.Lala Zahra beli kek pandan layer, siap ada itik seekor, haha.Aku suka sebab tak muak kek tu, tak berkrim.

Hadiah ja yang tak beli.Tunggu besday party dengan Babah ya?baru ada hadiah, hihi.Zahra macam blur ja, first time sambut besday kan?tapi macam happy jugak sebab ramai kawan.Bahagia tengok anak happy.Alhamdulillah.

Tak sempat nak amik gambar dengan Zahra pun.Zahra tak tentu arah nak pegang lilin dekat kek.Aku pulak tak tentu arah hidang, nak ambik gambar & nak tu, nak ni.Kelam kelibut.Wah susah jugak nak handle besday anak ni ya.Harap besday dengan Babah nanti dah rancang dengan baik, boleh berjalan dengan baik lah ya.

Apa pun terima kasih kakak ipaq, abang ipaq, biras, mak, ayah, & sepupu sepapat Zahra untuk besday party yang comel ni.Lebiu hampa semua❤.

Enjoy gambar kelabu huru hara ja lah ya.








1 Pengomen:

Jamuan Akhir Tahun & Sambutan Hari Lahir Prasekolah

17:06 Bonda Zahra 4 Comments

Pagi semalam ada jamuan akhir tahun & sambutan hari lahir prasekolah.Ada jamuan MarryBrown, siap datang dengan mascot dia lagi.Wah, tentu teruja budak-budak tu kan.Ibu bapa pun dijemput jugak.Rezeki makan tak putus-putus dari minggu lepas aku ni.Dapat makan free ja, Alhamdulillah, syukur.

Aku ada beberapa gambar nak dikongsikan.Aku ambil dari album FB sekolah ja.Tak sempat nak tangkap.Ok lah tu kan.Boleh jugak tengok buat kenangan.









4 Pengomen:

Peduli Apa Orang Kata

16:44 Bonda Zahra 4 Comments


Ada setengah orang kita suka sangat sibuk pasal hal peribadi orang lain.Banyak sangat soalan yang personal, yang agak sensetif nak ditanya.Kekadang terfikir jugak, yang sibuk bertanya ni, sempurna sangatkah hidup hang?.Kita jangan lupa, tiap yang jadi adalah ujianNya.Orang bujang ada ujian dia, orang dah kahwin ada ujian dia.

Aku pun macam orang lain.Tak suka jenis orang macam ni.Tapi kita ni tak mampu nak tutup mulut orang kan.Memang susah kalau kita tak nak ambil hati, nak pulak benda yang terlalu sensetif depa duk kata.Memang susah kita nak puaskan hati orang.Buat baik salah, buat jahat?lagi lah salah.Kekadang kita nak ja buat lupa apa yang orang duk kata tu, tapi benda tu jugak depa duk ulang-ulang buat.

Tu lah, selagi kita duk hidup di bumi ni, selagi tu lah kita takkan lepas dari orang yang jenis ni.Aku tak kisah kalau orang nak cakap buruk pasal aku, yang penting Allah taw hati kita.So, pekakkan telinga, butakan mata.Peduli ja apa yang orang nak kata.Biar depa yang berfikiran 'toksin' tu, haha.

Tapi kan, apa kata dari hampa duk sibuk hal orang lain, baik hampa jaga hal hampa ja.Hal orang yang tak pasti, jangan hampa nak persoalkan.Tiap orang ada sebab & alasan kenapa depa macam ni, macam tu.Bukan semua benda boleh di BusyBody kan.Kena taw ada benda yang agak sensetif.Jangan kerana perkataan & soalan yang keluar dari mulut kita buat orang lain kecil hati.Jaga hati sedara seislam tu lagi penting dari hampa duk sibuk hal dia.

Aku rasa ramai yang rasa macam ni kan.Setengah soalan personal tu sensetif.Apa kata hampa selami & cuba faham kenapa depa buat macam tu, macam ni.Dari hampa duk bawak keluar ayat yang menyakitkan hati.Kalau depa tak nak cerita, hormati lah.Alangkah baik kalau dari kita duk tanya, duk BusyBody tu, lebih baik kita doakan ja depa.

Orang jenis ni:
1.Kalau dia jumpa orang belum kahwin, dia sibuk tanya:bila nak kahwin?
2.Kalau dia jumpa orang yang dah kahwin, tapi belum ada anak, dia sibuk tanya:bila nak ada anak?
Haish, takda keja kud no?hihi...

Apa pun, Semoga bertemu jodoh yang baik, Semoga mendapat anak yang soleh & solehah, Amin.

4 Pengomen:

Ulangtahun Pertama Buah Hati Babah Bonda

09:26 Bonda Zahra 12 Comments

Alhamdulillah, syukur.Selamat Hari Lahir yang pertama buah hati Babah Bonda, Nur Zahra Aressa❤.Segalanya sangat indah untuk dikenang.Dari saat mengandung, bersalin, sampai dah depan mata sekarang.

Meniarap, merangkak, duduk, bangun, berdiri, memanjat, berjalan ja belum.Masih diberi kesempatan sampai sekarang untuk tengok setiap perkembangan Zahra.

Setiap saat bersama Zahra akan Bonda simpan dalam diari hidup Bonda.Semoga Zahra menjadi manusia yang terindah, bermanafaat di dunia & bererti di akhirat.Bila Babah & Bonda dah takda dekat dunia nanti, kami berharap amalan Zahra boleh menjadi cahaya di saat terselubungnya kegelapan.

Babah & Bonda sangat sayangkan Zahra.Zahra saham Babah Bonda dunia akhirat.Cepat membesar ya sayang.❤

12 Pengomen:

Bakal Besday Girl Demam

23:11 Bonda Zahra 2 Comments

Alahai, kesian pulak dekat besday girl Bonda ni.Demam pulak hari ni.Balik petang tadi p ambik dekat rumah mertua, nampak monyok ja.Tak ceria, tak lasak macam selalu.Susu sebotol penuh tak minum.Rasa dahi dia, panas!.

Balik umah, tampal coolfever, makan ubat, terus lena.Haih, rasa sunyi lah pulak malam ni.Zahra tidur awal.Takda nak tempik lah malam ni.Baru ja nak naik badan si Zahra ni, susu tak nak minum pulak.Makan apa pun tak nak.Ni lah buat aku risau ni.

Hari tu ja aku story counting days besday Zahra kan.Plannya nak sambut dengan Babah dekat Kedah.Lagi 2 minggu baru lah terlaksana plan tu.Tunggu Babah settle keja lah pulak.

Esok kalau Zahra ok sikit, Bonda bawak Zahra keluar ya.Kita p makan-makan, jalan dekat taman ka.Bonda nak bagi Zahra happy sikit sebab nak sambut besday pun agak lambat jugak kan.Nak tunggu Babah punya pasai, hihi.

Takpa lah bawak jalan taman, makan pun dah cukup dulu untuk Zahra happy kan.Bagi Bonda macam biasa ja tu.Bonda dah excited nak celebrate besday Zahra meriah-meriah ni.Tapi untuk Zahra dia dah happy dah tu dapat keluar p jalan taman, makan-makan.Rasul pun suruh kita bahagiakan anak kan?Sedaya upaya Bonda wahai anakku, InsyaAllah.

Tolong doakan Zahra cepat sembuh ya?tq everyone..

2 Pengomen:

Bestnya Minyak TYT

13:26 Bonda Zahra 4 Comments

Dulu masa sebelum bersalin, aku memang standby minyak telon lah, minyak yuyi lah.Sebab tengok iklan kan.Minyak yuyi harga dia mahal jugak, botol kecik molek ja, haha.Tapi minyak yuyi ni panas kan, kena pakai sikit-sikit ja, memang tak pandai nak agak lah.Lagi satu minyak yuyi ni, kalau kena air, pedih.Contonya, baby kalau kita tak lap kering, sapu pulak minyak ni, memang melalak lah budak tu.

Aku cuba minyak TYT pulak, sebab sebelum ni aku pernah guna minyak ni untuk aku sendiri.Beli sebotol gunakan untuk Zahra, alhamdulillah Zahra keja kentut ja.Lega lah dengar dia kentut memanjang, haha.Minyak TYT ni tak panas, wangi jugak.Lepas mandi tu, sapu dekat perut, sapu dekat perut betis, sapu dekat tapak kaki, Insya Allah baby akan selalu buang angin.Kita pun takda lah risau baby kembung.Memang menjadi.Aku guna sejak Zahra 3 bulan tak silap, sampai sekarang, jarang lah Zahra kembung.Tak salah aku untuk gigitan nyamuk or apa-apa pun boleh gunakan minyak ni.

Apa pun, banyak lagi kegunaan minyak ni.Bukan untuk baby ja, untuk orang dewasa pun bagus.boleh lah kita simpan 1 ke 2 botol buat persediaan dekat rumah.Selamat mencuba, hihi!!.


4 Pengomen:

Segmen Kembara Misteri Burung Hantu

22:29 Bonda Zahra 18 Comments

Assalamualaikum, jom kita join Segmen Kembara Misteri Burung Hantu boleh kita tambah kawan blogger & follower.Mana taw dapat peluang menerima kiriman misteri pulak kan..

Klik Banner Untuk Join

18 Pengomen: