Botol Susu Untuk Zahra

21:36 Bonda Zahra 0 Comments

Dari Zahra lahir aku dah bagi botol MAM.Aku beli botol ni sebab kalau newborn tak biasa hisap lagi so boleh elak tersedak susu, macam tu lah lebih kurang orang cakap.

Mula-mula tengok, comel jugak lah botol dia.Bonda berkenan.
Warna pink pilihan Bonda untuk Zahra.Sweet kan?

Bonda berkenan sebab design dia comel, anti colic, BPA free, setiap part boleh dibuka & dicuci, puting lembut & bentuk macam nipples Bonda, rongga dekat bawah botol susu yang bolehkan udara keluar dan masuk ke dalam botol susu tanpa ganggu aliran susu dari puting botol.Harga dia pun boleh tahan.
Mula- mula try dekat Zahra dah ok.Mayb Zahra serasi dengan MAM.Sampai sekarang still dengan MAM lagi.Pilihan hati Zahra, Alhamdulillah..

0 Pengomen:

GiveAway Mek Cun

23:49 Bonda Zahra 17 Comments

Assalamualaikum,jom kita pakat join GiveAway Mek Cun sempena pembukaan instagram produk kecantikan Izza Sakura iaitu @mek_cun,Tahniah Izza semoga terus succes!




http://izza-sakura.blogspot.my/2015/10/giveaway-mek-cun.html
 Klik Banner Untuk Join

17 Pengomen:

Pilihan Bonda Nur Zahra Aressa

22:27 Bonda Zahra 2 Comments

Di sebalik nama Nur Zahra Aressa, apa makna tu?Macam yang kita taw, Nur tu maknanya cahaya..Aressa?actually, aku tersilap spell lah.Patutnya Arissa.Arissa bermakna kekuatan & azam.Zahra pulak dalam Islam bermaksud kesejahteraan & bunga.

So, sesuai lah untuk orang perempuan yang selalu dikaitkan dengan bunga, semoga sentiasa berseri hendaknya.Berseri peribadi luar & dalam.Semoga sentiasa bercahaya dengan kekuatan, kesejahteraan & azam di hati.

Sebagai ibu bapa, dah jadi tanggungjawab kan supaya kita bagi nama yang baik untuk anak masing-masing kan.Baik nama & maksudnya, baik lah peribadi anak tu kan?InsyaAllah.

Nur Zahra Aressa, pilihan buat anak kesayangan Babah Bonda.Walaupun Aressa tu tersalah spell, Nur dengan Zahra still membawa makna yang baik & bercerminkan islam kan.Tak lari dari track islam rasanya.

Chewah..begitulah hendaknya, amin.

2 Pengomen:

Perkahwinan Jarak Jauh

10:10 Bonda Zahra 2 Comments


Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ), bukan semudah disangka.Tak lah sepayah yang dijangka.Apa pun pokok pangkalnya hati.Kita yang mencorakkan hidup kita.So, tak payah nak serabut sangat.

Aku & suami tak pernah terdetik dihati nak PJJ ni.Siapa yang suka?Dah kawin tapi duduk jauh-jauh.Tapi terpaksa harung jugak lah.Aku keja Perak, suami keja dekat Kedah.Suka tak suka memang kena suka.Jalan ni yang terpaksa kami pilih.Susah payah kena harung lah.
Orang cakap:

Alah, dah kawin..isteri kena ikut suami.Macam lah kat Kedah nu takda keja.
~mai nak bagi taw, aku ni bekerja dengan gov.Nak bertukar kena ikut prosuder.Dah ulang-ulang isi borang tukar, tapi tak dapat lagi.Nak buat macam mana?Kalau lah suami aku tu hartawan, tak payah fikir banyak dah.Dah lama aku berenti keja, ikut dia.Duk rumah, jaga anak, layan suami ja kan?

Suami kerja apa?Kenapa suami tak tukar cari keja lain kat Perak ni?
~suami aku keja sendiri ja dengan abang ipar dia.Tapi suami aku tu memang berniat nak hijrah.So, memang nak duduk Kedah lah kan.

Hang ja duk balik sana, hang tu perempuan.Kenapa laki hang ja tak balik sini?Hang tak letih ka?
~Aku selalu balik hari Jumaat malam Sabtu.Pastu Ahad malam Isnin aku balik Perak balik.Takda lah letih mana pun.Dah kalau biasa macam tu.Sayang punya pasai.Suami aku kerja tak tentu, sat sana, sat sini.Macam mana nak mai kat aku?Payah jugak lah kan?huhu.

Hampa duk jauh-jauh ni, tak takut  ka suami curang ka, ada pompuan lain ka, lelaki ni tak boleh percaya taw.
~Tudia, mulut depa.Memang tak sayang sungguh.Percaya tu kunci utama.Dan berserah ja pada Allah.Alah lagipun suami aku duduk dengan kakak dia, boleh lah kakak dia jadi spy aku, hihi.

Memang selalu orang duk cakap macam ni.Biasa lah orang mampu ja bercakap apa.Untuk orang yang tak pernah PJJ, hang tak payah nak cakap banyak.Hang tak rasa.Tak payah nak banyak bunyi.

Pada yang sedang berPJJ ni, kunci segala kata adalah SABAR.Tanggapan negatif orang, layankan ja.Tapi jangan kita simpan dalam hati.Takut memakan diri, hihi.Tapi aku faham, kekadang bila tengok suami isteri yang duduk sekali ni, nampak suami hantar isteri p keja, rasa jeles jugak.Ye lah, kita takda macam tu.Takpa, rileks lah.

Bila balik rumah nasib ada Zahra, tak lah sunyi, bosan sangat dekat rumah.Dah ada Zahra ni takda masa nak layan ringdu-ringdu ni.Banyak layan Zahra ni ja.Ringdu tetap ringdu.Suami tak taw lah dia layan ringdu ke tak.Err, Babah ringdu kami tak?hihi.
Semoga yang sedang melalui PJJ , TABAH.Aku taw susahnya nak zahirkan perasaan tu dengan kata-kata.Sebab kekadang syaitan hasut, macam-macam kita rasa.Rasa tak adil lah, apa lah.Tapi selalu ingat kata-kata ni,'Dia tak bagi apa yang kita nak.Dia bagi apa yang kita perlu'.Tak payah duk sedih.Kuatkan semangat.Apa yang jadi ada hikmah.

Aku berharap & berdoa semoga long distance relationship kami ni akan over secepat mungkin.

2 Pengomen:

Bila Dah Jadi Ibu, Baru Aku Taw..

12:08 Bonda Zahra 0 Comments

Bila dah jadi IBU, bahagianya bila letih balik kerja, tengok ja muka anak, Ya Allah..hilang letih kerja 1 hari.Nikmatnya dianugerahkan seorang anak.

Tapi kebahagiaan yang 1 ni datang dengan dugaan yang bermacam, yang mana:

Baru aku taw sakitnya melahirkan anak, penatnya berpantang & berjaga malam demi anak.

Baru aku taw erti sanggup berkorban apa ja.(duit, masa, perasaan dll) untuk anak.

Baru aku taw penatnya nak handle rumah tangga selari dengan tanggungjawab wanita bekerja.

Baru aku taw sedihnya & risaunya nak berpisah dengan anak sebab kena tinggalkan anak, sebab kena p kerja.

Baru aku taw erti sentiasa berjaga-jaga sebab anak kecil ni kerja dia asyik nak explore semua benda.Bukan taw bahaya ka tak!.Dengan nak perhati pergerakan anak, nak make sure rumah sentiasa bersih dari habuk sebab anak duk merangkak, mengutip sekecil-kecil sampah lepas tu masuk mulut.Semua nak kena jaga tu.

Baru aku rasa penat lelahnya bila tak dapat tidur malam masa anak tak sihat.Lagi parah bila aku fikir, kita yang dah tua ni pun lemah ja kalau sakit, inikan pulak dia, baby-baby lagi.

Baru aku rasa relanya berkorban harta benda & tenaga sebab nak ubatkan anak yang tak sihat.Kalau boleh nak dapatkan rawatan yang terbaik!.Harga yang dibayar dah tentu 'terbaik' jugak kan?

Baru aku belajar bahawa SABAR tu sangat perlu bila kita dah letih, anak pulak meragam nak kan perhatian.

Baru aku taw, betapa kalutnya kepala otak ni duk fikir, nak masak makan apa dekat anak?minggu ni nak bawak anak jalan mana?barang-barang anak cukup dah ka?sebab nak pastikan keperluan anak sentiasa terjaga, nak perasaan anak bahagia.

Baru aku faham perasaan bangganya hati, kalau ada orang puji anak, comelnya anak, cerdiknya anak.Tu tak dengar lagi orang puji bila anak jadi 'orang' & berjaya dalam pelajaran & kehidupan.

Baru aku taw betapa kena bersungguh-sungguhnya kalau nak ajar anak pandai 1,2,3 A,B,C, bersabar dengan kerenah anak yang belum tentu nak ikut cakap & arahan jugak ajaran kita.Mulut ni memanjang ja nak kena 'basah" dengan kalimah 'Astaghfirullahalazim'!.

Baru aku taw betapa gigihnya kena kumpul duit (sampai sanggup abaikan keinginan) untuk beli kemudahan, keperluan & sediakan keselesaan .

Baru aku sedar bahawa perancangan awal (dari segi kewangan utamanya) sangat perlu demi masa depan anak.Kena sentiasa bersedia kalau ada kecemasan, baik dari aspek kesihatan @ kemudahan untuk anak.

Baru aku taw hargai setiap saat yang ada sebab anak ni tak tentu masa dia perlukan kita.Boleh jadi time kita mandi, anak menangis.Time letih ngemas rumah, anak ajak main.Memang kena pandai atur masa kalau nak diri ni & rumah sentiasa kemas.

Baru aku taw tak mudah nak sandang gelaran seorang ibu.Sebab kena sentiasa  cari gali ilmu tentang keibubapaan.Belajar urus anak, cara ajar anak, cara nak bagi anak makan minum & segala macam cara lah untuk kebaikan anak.

Sebenarnya, lebih dari ni yang perlu ditanggung oleh hati seorang ibu.1 kebahagiaan akan datang dengan bermacam dugaan.Inilah pengalaman setahun jagung  aku sebagai seorang ibu.Semoga semua yang bergelar ibu dapat bersedia mental & fizikal dalam membesarkan anak.

Betapa berat dugaan & cabaran serta tanggungjawab menjadi seorang ibu disebalik kegembiraan yang terpancar di wajah.Namun hati seorang ibu, apa hang taw?

0 Pengomen:

Surprise Planner dari Arelyn Syarlyn

23:47 Bonda Zahra 10 Comments

Siapa yang suka surprise dekat sini?Ramai tak?Selalu orang perempuan ni memang suka surprise.Nak pulak dapat surprise dari yang tersayang, senyum sampai telinga lah.Yang laki pun apa kurangnya, seronok jugak kalau tiba-tiba aweks buat kejutan untuk depa kan.
Kejutan yang selalu orang buat surprise party tak kiralah birthday ka, anniversary ka, & surprise delivery.Best kan buat surprise dekat orang.Buat surprise birthday dekat kawan-kawan ka.Tapi tu lah kan, nak buat semua tu makan masa & tenaga.Ada ka masa?

So, aku nak perkenalkan lah pada hampa semua perkhidmatan surprise party untuk orang tersayang dari Arelyn Syarlyn.Mana lah taw ada diantara hampa yang suka buat surprise.Boleh lah gunakan khidmat Arelyn Syarlyn sebab harganya sangatlah berpatutan.
Tetapi disebabkan Arelyn Syarlyn sekarang bercuti sem, khidmat ni hanyalah disebelah utara sahaja iaitu area Taiping, Bukit Mertajam & yang sewaktu dengannya, hihi.

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Arelyn Syarlyn:

  • Chocolate Bouquet
  • Flower Bouquet
  • Ballons Bouquet
  • Birthday Suprise Planner
  • Suprise Planner
  • Candle Light Dinner set up




Perkhidmatan Arelyn Syarlyn ni menawarkan harga yang sangat berpatutan.Ada yang serendah RM50 ke bawah saja taw.Berbaloi kan?Jimat masa & tenaga.

Book your date now!!
Whatsapp/Message:0195055354
Wecaht:syarlyn_aleen

10 Pengomen:

Demam Urat

13:46 Bonda Zahra 2 Comments

Pernah dengar tak demam urat?Mesti ada yang pernah dengar & ada jugak yang tak pernah dengar.Aku pernah dengar sebelum ni.Tapi tak pernah alami lagi.Dan buat pertama kalinya aku alami dalam beberapa hari lepas.Serious, sakit sangat, huhu.Satu badan aku sakit-sakit, sampai nak duduk bangun pun sakit.Kakak aku cakap demam urat ni.Mungkin betui jugak.

Puncanya aku pun tak taw, tak kena dekat mana.Pagi Ahad tu bangun dari tidur rasa seram sejuk, badan rasa tak sedap.Mak belikan ubat demam urat.Malam tu aku tidur terus sampai pagi.Tidur malam tu siap dengan stokin, selimut toto, dah macam orang dalam pantang pulak.

Aku pun dah lama tak urut badan.So, pagi semalam ambik cuti, set masa nak p urut dengan bidan kampung.Masa urut tu memang betul lah urat-urat yang sakit semua habis kena picit.Memang kena sungguh lah tempatnya tu.Yang mana sengal, bengkak, semua kena.Lepas urut badan rasa sedap, ringan & selesa.Alhamdulillah lega sikit.

Demam urat ni disebabkan:-
Kadang-kadang kita rasa kejang urat & otot, kekadang terasa macam demam & adakalanya urat membengkak.Kenapa terjadi macam ni?

Sakit urat ni ada sebabnya:-
  • Kalau demam urat kita tak biasa bersukan atau jarang bersukan~mungkin sebab aku sekarang kan suka main badminton petang-petang (bajet nak kurus, hihi) tanpa buat stretching, aku terus lompat kiri, lompat kanan, lari depan lari belakang.
  • Kalau kita suka makan makanan yang sejuk, kita mudah kejang otot~makanan yang sejuk, mostly aku pantang.cuma ais tu kerap lah jugak kan, hihi.Sebab tu mak selalu bising.
  • Stress di tempat kerja sebab terlalu sejuk & kerja yang banyak~tempat keja tak ada lah stress sangat.Sebab aku sorang kud, tidak ada kawan.;(.Kerja tu banyaklah jugak, tapi kerja memang tak akan pernah habis kalau difikirkan.Sejuk tu, tak lah sangat.Biasa-biasa ja.

  • Kalau urat kita membengkak perjalanan darah tak jalan ikut saluran yang betui dalam badan kita, bermacam jenis urat~yang ni aku duk hadam sekarang.
Badan rasa nak demam, mood mendung ja, huhu.Makan pun jadi tak berapa nak lalu(untung-untung boleh lah kurus sikit kan?hihi).Rasa macam nak baring tidur ja.


2 Pengomen:

Mohon Bantuan Kepada Adik Nur Aqilah

23:12 Bonda Zahra 4 Comments

Berita yang sangat sedih yang menimpa ke atas adik Nur Aqilah ni.Adik ni mengidap sakit tulang belakang & jantung.Atau mengikut laporan doktor lebih kurang macam ni:

  1. Univentricular heart with unreotrictive pulmonary blood flow in failine.
  2. Congenital scoliosis with t11 hemivertebra electively admitted for pre op assessment on admission, patient comfortable cyanotic, alert, not tachypneic, with clubbing grade 111 lungs clear, equal entry abdomen soft, no hepatoslenomegaly cvs s1 s2, loud p2, apex beat not displaced.No pedal edema, jvp not raised.
Berita dari Whatsapp Group SKSA hari ini amat mengejutkan buat warga SKSA.Entry ni aku tulis kerana Nur Aqilah ni bersekolah di tempat aku berkhidmat.

Beliau sekarang berada di ICU HKL untuk menerima rawatan lanjut.(masuk 23 Oktober).

Diharapkan mereka dapat dibantu segera.Dengan bantuan yang diterima sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan beban yang ditanggung & rawatan susulan seterusnya nanti.

Kepada rakan-rakan yang ingin memberi sumbangan/derma, boleh salurkan terus kepada Ibu Saudara adik ni,

Nama :Salfarina Bt.Kulop
No.Akaun CIMB :07150012700205.

Semoga sumbangan dari rakan-rakan semua dapat meringankan serba sedikit penderitaan adik Nur Aqilah ni & juga keluarga beliau.

Ya Allah, sembuhkanlah atau kurangkanlah kesakitan yang dialaminya..


4 Pengomen:

NiNiTea Restoran SBK Taiping Original

12:42 Bonda Zahra 8 Comments

Terima kasih buat sahabat yang sudi singgah blog aku ni.Kali ni aku nak promote bisnes anak sedara aku.Nak taw apa?tengok gambar dekat bawah ni.
Ha, ni dia lah promote tu.Yang buat bisnes ni anak sedara belah suami aku.Dia baru bukak bisnes ni.Bisnes ni dia bukak kios dekat kedai Papa dia iaitu Restoran SBK Taiping Original.SBK ni terkenal dengan Steamboat dia.Pergh...memang terbaik.

Kalau hampa nak taw NiniTea ni memang sedap.Ada macam-macam flavour.Siap ada bubble, yogurt, sky jelly lagi.Harga dia pun ok.
Strawberry Flavour

 Chocolate Flavour

Nanti kalau ada datang Taiping p lah Restoran SBK Taiping Original ni.Sambil makan Steamboat boleh cuba NiniTea ni.Aku confirm, hampa tak kesal beli.Cuba sekali, pasti nak lagi.hihi..

8 Pengomen:

Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh

11:46 Bonda Zahra 10 Comments

Assalamualaikum, hari ni aku join segmen lagi, menarik kali ni mana tau boleh memenangi novel pulak no.Jom kita join ramai-ramai..

http://www.irrayyan.com/2015/10/giveaway-irrayyan-kalau-dah-jodoh.html
Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh
Klik Banner Untuk Join

10 Pengomen:

Masih Aku Terasa

08:25 Bonda Zahra 0 Comments

Tetiba nak share & kud ada sesapa nak kongsi pengalaman boleh lah dekat sini.

Alhamdulillah, kesihatan aku baik-baik ja.Tapi kekadang tu terasa jugak ngilu dekat dalam perut ni.Memang macam tu ka kita akan rasa.Haish!!.Ni lah orang kata pengorbanan seorang ibu.Orang kata kesan tu tak kan hilang sampai bila-bila.Tapi aku dah redha demi anak kan?hihi.Terasa ngilu bila angkat barang yang berat-berat, bila bangun pagi mandi air sejuk.Nak masak air malas, rasakanlah.Walaupun anak dah besar sakit ngilu tu still terasa.Time operate rileks lah kan, tapi bila ingatkan balik, ngerinya.Yang buat lagi rasa ngeri bila orang kata, kalau 1 dah operate, lepas ni pun operate lagi.What!!..huh takut aku.InsyaAllah 3 tahun lagi, kalau nak tambah lagi satu, harap masa tu aku dah berani,haha.

Ha, anak-anak dekat luar sana & Zahra, fikir dulu sebelum hampa nak derhaka dengan Ibu yang melahirkan hampa sebab sakit, pedih melahirkan hampa, Ibu tanggung dengan redha hati, dengan suka & gembira walaupun sakit seteruk mana pun.Tu belum bab nak jaga hampa siang malam lagi.

0 Pengomen:

Counting The Day | Besday Nur Zahra Aressa

23:07 Bonda Zahra 0 Comments

Nak cakap pasal bajet, tak pandai lah nak ulas apa-apa.Sekarang ni tengah gigihkan diri blogwalking kawan- kawan baru lepas join Segmen Blogwalking By Mirza Syazwina.Seronok jugak join segmen ni, boleh tambah follower.

Sedar tak sedar ja hari ni dah 23hb Oktober.Dah nak hujung-hujung bulan.Maknanya tak lama lagi besday anak kesayangan Bonda lah.Tak sedar ja dah nak setahun umur anak Bonda.Dah besar.Bijak & aktif sama naik.

InsyaAllah, plan Bonda nak celebrate besday Zahra.Untuk first besday Zahra ni, Bonda ingat nak meriah sikit, hihi.Rasa macam semua nak buat.Bonda & Babah tengah fikir nak bagi hadiah apa dekat Zahra.

Cepat kan masa berlalu.Masih segar dalam ingatan pengalaman perit & cemas masa lahirkan Zahra.Kalau fikir masa tu memang rasa serik.Tapi rezeki Allah aku tak tolak, haha.Pengalaman melahirkan sangat bermakna.Alhamdulillah diberi peluang merasai pengalaman tu.

Semoga anak Bonda menjadi anak yang mendengar kata Bonda & Babah.

0 Pengomen:

Bonda & Mama

14:06 Bonda Zahra 2 Comments

Bonda & Mama, dari start ngandungkan Zahra dulu, aku macam dah felling bahasakan diri aku dekat Zahra 'Bonda'.Wah, rasa macam orang dulu-dulu pulak.

"Baby, nanti keluar jadi anak yang baik,yang solehah,yang menyejuk mata & hati Babah Bonda taw.Bonda dah tak sabar nak jumpa sayang!!.

cey, beria dah Bonda-Bonda dengan baby.

Tapi sebenarnya, dari zaman sekolah dulu lagi aku dah idamkan di hati ni nak anak
panggil Bonda.Wee, galaknya Bonda Zahra ni kan.Duk sekolah lagi pun dah berangan nak anak panggil apa.Nak lah anak panggil yang rare sikit.

Kali pertama tentang mata dengan Zahra, masa nurse hantar dia dekat ward, duduk dalam dakapan aku, aku dah cakap dekat dia "anak Bonda, comelnya.Bonda sayang adik sangat".Sebak dada.Dapat jugak bahasakan diri 'Bonda' dekat anak sendiri.Makbul sudah impian sejak zaman sekolah.
Anugerah pinjaman Allah 

Tapi bila dah keluar ward, sampai ja rumah, sambil main anak dengan suami, tiba- tiba suami cakap "anak papa ni, nanti besar jadi macam mama taw?kuat sabar.Sebab tu papa sayang mama adik".

Allah, suami dah angan nak bahasakan papa, mama lah.Touching pulak kata-kata suami tu kan.Banjir pulak rumah nanti, huhu.Acah orang bandar, datuk datin, orang berpangkat lah pulak.Mama kan.

Dah macam tu, biasakan diri bahasakan MAMA dengan Zahra.Suami pulak, Papa lah, tak jadi Babah dah.Tapi kadang feeling nak Bonda Babah jugak.Takpa lah kan?hihi.

Zahra tak boleh cakap lagi.Tapi panggil Papa taw.Mama ja tak dengar lagi.Macam tak sabar ja nak dengar Zahra panggil:

Mama, Zahra sayang Mama.❤❤❤

Takpa Zahra, penat lelah Mama ngandungkan Zahra.Sakit pedih Mama lahirkan Zahra.Mama takda kira-kira.Mama bahagia sampai mama tutup mata..

2 Pengomen:

Segmen Blogwalking By Mirza Syazwina

23:24 Bonda Zahra 28 Comments

Assalamualaikum, hari ni rasa macam nak join segmen pulak buat pertama kali.Sambil blogwalking boleh tambah kenalan & follower blog aku yang masih hijau ni.Jom kita join sesama.Tarikh tutup 25 Oktober 2015 12 malam.

http://dorayakino.blogspot.my/2015/10/segmen-blogwalking-by-mirza-syazwina.html
Klik Banner Untuk Join

28 Pengomen:

Nak Kurus!!

15:15 Bonda Zahra 4 Comments

Dah 2 tahun berkahwin.Zahra bulan depan 1 tahun.Perubahan yang paling mendadak adalah berat badan aku naik dengan jaya sekali.haha..Sampai nak timbang pun aku rasa takut.Sebelum ni pun aku berisi jugak.Tapi tak lah setambun macam sekarang.Semua orang tegur badan aku naik.Encik suami pun dah tegur.Dia perasan bertambah dah spare tyre bini dia ni.

So, sekarang aku berniat untuk kawal apa yang patut.Sebelum bertambah lagi lemak aku ni.Lagi pun, sekarang nak p kerja nak kena cari baju kurung yang besar-besar.Sebab mostly baju kurung aku dah tak muat.

Aku macam acah-acah janji dengan husband untuk turunkan berat badan.So, target aku dapat lah turunkan sikit berat aku every month.Rasanya 10 tahun lepas kud berat aku bawah 60kg.Aku harap tahun baru nanti aku dah kurus sikit.

Kalau sebelum ni, nak kurus punya pasal aku try atkins.Tapi tak tahan wei!.Everyday protein ja.So, untuk kali ni aku plan nak kurangkan pengambilan nasi dalam seminggu.Kurangkan ambil benda-benda manis, fastfood.Dan cuba untuk gigih p jogging time weekend.

Semoga aku berjaya!.

4 Pengomen:

Setia Dengan PET PET

11:00 Bonda Zahra 0 Comments

Selalu kalau ada anak kecik ni perkara penting setiap bulan kita kena beli pampers lah kan?.Kalau dulu-dulu pakai lampin ja.Masa tu kalau kita tengok dekat ampaian rumah jiran-jiran ni, nampak bersusun ja kain lampin.Taw dah lah yang dia ada anak kecik.

Posting kali ni nak cerita pasal pampers anak pulak.Boleh tak?hihi..Pampers pertama Zahra aku beli jenama Drypers.Tak taw lah kenapa aku beli Drypers.Mungkin terpengaruh dengan iklan TV.Dengan tagline wee..wee dry! lah masa tu, hihi.Anak first mana ada knowledge pasal pampers lagi.Drypers ok ja dengan Zahra sejak newborn.Zahra pakai Drypers ni sampai umur 5 bulan.Memang setia lah dengan Drypers.
sumber google

Bila dah masuk 6 bulan, dah besar sikit kan.Nak lah tukar pampers pants/seluar.Senang.Sarungkan ja.Kalau pakai yang tampal ni, jenuh aku bergelut nak pakaikan pampers.Pastu dah pandai buka pulak.Haih, geram taw Zahra ni!.Aku p Tesco untuk beli barang dapur, sekali tengok pampers PET PET Daypants murah.Terus aku rasa teruja nak cuba pampers ni.

sumber google

So berubah arah lah ke PET PET pulak.Yang best, jenis kain lembut, design pun cantik!.Suka sangat.Harga pun murah, banyak pulak tu.(PET PET tak bayar untuk cakap macam ni na,hihi)Zahra pakai pampers saiz M.Kalau ada murah kat Tesco memang aku beli 2-3 pack.Tak nak lah putus pampers.So, memang ada 1-2 pack stok pampers kat rumah.
Cute kan design dia?.Memang aku promote abis lah pampers ni dekat sesapa.Bukan pampers lain tak bagus, semua pun ok ja.Cuma kena tengok tahap sesuai lah dengan baby.

Zahra sekarang dah start melasak.Dah thrill nak pakaikan pampers jenis biasa tu.Memang sekarang aku beli jenis pampers pants ja.Aku penah beli Drypers Classic Pantz pack hijau.Tahan kebocoran jugak.Harga pun ok, murah!.Yang aku suka, pampers ni berat tapi permukaan basah tu lembap.
sumber google

Tengok!Semua pampers pun aku puji ok.Tapi tetap setia dengan PET PET.Sampai sekarang pakai PET PET lagi.Agaknya ada lagi ka jenis pampers lain pulak bertukar lepas ni?haha..tengoklah macam mana na.Cuma aku berharap Zahra dapat putus pampers sebelum 3 tahun.huhu..kena gigih toilet training lah.

0 Pengomen:

Alhamdulillah, Dah 2 Tahun Hidup Bersama

12:07 Bonda Zahra 0 Comments

Alhamdulillah, takda kata yang mampu aku ucap pada hari yang berbahagia ni.15.10.2015, genap 2 tahun aku menjadi isteri buat suami tercinta, Muhammad Zulfitri.Dalam usia perkahwinan yang masih belia ni, kami telah dianugerahkan sebuah amanah.Seorang puteri yang InsyaAllah anak solehah Nur Zahra Aressa.

Pada ulang tahun perkahwinan pertama kami, aku sedang mengandungkan Zahra.Masa tu aku beli cheesetart favourite suami.Untuk kali ni yang ada hanya ucapan syukur & posting yang lewat dekat blog ni.nak cium pipi?jauh lah pulak, sobsob;( .

Sebagai mana yang diharapkan semua orang, semoga kami diberikan kebahagiaan & kesefahaman sepanjang hayat.Dimudahkan dalam segala urusan & dibukakan segala pintu untuk berbuat kebaikan.Aku nak abadikan sebuah doa isteri buat seorang suami:

Bismillah..
Ya Allah, Ya Tuhan kami, Ampunilah dosaku yang telah aku lakukan.KAU limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas.

KAU berikanlah aku kekuatan mental & fizikal.KAU kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan.KAU peliharalah lidahku dari kata-kata yang tak berguna.KAU kuatkanlah semangatku melalui segala ujianMU.KAU berikanlah aku sifat kasih sesama insan.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..Sekiranya suamiku ini  adalah pilihanMU di Arsy, berilah aku kekuatan & keyakinan untuk terus bersamanya.Kurniakanlah aku sifat kasih & redha atas segala perbuatannya.Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di syurgaMU, limpahkanlah aku dengan sifat kesabaran & kelembutan untuk menghadapi dirinya.Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya.Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati olehMU maka berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala tingkah lakunya.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui segala sesuatu..KAU yang Maha Mengetahui apa yang tebaik untukku.KAU juga yang Maha Mengampuni segala kekhilafan & segala dosa yang sudah aku lakukan.Sekiranya aku tersilap membuat keputusan, bimbinglah aku ke jalan yang engkau redhai.Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawab sebagai isteri, hukumlah aku di dunia tapi bukan di akhiratMU.Sekiranya aku ingkar & derhaka, berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMU.

Ya Allah, sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMU.Aku buta tanpa bimbinganMU.Aku cacat tanpa hidayahMU.Aku hina tanpa rahmatMU.Ya Allah, kuatkanlah hati & semangatku.Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMU.Jadikanlah aku isteri yang disayangi suami.Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMU.Bimbinglah aku menjadi isteri yang terbaik bagi dirinya.

Hanya padaMU Ya Allah, aku mohon segala harapan.Kerana aku pasrah dengan segala keputusanMU.Kerana aku sedar hinanya aku.Kerana aku insan lemah yang sering keliru.Kerana aku sering lupa dengan keindahan dunia ini.Kerana kurang kesabaranku menghadapi ujian dariMU.

Ya Allah, sesungguhnya diriku ini hanyalah hambaMU yang lemah.Limpahkanlah rumahtanggaku dengan penuh mawaddah.Jadikanlah rumah tanggaku sebagai rumah tangga yang sakinah.Aku mohon ampun kepadaMU Ya Allah, atas segala dosa-dosa yang yang telah aku lakukan.

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
Happy Anniversary ke 2 Tahun Sayang!..mmmuuuahh.;)

0 Pengomen:

Zahra Dah Pandai Mintak-Mintaklah!

11:31 Bonda Zahra 0 Comments

Cerita bab Zahra, anakanda kesayangan Bonda tu.Wah..dah pandai mintak-mintak lah sekarang.Cerita malam tadi.Tok Pah ajak p Econsave.Masuk dalam Econsave, dekat pintu utama tu ada jual aiskrim.Uih kemain tajam jari telunjuk nak kan aiskrim.Bila kita jalan terus ja,ambui..menjerit anak dara ni.

Lepas ke Econsave, Bonda ajak Tok Pah p makan Rojak Sotong Belakang Bomba.Memang femes tempat ni.Kebetulan dekat sini memang ada ABC yang ada aiskrim tu.Nak penuhi permintaan Zahra lah.Sampai ja dekat sana, Bonda order 1 ABC aiskrim untuk Zahra.Malam-malam makan aiskrim, takpa ka?Kira halal lah kan,hihi.Bukan selalu.

Tengok lah muka Zahra geram tengok aiskrim tu,hihi.
Muka Zahra macam nak terkam ja aiskrim tu..


0 Pengomen:

Johnson's Baby Untuk Zahra

00:31 Bonda Zahra 0 Comments

Ada sapa pakai produk Johnson's?Aku suka produk Johnson's ni.Sebab produk ni dari kita zaman budak-budak lagi dah wujud dah.Betapa establishednya produk ni.Lagi pun bau dia ni sedap ja, bau baby.Bau dia buat kita nyenyak tido.Memang terasa macam baby lah pakai produk ni,hihi.Nak feeling-feeling baby sat na.
Nak jadi cerita, aku pakai yang ni untuk Zahra punya body wash.Bukan untuk Zahra ja, sekali Bonda tumpang sekaki.Bajet boleh dapat kulit halus mulus macam baby lah,haha.Sekali shampoo Zahra aku guna yang ni.Rambut Zahra ya, bukan rambut aku lah.Alhamdulillah, ok ja.Senang ja nak sikat rambut.Rambut Zahra takda lah panjang sangat pun, tapi boleh tahan lebat jugak.Syok lah pakai yang ni sebab ada campuran susu dengan beras kan, rasa macam lembut ja kulit.Siap ada refill pack.So guna ja botol tu, beli yang refill ja nanti.Suka lah sebab kaler putih, putih kan macam bersih gitu, haha.
Baby oil ni pun aku suka sebab sangat multipurpose, untuk apa ja boleh.Aku suka guna kaler pink ni untuk Zahra.Sapu kat rambut, lembut ja rambut.Lepas tu untuk korek telinga, cuci telinga Zahra pun aku guna ni.Macam biasa, Bonda pun tumpang lah pakai untuk kulit Bonda yang kering ni.Dah nak meningkat umur ni kan, haruslah nak membela kulit ni.Kalau tak nanti, kematu,kering, kelabu ja.Babah lari pulak, haha.
Ni produk terbaru yang aku beli untuk Zahra.Sebelum ni Zahra tak pakai losyen, sebab pada penglihatan aku, kulit Zahra ni sensetif.Tapi sejak aku try losyen Johnson's ni, Alhamdulillah ok ja.Bau dia wangi, Zahra suka.

Banyak lagi yang ada.Segala bedak, cologne lah.Tapi aku malas dah nak upload gambar.Ni pun gambar aku google ja.Malas nak snap-snap bagai.Apa pun Johnson's ni memang best kan?Aku suka produk Johnson's ni, tu aku bagi Zahra pakai Johnson's jugak.Boleh share!!.hihi..

Aku belanja satu gambar Zahra, nah..

0 Pengomen:

Zahra Tumbuh Gigi

00:25 Bonda Zahra 0 Comments


Pada umur 9 bulan, Zahra ni dah tumbuh dua batang gigi.Belah bawah.Dah boleh nampak & rasa.Dua batang serentak.Belah atas tak nampak bayang pun lagi.

Sekarang kalau suapkan Zahra apa-apa, dah dapat rasa tajam-tajam dekat jari Bonda ni.Gosok gigi bawah rasa tajam.Bila tengok, nampak la gigi Zahra yang comel tu, hihi.

Saja la nak cerita pasai gigi anak dah tumbuh, bukan nak kepoh.Tapi teruja.Bonda memang happy ja.Tumbuh gigi ja pun.Entah apa-apa kan..Zahra ni nampaknya boleh tahan ramah & riuh orangnya.haha..Nak buat camna, keturunan Bonda.hihi..

0 Pengomen:

Zahra Dah Tukar Susu Pulak

23:00 Bonda Zahra 0 Comments

Hai semua, hari ni curi-curi masa nak berblog.Maklum saja lah, anak makin membesar ni, makin lasak & aktif.Jenuh aku nak kepung.Hari ni nak cerita pasai susu Zahra.Masa Zahra lahir aku sempat susukan Zahra sekejap ja.Takda rezeki Zahra nak menyusu dengan Bonda.Sedih...sobsob;(.Aku terus bagi Zahra FM.

Zahra sejak lahir sampai umur 3 bulan dia minum Lactogen.Zahra boleh habiskan 1 tin 1.8kg ni dalam masa sebulan.Poket pun jimat, hihi.Sebab susu ni cuma RM50++ untuk tin besar gedabak ni.Alhamdulillah perut Zahra boleh terima.Berak Zahra pun ok.Cuma masa Zahra dah masuk 4 bulan, Zahra minum Lactogen macam biasa tapi tak pernah habis tiap bancuhan tu.
Lepas tu, aku try DutchLady.Alhamdulillah, Zahra sesuai dengan susu ni.Camna aku boleh beli susu ni untuk Zahra?Sebab sepupu Zahra pun minum susu ni masa kecik.Tapi susu ni kena lebihkan sikit air, baru ok.Kalau tak Zahra punya najis "keras".hihi..Harga dia pun murah berbanding susu lain.Pack 1kg, cuma dalam RM20++.Lama jugak Zahra minum susu ni, so jimatlah sikit kan?hihi..bukan kedekut na.
Sekarang Zahra dah 11 bulan, bulan depan setaun, yeah!!..Aku pasang niat nak tukar susu Zahra lagi, sebab Zahra macam tak nak habiskan susu dia lagi lah.Pada pendapat aku, Zahra ni cepat cemuih agaknya.Haih, bahaya ni. hihi.Aku jumpa dah susu yang sesuai untuk Zahra iaitu Dumex Dupro 2.Aku dah cuba 1 pack, Alhamdulillah Zahra nak minum susu ni.Harganya pun lebih kurang dengan DutchLady.Isu Dumex Dupro 2 yang ditarik balik masa tahun 2013 tu, dah settle kan?Lepas penarikan susu ikut siri nombor yang disebarkan, sekarang pengeluaran susu Dumex Dupro 2 ni lebih berkualiti.
Aku rasa semua susu formula ni sama ja.Cuma, pemilihannya mestilah ikut kesesuaian & penerimaan baby tu sendiri.Untuk info, aku beli susu kat Kedai Ubat Cina ja..murah compare dengan supermarket.






0 Pengomen:

Bila anak Bonda dah pandai memanjat..

01:03 Bonda Zahra 4 Comments

Susah hati Bonda sekarang ni.Zahra dah pandai memanjat.Semua benda dia nak panjat.Nak tinggal bawah sekarang pun, tak senang duduk Bonda.P dapur sat, mai-mai tengok dia dah panjat dah.Bonda takut, Zahra jatuh lah.Sekarang ni, nak p mana ja, kena masukkan dalam playpen.Tu pun tak boleh percaya jugak.
Zahra stanby nak panjat kerusi..dok usha line, Bonda nampak tak?

Misi panjat memanjat pun bermula..

Dapat dah handfon Bonda..ahhhh!!

Dah capai matlamat, handfon Bonda campak mana tak taw..alahai!

4 Pengomen:

Cabaran 7 Hari|Gadget Tercinta

00:24 Bonda Zahra 4 Comments

Assalamualaikum,hari ni hari last untuk Cabaran 7 Hari InstaBlog EFGKBBA.Alhamdulillah berjaya jugak aku menghabiskan cabaran 7 hari ni.Terima kasih pada yang sudi singgah, baca & komen dekat blog aku ni.Untuk cabaran terakhir ni ialah Gadget Tercinta & Gadget Tercinta aku, ni dia:
Galaxy S4. model lama dah ni kan?haha..sekarang dah macam-macam model yang lagi hebat dah keluar.S4 ni aku beli 2 tahun lepas.Aku sayang S4 ni sebab S4 ni handfon pertama termahal yang pernah aku beli.hihi..tapi sekarang S4 ni rosak lah.Dah lama tak ON.InsyaAllah, memang aku nak repair jugak handfon tercinta aku ni.Mesti boleh punya.Mengikut firasat aku, kerosakan dia ni sikit ja.Cuma masa nak hantar ke kedai tu ja yang takda..alahai!!.Doakan S4 aku baik balik na?haha..

Akhir kata dari aku, sekali lagi terima kasih banyak pada yang sudi singgah, follow & komen di blog aku ni.Jangan cemuih singgah lagi na..Babai!!.

4 Pengomen:

Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA|Breakfast Wajib Bonda Zahra

20:42 Bonda Zahra 4 Comments


Assalamualaikum, hari ni Cabaran 7 Hari InstaBlog hari ke-6, Breakfast Wajib  Anda.Aku pagi-pagi memang kena isi perut, tak perlu isi dengan makanan berat, cukup cuma alas perut.Sebab, perut aku cepat masuk angin, nanti mula lah sakit perut.Dan untuk cabaran hari ni, breakfast wajib aku ialah:
Makan telur separuh masuk dengan air masak ja..hihihi.Tak best kan breakfast aku?Breakfast hampa camna?

4 Pengomen:

Bukit Merah Laketown Clubhouse

00:32 Bonda Zahra 2 Comments

Ha, ni dia ABC (Air Batu Campur) yang sedap.Kalau hampa ada p jalan kat Bukit Merah Laketown Resort, jangan lupa singgah sini.Lokasi dia dekat Laketown Clubhouse.

Nak p Laketown Clubhouse ni, hampa kena masuk pintu gerbang dari jalan utama nak ke Bukit Merah Laketown Resort, lepas tu jumpa roundabout ke waterpark tu, ambil jam 12.Lepas tu jalan jauh jugak lah, hampa akan jumpa clubhouse ni dekat sebelah kanan hampa.
Dalam ni jugak ada swimming pool, bukak pukul 10.00 pagi-6.00 petang.Kena bayar RM4.00 ja seorang.Boleh lah nak bawak family mandi kat sini.Tempat dia cantik, bersih.Dan lagi satu, sini takda lah lifeguard yang sibuk nak usha kita mandi, hihi..
Sambil mandi hampa boleh makan ais kacang ni.Sedap, memang terbaik!!.Harganya bawah RM10, boleh makan 4-6 orang.Macam-macam size dan nama, ada talam bukit, mangkuk gunung.Makan ramai-ramai, syok!!.Cafe dekat sini makanan dia memang murah-murah.Duduk santai tepi kolam, order ja nanti depa hantar.
So, kalau rasa tak nak mandi dekat Bukit Merah Laketown Resort tu, boleh lah terjah dekat Laketown Clubhouse ni.Confirm puas hati!!..

2 Pengomen: