Sahabat, Kehilangan Dirasai

01:05 Bonda Zahra 0 Comments

Sahabat untuk selamanya.
Bersama, untuk selamanya.
Kau & aku sahabat.
Untuk Selamanya.
Selama-lamanya.
Setia..[cebisan lirik lagu Padi-Sahabat Selamanya]

'sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.'(H.R al-Hakim)

Sahabat yang baik, tak semestinya yang seusia dengan kita.Tak semestinya berjiran dengan kita.Tak semestinya satu tempat kerja, belajar, & organisasi dengan kita.Tak semestinya yang ada di alam maya.Tak semestinya yang lepak di kedai mamak sama-sama.Tak semestinya yang solat jemaah sama-sama.Semua tu tak semestinya.Sebab, sahabat yang baik adalah sahabat yang rapat & dekat dengan kita.

Baru-baru ni aku kehilangan seorang teman.Pada dasarnya, bukan saja teman, tapi dia lebih dari seorang kakak.Kehilangan buat selamanya.Kehilangannya sangat dirasai kerana dia antara teman yang selalu kemana saja, teman sepejabat, banyak membantu dalam kerja, banyak bagi nasihat & sebagainya.Arwah seorang yang baik, tak cakap banyak, seorang yang suka senyum, lemah lembut & ia juga diakui oleh ramai orang.Selepas beliau kembali ke rahmatullah, ramai sahabat bercerita tentang benda yang sama.

Subhanallah!!.Untungnya memiliki seorang sahabat sepertinya..Kehadirannya menyenangkan hati, kehilangannya terasa di hati.Kebaikan & nasihat olehnya terpahat di hati.

Ya Allah, kadangkala aku terfikir, adakah aku macam dia?Kehadiran menyenangkan, kehilangan dirasai.Adakah satu hari nanti apabila aku pergi, aku akan dikenang macam tu?Adakah kawan di luar sana akan mendoakan aku?Adakah sahabat aku akan terasa kehilangan aku?

Sahabat, semoga Allah ampunkan dosa-dosa kamu, semoga Allah lapangkan kubur kamu, berikan cahaya di dalam kubur kamu, semoga kamu ditempatkan di kalangan orang yang beriman.Tiada jodoh untuk bertemu di dunia lagi.Aku berdoa agar bertemu di syurga kelak!.InsyaAllah, Allah lihat tiap usaha walaupun sebesar zarah!.Sesungguhnya doa seorang sahabat tidak ternilai harganya sama seperti nilai persahabatan.Mahal=)

Salam sayang & ringdu,
Almarhumah Suryani Binti Mat Saat
21 Nov 1969-05 Jun 2015
Al-Fatihah

0 Pengomen:

Czer-Apa Saja Untuk Cahaya Mata Pertama

01:19 Bonda Zahra 0 Comments

Assalamualaikum,
Hurm...mai aku nak cerita pengalaman aku bersalin czer yang telah aku lalui.Semasa melahirkan Zahra.Sebab utama aku dibedah ialah pada saat akhir jantung baby aku didapati lemah.Jadi pihak hospital tak nak sesuatu yang buruk berlaku, depa tak nak ambil risiko.Ada sedikit kejadian yang berlaku di dalam bilik bersalin..sampai bila-bila pun aku tak akan lupakan apa yang terjadi.Alhamdulillah, semua selamat.Aku dibius separuh, maka dapatlah aku mendengar tangisan pertama Zahra.Aku hanya buka mata sedikit saat Nurse bertanyakan jantina anak aku.Berat Zahra semasa lahir 3.61kg.Semasa di dalam Wad, ada juga peristiwa sedih yang berlaku.Membuat aku rasa takut nak bersalin di hospital kerajaan.Dari segi penjagaan di dalam pantang pulak, memang agak sukar.Tak boleh mandi untuk beberapa hari, sebab takut luka terkena air.Nak bergerak, nak batuk, bersin..semuanya kena control.Banyak juga makanan yang tak boleh dimakan.Takut luka pembedahan bernanah & gatal.Pastu, nak pakai barut pun tak boleh, takut terkena luka bedah tu.Betui kata orang, kalau bersalin secara bedah,sakit selepas bedah yang menjadi masalah pula.Bagi aku, dua-dua aku dah rasa..sakit secara normal & akhirnya dibedah.Tapi bila bersalin ni, tak kisahlah cara mana pun, barulah kita taw rasa sakit yang ibu kita rasa ketika melahirkan kita.
part ni memang aku tak boleh lupa, tiap kali aku terkenang, terasa ngilu.
 
10 bulan dah berlalu, tapi kesannya masih kekal terasa hingga sekarang & mungkin sampai akhir hayat.Setengah orang kata, mudah bersalin czer ni, takda sakit-sakit nak teran.Tapi depa tak taw kesakitan kami berganda-ganda dari yang bersalin normal.So, jangan tanya kenapa batuk tak boleh kuat, menguap tak boleh luas, mengeliat tak boleh silap, bangun duduk nak kena tertib.Sebab silap langkah, memang meleleh air mata.Menahan sakit kejang pulak.So, janganlah kerap tanya itu & ini.Sakitnya pertanyaan itu, Allah saja yang taw.Lebih sakit dari kesan czer ni..
Apa pun,Alhamdulillah..Awak sihat sayang.Membesarlah dengan jayanya Nur Zahra Aressa



0 Pengomen:

Da Mate Of My Soul

02:03 Bonda Zahra 0 Comments

Assalamualaikum sahabat blogger,

Cerita tentang pernikahan memang tiada akhir.Ibarat air yang mengalir, yang tiada hentinya.Cerita pernikahan itu selalu mencoretkan kisah yang selalu ingin dikenang.Dan bagi aku, pernikahan adalah sebuah cerita indah, yang selamanya akan bersemadi dihati aku.
Sesekali aku rasa tak percaya, bahawa aku betui-betui duduk atas pelamin, bersanding dengan seorang lelaki yang sekarang jadi suami aku.Percintaan dengan dia  bukan tanpa sengaja tapi sejak dari bangku sekolah.

Dulu, yang ada cuma seorang perempuan yang setia dalam cinta.Sentiasa menunggu kekasih hati dia, yang dia pun tak tau kat mana..Untuk dia, aku bersusah payah mencuri hati dia.Bermula dari admirer, menjadi kawan, kawan karib & akhirnya di sudi menjadi teman istimewa aku.Cuma bahagia yang dirasa!!.

Betapa aku menhargai hubungan ini.Tiap hari kami jumpa & bercakap tentang family, peribadi masing-masing, pelajaran, cinta.Indahnya saat-saat berkongsi sesuatu.Asalkan sentiasa bersama, apa pun berbaloi.Dunia ni seolah milik kita berdua.Di dunia kita ni cuma ada rasa gembira, selesa, bahagia.Betapa jauh pun kita pergi, saling mengingati & bersemangat untuk menghadapi kehidupan demi kelangsungan hubungan ni.Saling percaya  tiada sesiapa yang akan meninggalkan sesiapa!.Macam mana pun, tamatnya setiap pertemuan membawa harapan besar buat kita berdua untuk terus bersama di hari-hari mendatang.
Wahai babah kepada anakku, terima kasih kerana awak tak pernah mengeluh andai punya kekurangan dalam hidup bersama ini..Duhai bidadara yang ALLAH pilihkan untukku, terima kasih awak telah membangkitkan semangat saya untuk selalu mendekat kepadaNya di tengah-tengah kesulitan kita..Wahai kekasih hati dalam jiwaku ini, terima kasih awak selalu mengingatkan diri saya untuk senantiasa bersyukur kepada ALLAH atas rezeki yang diberikanNYA kepada kita sehingga kita boleh hidup setiap hari tanpa kekurangan..Wahai suami dari hamba yang dha'if ini, perkenankanlah isterimu mengajakmu untuk membangun sebuah rumah & istana yang indah di syurga kelak.Dunia ini bukan bahagian kita, & kita tidak akan tinggal lama didalamnya, biarlah  kita kelak keluar dari kesempitan ini menuju kelapangan yang indah.InsyaALLAH..Berusahalah demi kebaikanmu & kebaikan kita semua, aku akan selalu membantumu dalam menjaga amalan kita yang sedikit tapi akan tetap istiqamah.
saya sayang suami saya sangat-sangat!!


0 Pengomen:

Buah Hati Babah Bonda-Nur Zahra Aressa

12:04 Bonda Zahra 5 Comments

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, tanggal 10 November 2014, aku selamat melahirkan seorang baby girl pada jam 10.12pm di Hospital Taiping.Setelah 9 bulan aku mengusung perut ke sana sini, akhirnya keluar juga anak kecil ni.Entri pertama ni, aku abadikan disini buat tatapan Zahra bila besar nanti.
Anugerah terbesar dari Allah.Sebesar anugerahNya, sebesar itulah tanggungjawab yang datang bersama.Anugerah pinjaman ini, dipinjamkan Penciptanya kepada kami dalam fitrah islam yang suci & perlu kami pulangkan semula, dalam keadaan yang suci juga.Doakan supaya anugerah pinjaman ini, dapat kami tatih & didik menjadi kalifah terbaik bumi dari segi amal & akhlak diri semacam Rasul-Rasul yang dimuliai.Doakan supaya anugerah pinjaman ini menjadi aset kami suami & isteri, menjadi pencinta semua makhluk bumi, menjadi penyeru agama lurus Illahi, & menjadi jiran kita semua di Syurga Allah  nanti.
Bidadari Babah Bonda..Nur Zahra Aressa binti Muhammad Zulfitri, bernafaslah sebagai seorang abid, yang kental roh & jasadnya semacam Saiditina Mariam  binti Imran. Allahumma amin..



5 Pengomen: