Tidak Boleh Dibeli Dan Dicari ganti

13:28 Bonda Zahra 0 Comments

Dalam dunia ni semuanya boleh dicari ganti.Sebut saja apa, semuanya pasti ada gantinya.Tapi dua benda yang mustahil buat kita cari gantinya ialah:

Mak, yang mengandungkan kita 9 bulan 10 hari, bertarung nyawa nak melahirkan kita.Dah tu, membesarkan kita sampai kita besar.Mak yang sangat menyayangi kita & meletakkan kepentingan kita, anak melebihi diri dia sendiri.Mak yang akan pertahankan kita kalau kita dipersalahkan.Mak yang jadi teman baik kita sejak kita dilahirkan.

Terima kasih Mak, Mak tak pernah mengeluh membimbing aku, menjelaskan pada aku yang mana baik & yang mana salah.Menjaga aku masa aku sakit, bagi aku kasih sayang yang tulus seorang ibu.Maafkanlah aku Mak, kalau ada aku menolak membantu Mak bila Mak mintak bantuan aku.
Abah, yang berhempas pulas membanting tulang mencari rezeki untuk membesarkan kita & memberikan yang terbaik buat kita.Abah yang turut menanggung dosa anak perempuannya sehingga kita bernikah.

Terima kasih Abah, sejak aku lahir di dunia ni, Abah mendukung aku dengan penuh rasa kasih sayang, menyuap aku makan masa aku lapar.Maafkan aku Abah, kadang kala aku membantah tiap kata nasihat dari Abah.
Dua insan ni tak dapat kita cari ganti walaupun kita punya harta setinggi gunung sekali pun.Kita tak boleh cari Mak & Abah yang lain.Kita tak boleh beli Mak & Abah yang lain.Depa jugaklah, selain daripada suami buat kita perempuan yang dah berkahwin, penentu syurga neraka kita.
Terlalu banyak ucapan rasa terima kasih yang tak dapat aku ungkapkan lagi dengan kata-kata.Begitu besar cinta ni Mak & Abah.Maafkan aku Mak, Abah aku dah bersalah menyakiti hati Mak & Abah dari tiap perkataan & perbuatan yang aku buat.Tanpa aku sengaja, tanpa aku sedari dah sakiti hati Mak & Abah.

Ungkapan aku ni semua yang ada di fikiran aku, rasa bersalah yang mendalam sebab dah banyak sakiti Mak & Abah berulang kali.Tapi Mak & Abah tak pernah benci anaknya ni.Aku terus berusaha menjadi anak yang berbakti & baik buat Mak & Abah.Tak cukup dengan hanya memberi untuk bayar & ganti semua penat lelah Mak & Abah agar aku jadi manusia yang berguna.

Dengan segenap hati aku sangat mencintai & menyayangi Mak & Abah.Terima kasih dah menjaga aku, memberi kasih sayang yang sangat besar pada aku.Terima kasih dah jadi orang tua yang sangat membanggakan aku.Semoga aku boleh jadi seorang yang boleh Mak & Abah banggakan.Semoga aku boleh buat Mak & Abah senyum dengan kejayaan aku yang dah jadi seseorang yang Mak & Abah impikan.Amin.

You Might Also Like

0 Pengomen: