Ringdu Berblogging

21:29 Bonda Zahra 6 Comments

Hampir seminggu aku tak update blog ni semata-mata sebab aku demam.Takda kudrat nak buat apa-apa.Ni baru aku rasa sihat sikit.Sejak dah bersalin ni, kalau demam tu lain macam sikit.

Dan dalam duk demam tu, aku jugak diserang batuk yang amat sakit.Sampai sekarang batuk lagi.Ujian dari Allah, aku redha.Tapi kesian dekat si kecik Zahra ni, dah terkena tempias virus Bonda dia ni.

Sebenarnya sebelum nak demam tu, aku ada rasa sakit tekak.Rasa bengkak dekat anak tekak.Pergi klinik Indran, doktor bagi ubat antibiotik+ubat demam+ubat selsema+ubat batuk jenis pil.Aku makan semua ubat tu, tapi ubat batuk tu macam tak serasi ja.Lepas ja baik demam, terus gatal tekak + batuk yang melampau.Sampai termuntah-muntah, nak tidur pun tak boleh.

So aku cuba petua kakak aku ni, minum madu dengan air suam.Leganya minum madu dengan air suam tu.Terima kasih kakakku atas idea yang bernas tu.Sekarang batuk tu dah berkurangan lah sikit.Zahra hari tu nasib baik aku cepat-cepat bagi makan ubat.Dah tak dengar dia batuk.Kalau tak kesian lah budak kecik bila batuk kan.So, misi sekarang aku akan terus amalkan minum madu.Madu kan amalan makanan sunnah.Kita ikhtiar ja.

Pada yang datang singgah blogwalking, komen & follow blog aku ni, terima kasih banyak-banyak.InsyaAllah aku akan balas semua komen, balas blogelwalking hampa & follow hampa semula.

Terima kasih semua & selamat kembali berblogging pada aku.


You Might Also Like

6 comments:

  1. Semoga terus sihat dan boleh jalani kehidupan seperti biasa....

    ReplyDelete
  2. shawal singgah + follow sini ye.. ^^

    jemput join segmen shawal.. :)

    http://akubukaninnocent.blogspot.my/2015/12/SegmenBlogwalking.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq shawal:).insyaallah, Bonda join t.tq jemput.

      Delete
  3. salam kak, moga terus diberi kekuatan

    ReplyDelete
  4. wsalam, tq yana.amin, InsyaAllah;)

    ReplyDelete