Mini Perkelahan Di Taman Tasik Taiping

01:04 Bonda Zahra 2 Comments

Selamat berhujung minggu.Layan dulu entri sempena mini perkelahan aku dekat Taman Tasik Taiping petang sabtu semalam.Selain daripada nak bagi taw pasal aktiviti semalam, nak bagi taw jugak yang  Taman Tasik Taiping ni merupakan lokasi yang sangat cantik & menarik untuk sesi photoshoot.

Kebetulan minggu ni kakak aku yang tinggal di Rawang ada balik.So, sembang punya sembang terkeluar lah idea nak berkelah di Taman Tasik Taiping ni.

Macam yang kami dah rancang, petang tu kami akan bertolak p ke sana lepas selesai masak bekalan nak berkelah.Dari rumah kami ke sana takda lah jauh mana, lebih kurang 30 minit.Tapi minggu ni cuti panjang kan, jem Taman Tasik Taiping tu.

Sampai ja sana, terus cari port lepas tu bentang tikar.Makan sampai mengah.Kami masak yang simple ja, asam pedas, pindang, sayur campur, ikan masin dengan ikan goreng, ulam & sambal belancan.Tapi ada menu best, cer teka?haha..Laksa in the garden, wah!!.Kelas gitu, hihi.

Dalam sejam setengah kami makan dekat situ, budak- budak ni semuanya p main playgroud lah, selfie sana sini, kami keluar dari Taman Tasik Taiping tu dalam jam 6.00 petang.Dan gambar, ada yang tak seberapa ni ja.

ni yang buat lajak makan nasi ni

menu best, favourite aku ni.


Ni ja lah coretan aktiviti aku cuti 4 hari ni.Saja lah nak abadikan dalam blog ni untuk kenang-kenangan.


You Might Also Like

2 comments:

  1. Salam kak, wah laksa paling win!
    yang suka laksa terengganu yang kuah putih tu XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, yana.akak mg hantu laksa.laksa terengganu akak xpenah mkn lagi, hihi.

      Delete