Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan

Filem:
Juvana 2

Pengarah:
Faisal Ishak

Genre:
Aksi

Pelakon:
Zahiril Adzim, Johan As'ari, Adam Shaz, Syeira Aiyob.Turut membawa penampilan baru Pekin Ibrahim, Nad Zainal, Hasnul Rahmat & ramai lagi.

Penilaian:
6/10

Sinopsis:
Filem kedua ini meneruskan kisah Daim, Botak & Ayam serta rakan-rakan mereka menyesuaikan diri di dunia luar sebaik sahaja hukuman mereka berakhir.Jalan cerita bermula daripada kesinambungan kejadian dalam filem pertama setelah Botak & Ayam akhirnya dibebaskan lebih awal ekoran penglibatan mereka menyelamatkan orang awam ketika kejadian rusuhan yang dicetuskan oleh Lan Todak, ketua samseng yang memusuhi mereka sebaik sahaja mereka dipindahkan ke Sekolah Indera Sakti.

Setelah bertemu semula rakan-rakan mereka, Botak pulang ke rumah dengan penuh azam untuk memulakan hidup baru bersama ayahnya, manakala Ayam menuju ke rumah Apek untuk menjaga adik-adiknya seperti yang diamanahkan oleh Apek sehingga dia dibebaskan.Bagaimanapun, harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik terpadam.

Kemudian, nasib tiga sekawan ini menjadi bertambah buruk apabila orang yang mereka kasihi menjadi mangsa culik Tok Ki yang kejam tanpa diketahui motifnya, sehingga memaksa anak-anak muda ini berusaha keras untuk menyelamatkan mereka.Akhirnya, hanya seorang individu sahaja yang boleh membantu mereka.


Ulasan aku:
Aku tak taw kenapa tapi aku kurang berpuas hati dengan jalan cerita & pengakhiran cerita ini.Banyak perkara yang bagi aku berlaku secara tiba-tiba, tak jelas & tanpa kekuatan yang kukuh.Mayb sebab ni adalah filem & bukannya drama bersiri, so banyak perkara yang terpaksa diringkas @ dipercepatkan sampai kekadang aku rasa tak best pun filem ni.

Mayb Juvana lebih menarik dijadikan drama bersiri ja sebab kepuasan menontonnya lebih tinggi dari menonton filem.Tetapi secara menyeluruh, jalan ceritanya masih baik.Apa pun satu percubaan yang baik daripada semua pihak yang terlibat dalam pembikinan filem ni.Terima kasih kerana filem ni secara tak lansung berjaya mengubati ringdu aku terhadap watak-watak di dalam drama bersiri Juvana.Kalau ada Apek, lagi best, hihi.

Semoga ada drama bersiri Juvana musim ke-2 & yang pastinya aku mahukan watak Botak & Apek dikekalkan pelakonnya.

No comments