Bonda Nak Cerita Pasal Zahra

12:25 Bonda Zahra 6 Comments


Hai semua, hari ni aku nak cerita pasal pemakanan anak dara aku so far.Aku start bagi Zahra solid food  masa umur dia 5 bulan.Masa tu nampak macam dia nak sangat makan.So, sebagai Bonda yang sangat menyayangi anaknya, aku pun decide nak bagi Zahra makan nestum dulu.Opah, Tok, Wan semua pun suggest macam tu.

Pasal Nestum
Rupanya Zahra ni tak suka makan nestum bersuap.Yang Bonda ni  beria lah dah belikan plate yang comel untuk dia.So, Tok suggest suruh letak dalam botol.Dengan sukatan 2 scoop nestum+4 scoop susu.Sampai sekarang dia akan minum susu+nestum.Kekadang bubur.Tapi more tu nestum lah.Macam mood diet ja Zahra ni.Nestum yang Zahra pernah rasa so far banyaklah yang aku try dekat dia.Ada lah dua tiga yang jadi feveret dia.

Pasal Susu
Masa lahir, Zahra minum susu Lactogen.Terus minum susu formula, tak tembam anak Bonda.Masa tu dalam pantang, sedih taw, jangan cakap aku tak usaha ok.Cakap ja apa jenis makanan+susu+ubat yang boleh upgrade susu, semua aku makan+minum.Tuam, berurut tapi takda jugak.Aku takda pun macam mommy-mommy lain yang dalam pantang susu depa memancut.Sedih kan.Sampai sekarang rasa bersalah.

Pada yang anti FM tu, tolonglah jangan salahkan aku.Aku pun nak lah yang terbaik untuk anak aku.InsyaAllah, moga ada rezeki untuk anak-anak yang akan datang.Tak dapat nak susukan Zahra.Tak syok lah.Sekarang Zahra minum Dugro pulak.Alhamdulillah, sesuai sampai sekarang.Anak sihat, tu dah cukup.

Pasal Air Masak
Zahra dah suka nak minum air masak.Yeah!!.Tapi nak dengan cawan ok.Aku beli cawan yang macam-macam funtcion, tak nak.Nak cawan jugak.Nasib tak beli lagi yang avent ka, MAM ka, kalau tak rugi Bonda, hihi.

Pasal Bubur
Ni part yang paling menarik.Best sangat.Search resepi macam-macam.Bila time weekend, aku merealisasikannya.Keluar habis segala skill masak, kikiki.

Buat masa ni, Zahra dah banyak rasa jugak combination makanan.Aku akan make sure makanan yang aku buat tu berkhasiat untuk Zahra.

Antara combination bubur yang pernah aku buat ialah:
1.beras+kentang+ikan bilis(Zahra kurang sikit ikan bilis)
2.beras+sup ayam+carrot+kentang(feveret Zahra)
3.beras+buah kurma(boleh lah dengan tekak Zahra)

Sikit ja kan, tapi tu pun Zahra macam jemu ja kalau buat selalu.Selang-selang boleh lah.Sebelum ni aku akan blender makanan tu separa lumat, ada gak lah tekstur yang kasar tu.Kalau halus terus macam susu, Zahra tak nak.

Cara makan pulak, kalau anak dah boring aku nak suruh Zahra suap sendiri, dia tak pandai lagi.Biasa la budak kan cepat boring.Aku blend ja bagi halus, letak dalam botol bagi Zahra melalui botol.

Resepi?Aku masak macam mommy lain jugak.Sama ja.Tapi aku ada letak sikit garam dengan 2 hiris halus bawang putih.Tok Zahra dah biasa letak bahan ni, kalau aku tak letak pun, Zahra tak makan habis punya.

Pasal Junk Food & Snack
Zahra suka puree.(macam yang aku cerita dalam entry sebelum ni).Tak taw napa yang Heinz tu kan memang feveret dia.Macam biskut Farley's Heinz dia suka jugak.Kalau yang Farley's sebelum ni dia tak nak.Pandai pulak memilih ya budak Zahra ni, hihi.

Aku kekadang rajin suapkan Zahra apa yang aku makan.Tapi aku bagi kecik-kecik ja dekat dia.Takut tercekik, gigi tak banyak lagi.Nampak orang makan ja jerit nak jugak.

Zahra, Zahra..Makin bijak sekarang ni.


You Might Also Like

6 comments:

  1. terbalik pulak ngan ank saya sis nak bersuap x nak botol hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak nak org suap zahra ni dik, nk suap sendiri dia, akak xbg.hihi..

      Delete
  2. ain datang singgah sini dan follow .
    selamat tahun baru !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ain:).selamat tahun baru ain.

      Delete