Zahra Cucuk 1 Tahun

12:37 Bonda Zahra 6 Comments

Pagi semalam aku dengan kakak aku bawak Zahra p klinik untuk regular check & injection untuk 1 tahun.Sebelum p kerja aku bawak Zahra ke klinik dulu.

Kami p klinik pukul 9.00 pagi.Ikutkan temujanji pukul 10.00 pagi.P awal sikit, kud boleh cepat selesai.Tunggu punya tunggu barulah nama Zahra kena panggil.Mula Zahra kena timbang, kena ukur tinggi dia & last sekali kena ukur lilit kepala.Anak Bonda ni tak nak duduk diam, ada ja kerja nak dia buat.Alhamdulillah, berat Zahra naik jugak sikit dari sebelum ni.Risau Bonda sebab nampak dia kecik sangat.Perkembangan Zahra pun ok, syukur.

Keluar dari bilik 6 tu, kami p ke bilik untuk injection.Ni turn kakak aku yang bawak Zahra.Kalau Zahra nak kena cucuk memang aku akan ajak Babah Zahra tak pun kakak aku tu.Kalau dah takda sapa barulah aku yang bawak Zahra cucuk, hihi.Tak sanggup nak tengok Zahra kena cucuk.Tapi selama ni, Zahra tak pernah nangis bila kena cucuk.Nangis pun mayb sebab tak suka kita pegang dia kuat-kuat, tak pun sebab tak nak baring.

Selesai dah Zahra dicucuk.Kali ni dekat lengan.Bonda tak dengar suara Zahra nangis.Kata kakak aku, Zahra tak nangis pun.Lepas kena cucuk, cepat-cepat Bonda peluk Zahra.Sian anak Bonda ni.Nanti 3 bulan baru datang lagi.Bulan 2 lah.

Cucuk setahun Zahra tak demam.Alhamdulillah.Takda apa yang Bonda harap cuma janganlah Zahra demam.Takda lah Bonda risau nak tinggal p kerja.Dan yang paling penting Zahra aktif macam biasa.Macam orang yang tak kena cucuk ja.Dah besar anak Bonda ni, cepat jalan ya sayang!!.

You Might Also Like

6 comments:

  1. alhamdulillah..nasib baik tak demam kan..comelnya zahra

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullilah, lega kak xdemam.risau jgk.tq kak;)

      Delete
  2. ala comelnya. eh anak saya pun nak cucuk setahun hujan bulan ni . sebaya la anak kita ye :) nanti saya update pic dia di cucuk pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq mommy cici;).a,ah sebaya lah anak klu gitu.orite, semoga anak awak baik2 saja bila cucuk nanti;)

      Delete
  3. good girl zahra areesa :)
    tak semua anak demam.
    anak2 aida pun cucuk brape bulan pun, alhamdulillah x demam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq aida;)al'lillah zahra tak demam, risau.hihi.

      Delete