Try Detox, Nak Kurus Punya Pasai

13:54 Bonda Zahra 6 Comments

Air yang popular nak buang toksin, kempiskan perut, & kuruskan badan.Paling jimat & mudah nak sediakan.Sapa taw pasal air detox?
Detox adalah proses pembersihan badan terutamanya usus dalaman dari segala macam kotoran & racun yang secara sengaja atau tak masuk ke badan kita.Kalau kotoran & racun dah lama dalam badan, memang senang lah nak dapat penyakit.

Macam aku ni susah sangat nak minum air kosong sebab takda rasa apa kan.Padahal air kosong tu lah yang paling baik untuk badan kita.So, salah satu caranya, aku cubalah buat air detox ni.Adalah jugak rasa sikit walau tak sesedap air manis yang lain.Sihat pun dapat, InsyaAllah.Setiap 25kg badan kita, kita kena minum 1 liter air.Baru lah sistem badan kita berfungsi dengan sempurna.Gilir-gilirkan air detox dengan air kosong.

Air detox ni ialah air kosong dengan buah-buahan yang dah dipotong.Simpan dalam bekas bertutup.Seeloknya botol kaca & biarkan dalam peti sejuk semalaman.Malam sebelum tidur tu kita buat & pagi esok kita minum sebelum sarapan.Amalkan setiap hari untuk dapat kesan yang sempurna.Tapi macam aku ni bekerja, memang aku buat hujung minggu ja lah.Dah namanya pun detox.Faham ja lah.Asyik nak ke tandas lah jawabnya.

Kita boleh gunakan apa ja buah untuk buat detox ni.Samada guna lemon, limau, timun, oren, nenas, epal, tembikai, halia atau buah lain yang mampu bantu proses detox.Kalau boleh guna buah yang lain-lain warna.Orang kata kalau nak kempiskan perut buncit, boleh guna timun, halia, daun pudina & lemon.
Aku selalu buat lemon campur dengan limau ja.

Kelebihan detox ni ialah:
  • menurunkan berat badan
  • mengempiskan perut
  • buang toksin dalam badan
  • mencuci usus yang kotor
  • mencantikkan kulit sebab ada vitamin C
  • elakkan sembelit
Senang kan?Tak payah nak beli produk mahal untuk dapatkan badan yang sihat.Selamat mencuba!!

You Might Also Like

6 comments:

  1. Hi..saja2 tgh blogwalking. Btw air detox mmg bagus kan. 1 lagi cara yg sedap n best is air kosong+lemon+madu. Minum sejuk2 sedap sangat. Btw feel free to read my new blog entry ya . TQ =)
    http://minjee08.blogspot.my/2015/11/gaji-masuk-shopping-dorothy-Perkins.html

    ReplyDelete
  2. hye dik..boleh try campuq madu lps ni.hihi..tq dik:)t kak p singgah blog adik ye;)

    ReplyDelete
  3. Yana try jugak hihi , mak support lagi best buat ni. sekarang yana minum teh hijau pulak dengan lemon

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak akak semangat belikan akak buah lemon dik, selalu kata akak gemok;(.teh hijau sedap ke?

      Delete
  4. sedap nyer air detox ni.
    anak buah aida kat opis, jual jus asamboi tau.
    limau nipis dan asam boi. dlm air. tanpa gula.
    ya Rabbi sedap.
    aida amik skit, campur dgn air. sejukkan dlm fridge.
    hmmmm esok pagi nyer, memang detox la sgt! terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke?dia juai camna tu?boleh try klu dekat2..haha

      Delete