Rawat Cekam Kuku

15:24 Bonda Zahra 2 Comments

Dah berbulan ibu jari aku sakit.Sakitnya rasa kalau terkena apa-apa or ada yang terpijak ka, terpegang ka.Especially, Zahra lah selalu.Ni orang panggil, cekam kan?ka cengkam?mana-mana ja lah.Dan perkataan selain tu cagu orang kata.Aku rasa sebab aku terlebih potong kuku lah.Sampai pendek sangat.So, bila kuku tu tumbuh, dia duk cucuk lah isi tepi tu.Mayb jugak disebabkan isi kuku tu termasuk pasir.
Dah macam-macam petua aku buat nak hilangkan cekam ni.Banyak sebenarnya petua  nak hilangkan cekam.Cuma serasi dengan tak ja dengan kita.Kalau baik tu, alhamdulillah.Kalau tak tu, kena cari cara lain lah.Semua aku dah cuba, antaranya:

Petua Pertama
Daun Inai

Mula-mula, ambil segenggam daun inai & tumbuk sampai halus.Lepas tu, balutkan pada ibu jari hampa yang jadi cekam tu.Biar sampai kering, baru lah hampa buangkan inai tu.Kalau tak surut jugak hampa ulang lah 2-3 kali lagi buat macam tu.

Petua Kedua
Keembung Putih

Ambil beberapa helai daun keembung putih & tumbuk sampai halus.Lepas tu balutkan pada jari hampa yang jadi cekam tu.Bungkus pulak balutan tu dengan plastik.1 jam kemudian, baru lah hampa bukak bungkusan & balutan tadi tu.Teruslah buat petua ni sampailah cekam hampa tu sembuh.

Petua Ketiga
Kantan

Ambil umbuk kantan 1 batang, tumbuk & bakar.Lepas tu balutkan pada jari hampa yang jadi cekam tu.Biar sampai kering, baru lah hampa buangkan umbuk tu.Ulang buat sampai cekam tu surut.

Langkah terakhir yang hampa boleh cuba, hampa p cari kat farmasi ubat ni:
Ni ubat cecair, senang sebab cecair ni boleh serap secara lebih menyeluruh dekat kuku & ibu jari hampa.Bila nak sapu ubat ni, pastikan  hampa lap bersih dulu ibu jari hampa.Titiskan ja ubat tu, kat ibu jari yang cekam tu.Kalau boleh jangan lah bagi kena air untuk berapa jam.Alhamdulillah, cekam akan surut & tak rasa sakit dah.

Cara Potong Kuku Cekam:
Bila terkena apa-apa, kita rasa sakit tu, tu tanda nak kena potong kuku cekam lah.So, kita rendam kaki sampai kuku tu lembut.Tak pun kita potong kuku lepas kita mandi.Pastu sepit kuku bila dah nak sampai hujung tu, aku akan sepit kuku tu, jangan sampai putus.Koyakkan ke dalam cekam tu.

Bila kuku kena cekam, jangan dedahkan ibu jari yang kena cekam tu pada kotoran.Contoh macam habuk, pasir.Lepas tu jangan bagi kena air selalu, nanti kalau masuk air celah kuku yang kena cekam tu, dia akan bernanah.Makin tambah sakit lah.Bila dah sembuh, elakkan pakai kasut dengan kaki yang basah & elakkan kasut yang sempit.Jangan potong kuku bentuk U tapi potong bentuk pahat.Bahagian tepi kiri kanan di bulatkan sikit.

You Might Also Like

2 comments:

  1. Petua yg sangat berguna ni. Kuku selalu masuk dlm isi ibu jari.huhu..mmg x selesa dan sakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kita kongsi petua;)haha..kan?nk pulak org terpijak ka apa..fuh

      Delete