Peduli Apa Orang Kata


Ada setengah orang kita suka sangat sibuk pasal hal peribadi orang lain.Banyak sangat soalan yang personal, yang agak sensetif nak ditanya.Kekadang terfikir jugak, yang sibuk bertanya ni, sempurna sangatkah hidup hang?.Kita jangan lupa, tiap yang jadi adalah ujianNya.Orang bujang ada ujian dia, orang dah kahwin ada ujian dia.

Aku pun macam orang lain.Tak suka jenis orang macam ni.Tapi kita ni tak mampu nak tutup mulut orang kan.Memang susah kalau kita tak nak ambil hati, nak pulak benda yang terlalu sensetif depa duk kata.Memang susah kita nak puaskan hati orang.Buat baik salah, buat jahat?lagi lah salah.Kekadang kita nak ja buat lupa apa yang orang duk kata tu, tapi benda tu jugak depa duk ulang-ulang buat.

Tu lah, selagi kita duk hidup di bumi ni, selagi tu lah kita takkan lepas dari orang yang jenis ni.Aku tak kisah kalau orang nak cakap buruk pasal aku, yang penting Allah taw hati kita.So, pekakkan telinga, butakan mata.Peduli ja apa yang orang nak kata.Biar depa yang berfikiran 'toksin' tu, haha.

Tapi kan, apa kata dari hampa duk sibuk hal orang lain, baik hampa jaga hal hampa ja.Hal orang yang tak pasti, jangan hampa nak persoalkan.Tiap orang ada sebab & alasan kenapa depa macam ni, macam tu.Bukan semua benda boleh di BusyBody kan.Kena taw ada benda yang agak sensetif.Jangan kerana perkataan & soalan yang keluar dari mulut kita buat orang lain kecil hati.Jaga hati sedara seislam tu lagi penting dari hampa duk sibuk hal dia.

Aku rasa ramai yang rasa macam ni kan.Setengah soalan personal tu sensetif.Apa kata hampa selami & cuba faham kenapa depa buat macam tu, macam ni.Dari hampa duk bawak keluar ayat yang menyakitkan hati.Kalau depa tak nak cerita, hormati lah.Alangkah baik kalau dari kita duk tanya, duk BusyBody tu, lebih baik kita doakan ja depa.

Orang jenis ni:
1.Kalau dia jumpa orang belum kahwin, dia sibuk tanya:bila nak kahwin?
2.Kalau dia jumpa orang yang dah kahwin, tapi belum ada anak, dia sibuk tanya:bila nak ada anak?
Haish, takda keja kud no?hihi...

Apa pun, Semoga bertemu jodoh yang baik, Semoga mendapat anak yang soleh & solehah, Amin.

4 comments

  1. Hehhehe..setuju tau.
    Salam singgah dari cikilamenari yang join segmen kembara misteri burung hantu.

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Sha setuju. Manusia ni, memang ada je yang tak puas hati, ada je nak tanya seoalan sensasi kat orang lain. Haish T_T
    P/s: Done follow back #30 :)

    ReplyDelete
  3. haha..macam CNN kan?ka 999?hihi..tq follow blog saya:)

    ReplyDelete