Bila Zahra Dah Start Nak Makan Suap Sendiri

22:16 Bonda Zahra 5 Comments

Haih, Zahra sejak umur setahun ni dia dah bertambah pandai & rasa diri dia tu dah besar sangat.Semua benda nak buat sendiri.Bukan aku yang sakit jiwa duk nak ajar dia tu buat semua sendiri tapi dia pulak yang nak buat semua tu sendiri.

Yang paling tak tahan tu, dia nak makan sendiri.Actually Zahra ni memang cepat taw nak suap makan sendiri.7,8 bulan hari tu pun dah pandai nak makan biskut sendiri.Aku ja yang tak harap.Sebab dia pun jenis yang kutip barang than masuk dalam mulut.Mayb sebab tu dia cepat pandai nak suap makan sendiri, hihi.

Tapi takpa lah, benda biasa tu bagi budak.Pastu sekarang pandai pulak makan pakai sudu, nak suap sendiri.Tapi kalau time Tok Pah dia suap dia, takda pulak macam tu.Takda pulak nak buat perangai nak suap sendiri ka apa.Cuma bila dengan aku ja lah macam gitu.Amboi, boleh pilih-pilih pulak ya, haha.

Aku bagi ja dia makan sendiri.Yang aku suap tetap suap.Kalau biar dia makan sendiri ja, asyik jatuh ja makanan tu.Bila nak kenyangnya kan?

Sekarang aku tengah mencari kaedah yang sesuai untuk Zahra.Ada terbaca tentang cara nak handle anak yang nak makan sendiri ni.Caranya, buat finger food untuk anak atau makanan yang boleh dipegang.Tapi macam lah aku ni pandai sangat nak buat lunch ka dinner yang berbentuk bagai.

Last, aku ada cadangan.Breakfast & Lite Dinner bagi dia suap sendiri-masak atau buat makanan yang boleh dia pegang contoh macam nugget, kentang atau roti.Lunch atau dinner baru bagi dia makan nasi biasa dengan lauk, tak pun bubur.So, win-win situation lah kan.Zahra boleh makan sendiri 2 sesi makan, pastu dia kena pasrah Bonda suap time dua sesi lagi.

Tudia, dasyatnya rencana jadual makan Zahra yang Bonda plan.Harap-harap menjadi lah plan Bonda ni.







You Might Also Like

5 comments:

  1. a great idea.
    anak2 aida seawal yg boleh aida biar diorang makan sendiri.
    terutama nasi. yes bersepah. hu hu hu... tapi tu la.
    da nak makan sendiri, orait la...
    aida takde tips pun. just let it be apa yg anak nak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..idea baru, tak praktikkan lagi.bekerja kan, kena cari time.tapi ok apa kan klu dah anak makan seniri dak?biarkan je kan..sepah kita boleh kemas.

      Delete
  2. moga membesar sbg johan., ;p

    ReplyDelete