Zahra Dah Tukar Susu Pulak

23:00 Bonda Zahra 0 Comments

Hai semua, hari ni curi-curi masa nak berblog.Maklum saja lah, anak makin membesar ni, makin lasak & aktif.Jenuh aku nak kepung.Hari ni nak cerita pasai susu Zahra.Masa Zahra lahir aku sempat susukan Zahra sekejap ja.Takda rezeki Zahra nak menyusu dengan Bonda.Sedih...sobsob;(.Aku terus bagi Zahra FM.

Zahra sejak lahir sampai umur 3 bulan dia minum Lactogen.Zahra boleh habiskan 1 tin 1.8kg ni dalam masa sebulan.Poket pun jimat, hihi.Sebab susu ni cuma RM50++ untuk tin besar gedabak ni.Alhamdulillah perut Zahra boleh terima.Berak Zahra pun ok.Cuma masa Zahra dah masuk 4 bulan, Zahra minum Lactogen macam biasa tapi tak pernah habis tiap bancuhan tu.
Lepas tu, aku try DutchLady.Alhamdulillah, Zahra sesuai dengan susu ni.Camna aku boleh beli susu ni untuk Zahra?Sebab sepupu Zahra pun minum susu ni masa kecik.Tapi susu ni kena lebihkan sikit air, baru ok.Kalau tak Zahra punya najis "keras".hihi..Harga dia pun murah berbanding susu lain.Pack 1kg, cuma dalam RM20++.Lama jugak Zahra minum susu ni, so jimatlah sikit kan?hihi..bukan kedekut na.
Sekarang Zahra dah 11 bulan, bulan depan setaun, yeah!!..Aku pasang niat nak tukar susu Zahra lagi, sebab Zahra macam tak nak habiskan susu dia lagi lah.Pada pendapat aku, Zahra ni cepat cemuih agaknya.Haih, bahaya ni. hihi.Aku jumpa dah susu yang sesuai untuk Zahra iaitu Dumex Dupro 2.Aku dah cuba 1 pack, Alhamdulillah Zahra nak minum susu ni.Harganya pun lebih kurang dengan DutchLady.Isu Dumex Dupro 2 yang ditarik balik masa tahun 2013 tu, dah settle kan?Lepas penarikan susu ikut siri nombor yang disebarkan, sekarang pengeluaran susu Dumex Dupro 2 ni lebih berkualiti.
Aku rasa semua susu formula ni sama ja.Cuma, pemilihannya mestilah ikut kesesuaian & penerimaan baby tu sendiri.Untuk info, aku beli susu kat Kedai Ubat Cina ja..murah compare dengan supermarket.






You Might Also Like

0 Pengomen: