Sebenarnya, Anak Cermin Diri Kita

00:55 Bonda Zahra 4 Comments

Aku selalu berharap hari ni akan jadi hari yang lebih baik dari hari yang lepas.Semoga aku terus diberi kekuatan untuk menghadapi segala dugaan dalam hidup, semoga terus diberi ketabahan & kesabaran dalam membesarkan Zahra.Kesilapan yang pernah Bonda buat selama membesarkan Zahra, semoga Allah ampunkan Bonda & semoga lepas ni, Bonda boleh jadi lebih sabar.Takda lagi nak jadi Hulk.

Kekadang,Bonda ngaku sabar tu bergantung pada keadaan.Bila dah tension, mula lah sabar nak layan kerenah Zahra pun menhilang.Banyak contoh, tapi Bonda tak nak ingat dah.Bila Zahra tengok Bonda moody, meroyan tak tentu hala, Zahra pun mula lah.Anak kita.Cermin diri kita sebenarnya kan?Macam mana didikan kita pada anak kita, itulah yang dia akan jadi.

Semoga Bonda boleh baiki, apa yang tak baik.Yang perlu Bonda ubah, Bonda akan ubah.Cuba slow-slow.Tak perlu nak terkejut sangat, nanti kata tebiat nak mati pulak.hihi..Ubah slow-slow tapi konsisten.Zahra semakin besar, makin banyak akal.Sakit dada Bonda ni kekadang nak menegur dia jangan panjat kerusi, nanti jatuh.Jangan bukak tutup laci, nanti tangan tersepit.Jangan kutip itu ini masuk mulut, nanti tercekik.Jangan baling telefon Bonda.Jangan tu, jangan ni.Banyak sangat jangannya.

Bonda jadi tinggi suara sebab Bonda risaukan Zahra jadi apa-apa.Nak mengawal Zahra bukan benda yang mudah.Syukur dalam tinggi suara Bonda, Babah kawal dengan kesabaran dia.Alhamdulillah.Kalaulah Babah pun meroyan macam Bonda, Zahra jadi apa lah kan.Terima kasih Babah.

Kerenah budak yang nak belajar berjalan, taw la macam mana kan.Nak panjat sana, nak panjat sini.Ikut suka dia ja lah.Kalau kita pegang-pegang, marah.Nak bebas.Macam tu lah.Takpa lah.Kita sama-sama perbaiki apa yang perlu.Ubah slow-slow tapi konsisten.Jangan berubah drastic, lepas tu sibuk nak cepuk anak.Tak guna jugak tu.Kalau yang dah memang dilahirkan sebagai seorang yang penyabar, takda masalah.Ini kalau spesis nak meroyan ja ni, apa cita?kikikiki...
Zahra, cinta Bonda ini memang cinta yang paling indah.Cinta Bonda ini akan selalu ada disisi Zahra.Dan tak akan pernah ragu untuk Bonda limpahkannya.Bonda tak akan pernah kenal penat lelah menjaga & membesarkan Zahra, InsyaAllah.Bonda hanya nak Zahra tahu, memilikki Zahra adalah anugerah terindah.Yang tak akan terganti dengan apa pun.Semoga Zahra jadi anak yang solehah & titipkanlah selalu doa buat Babah & Bonda sewaktu dan sesudah ketiadaan  kami nanti.Semoga nama Bonda & Babah, selalu menjadi isi dalam setiap doa-doa Zahra kelak.

You Might Also Like

4 comments:

  1. nice info..comelnyee zahra.. secantik namanya.. :D

    ReplyDelete
  2. Aamiin..semoga Zahra menjadi anak yang solehah..cemerlang dunia dan akhirat..aamiin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin2..tq ibu angah;)muahhhh..

      Delete